Dia membuka sedikit matanya yang terasa berat. Sakit di kepala mencucuk-cucuk, membuatkannya terjaga.
Namun dalam kesamaran suasana kamarnya, bagai terlihat satu figura yang berdiri di samping katil dan sedang menghadapnya. Dia memicingkan mata, cuba mengenal pasti. Figura itu mengangkat tinggi tangannya, memegang... pisau?!
"Lili," serunya perlahan.
Bunyi dentingan pisau jatuh ke lantai mengisi sepi dinihari itu. Figura yang kini dia berjaya kenal pasti sebagai Nur Emiliya itu sudah terduduk di lantai sambil menekup wajahnya.
"Li, kenapa ni... ahhh!" Putra yang baru bangkit dari baringnya turut menekup kepala, menahan sakit. Namun sedaya upaya tubuhya ditarik ke tebing katil, mahu mendekati Lili yang masih terduduk.
Samar kamarnya juga tidak mampu menyembunyikan getar pada tubuh Lili apatah lagi esaknya yang mula berlagu. Namun Putra tidak habis fikir, macam mana Lili boleh ada dekat rumah dia malam-malam buta ni?
Atau ini mimpi?
Seketika kemudian gadis itu mengalihkan telapak tangan yang menekup wajahnya. Wajah cantik itu diangkat memandangnya, menunjukkan pipi yang basah dengan air mata. Ya, Lili sebenarnya memang cantik. Putra je yang selalu tipu dia.
Namun mata yang selalu memandangnya dengan rasa sayang itu beku. Dan dunia Putra seakan terhenti apabila bibir itu lancar menuturkan, "Aku benci kau, Amry Putra!"
Matanya terbuka luas namun segera ditutup kembali. Terlalu terang. Mungkin hari sudah siang. Kepalanya terasa sangat sakit tidak langsung membuatkannya lupa tentang mimpi tadi. Perlahan-lahan matanya dibuka kembali, baru sedar yang dia sedang berpeluh dan termengah-mengah.
Mimpi ngeri apa ni? Mata Lili... pandangan itu terlalu beku. Seumur hidup Putra, dia tak pernah nampak mata Lili yang merefleksi emosinya sebeku itu. Apatah lagi dengan kata benci yang keluar dari bibir mungilnya.
"Aku benci kau, Amry Putra!"
Putra menggeleng perlahan, malas mempedulikan mimpi itu. Tetapi ketika menyelak duvet untuk bangkit dari katil, baru dia perasan keadaannya yang tidak berpakaian langsung disebalik selimut tebal itu.
"Holy shit, serius la aku tidur naked malam tadi?!" gumam Putra hampir terjerit. Iyalah, biasanya paling ekstrim pun dia tidur pakai boxer. Ni...?
Tualanya di pengangkut tepi katil dicapai, menutup dulu lower body sebelum bangun ke tandas. Malas nak layan mimpi pelik dan perasaan aneh yang mula menjalar di dadanya.
Setelah selesai mandi, Putra ke dapur dan membancuh secawan kopi bagi mengurangkan sakit kepalanya yang masih bersisa. Sambil-sambil mencecah biskut Marie dengan kopi, TV dibuka bagi menghidupkan ruang tamunya. Terpapar di kaca televisyen tentang berita terkini yang berlaku di tanah suci Mekah.
"Dua buah kren runtuh di tanah suci Mekah pada jam 6 pagi tadi waktu Malaysia akibat ribut pasir telah mengorbankan kira-kira 34 orang jemaah manakala 12 yang lain cedera. Setakat ini laporan mendapati bahawa terdapat lapan orang jemaah dari Malaysia yang terlibat..."
"Innalillahi wa inna ilaihi rojiun... ya Allah, selamatkanlah uncle, aunty, dengan Adam. Ya Allah, takutnya," gumam Putra perlahan sambil matanya masih melekat di skrin TV. Tidak menyangka langsung musibah seperti ini menimpa para jemaah haji.
Bunyi telefon bimbitnya yang berdering menyentakkan Putra dari fokusnya pada berita yang dipaparkan. Entah kenapa, dadanya berdebar. Tolonglah katakan yang ini hanya mainan perasaannya sahaja.
Nama pemanggil dilihat. Mama.
"Helo, ma. Did you see..."
"Yes, we did. And papa dah call Tabung Haji and embassy about Uncle Nazreen and his family,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...