9

18.6K 1.2K 19
                                    

"Putra..."

"Hmm..."

"Kau moody!"

Tuduhan yang dilemparkan Lili langsung tidak diendahkan. Fokusnya masih pada pemanduan. Hanya, "Hmm..." menjadi jawapan.

"Amry Putra!"

"Apa benda?" jawabnya acuh tak acuh.

Lili mendengus geram sambil berpeluk tubuh. Dari semalam tau si Putra ni bad mood tak layan dia. Apa hal entah!

Huhuhu... tak suka la Putra merajuk macam ni...

"Put, kau ada tak puas hati dengan aku, cakaplah! Don't ignore me, asshole!"

"Oh, now I'm an asshole? Just because I'm not talking? Bullshit," balas Putra geram. Apahal tiba-tiba kena carut. Orang dah takde mood nak cakap, tak nak ahh!

"Oh, now you're talking? Fakoff!"

"What the hell is wrong with you, Li?!" soal Putra dengan suara meninggi. Bingit siot dengar suara Lili. Dah la nyempreng!

"What the hell is wrong with you, Put?! Kau yang senyap tak bercakap dengan aku dari semalam. Aku ada buat salah dengan kau ke?" nadanya sudah bertukar lirih di hujung kata.

Senyap.

"Putra?"

Dan masih senyap.

Lili menggigit bibir, cuba menahan tangis. Wajahnya dipaling menghadap tingkap. Sakit hati dengan lelaki di sisinya. "I hate you,"

Hanya deruan pendingin hawa menjawab ucapan Lili.

He doesn't even care to reply.

***

"Kenapa tak balik terus?"

Soalan itu disahut sepi. Lili memandang tajam Putra yang terus keluar dari kereta.

"Tengok! Aku tanya pun tak reti nak jawab. Bodoh punya Putra! Bodohhhh!!!"

"Siapa bodoh?"

Terkejut beruk hutan Borneo gadis itu dibuatnya. Tiba-tiba sahaja pintu kereta sebelahnya terbuka. Siap dengan pakej kepala Putra terjengul lagi dejat situ.

Dah macam hantu dah. Kalau Putra jadi hantu, dia jadi virgin ghost la. Sebab tak hensem dan takde orang nak kan? Heh!

"Kau la!" kepala Putra ditolak dengan hujung jari. "Tepilah!"

Sebaik sahaja keluar dari kereta, Lili terus berjalan meninggalkan Putra. Pintu pun dibiar, biar mamat tu yang tutup! Kereta dia kan?

Namun sekejap cuma sebelum lengannya terasa ditarik lembut.

"Suka nak tinggalkan aku kan?"

"Hmm..."

Kening Putra terangkat. Adakah Lili pula yang merajuk sekarang?

Cis, ini tidak adil! Selalu macam ni la kalau dalam relationship. Lelaki nak merajuk pun tak boleh sebab perempuan pun sibuk nak merajuk. Apakah?

Lengan Lili ditarik menuju je sebuah bangku. Gadis itu hanya menurut dengan muka tak puas hati.

"Lili..."

"Hmm..."

"Talk to me," pinta Putra sambil mengetap gigi.

Ditahan sahaja geramnya pada gadis ini. Childish sangat nak balas macam ni, Li!

"You ask me to talk to you now? You didn't say a word when I asked you do so,"

"But I'm talking, right?"

Lili ketawa sinis. "After a few hours? Kau tak boleh sabar a few minutes pun bila aku tak nak layan kau,"

"Lili, I'm sorry okay?"

"Abaikan. Just tell me Put, kenapa kau moody. Aku ada buat salah apa dengan kau? Terus terang je la kalau aku ada sakitkan hati kau. Kata kawan..."

Wajah Lili yang merah dengan mata yang berkaca itu Putra pandang kasihan. Apalah yang dia fikir masa merajuk dengan Lili? Perempuan ni tak buat salah apa pun.

Kepala Lili ditepuk lembut. Badannya disandar pada bangku tersebut, penat.

"Putra..."

"Nothing, Lili. Just enjoy the breeze,"

Kalau ikutkan hati Lili memang dia nak paksa si Putra ni cerita sebab apa mamat ni merajuk tak bercakap dengan dia tapi sebab malas, lantak kau la Put! Yeah, tengok tasik lagi bagus daripada tengok muka Putra. Dah la tak kacak!

Bahunya tiba-tiba terasa berat sebelah. Nak kata ada setan bertenggek, takkan la siang-siang macam ni?

Sebaik sahaja berpaling, helaian rambut yang lembut menyentuh hidungnya. Putra!

"Tumpang kejap. Penat tau drive jauh-jauh ni,"

"Put, tak elok la," protes Lili lembut. Ye la, serba salah dia jadinya. Ikutkan hati nak tolak je kepala Putra tapi kesian pulak.

"Hmm... last please, Li. Janji tak buat lagi,"

Matanya dipejam rapat. Menikmati bayu petang yang lembut dan bersandar pada Nur Emiliya. Sahabat terbaiknya.

Entahlah, dia cuma gusar melihat Lili yang begitu mudah rapat dengan Firdaus. Tak tahu kenapa.

Namun kerutan di dahinya hilang apabila terasa usapan lembut pada rambutnya.

"I hate you, Lili,"

"Hate you too,"

Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang