"Lili, balik jom. Rehat, makan. Dari semalam Lili tak rehat,"
"Tak nak," geleng Lili perlahan. Genggamannya pada tangan Putra dieratkan. Dia nak temankan Putra.
Wahi memeluk bahu menantunya. Kepala Lili diusap sayang. Wajah gadis ini jelas sembap dan pucat. Sejak semalam Wahi sampai dari Johor Bahru dengan suaminya dia menyaksikan sendiri betapa setianya Lili menemani anak mereka.
Sehinggakan hati Wahi terasa pilu. Anak sulungnya sudahlah kemalangan. Dia takut puterinya yang seorang ini pula jatuh sakit.
"Kak, ikutlah mama dengan papa balik rumah dulu. Awa ada, jaga along," pujuk Najwa pula, anak kedua Wahi.
"Tak nak! Nanti kalau along bangun macam mana?"
"Nanti Awa call akak, promise!" tangannya diangkat gaya ikrar. Mahu memujuk Lili bukan mudah. Well, bonding Liliput kuat kut.
"Betul tu, Lili. Tengah hari nanti kita datang balik, okey?" tambah Wahi.
Setelah puas dipujuk Najwa, mama dan papa, akhirnya barulah Lili setuju untuk pulang. Najwa mengambil alih kerusi sebelah katil pesakit yang dari tadi diduduki Lili. Wajah abangnya yang penuh dengan calar-balar dipandang kasihan.
Gila tak kesian, abang sendiri kut! Dengan tangannya patah, tak sedarkan diri lagi. Walaupun doktor kata dah stabil, tapi the fact that abangnya belum bangun sejak pembedahan semalam tetap sahaja merisaukan semua orang.
Terutama sekali Lili. Haish, seronoknya jadi along, ada orang sayang macam tu sekali.
"Bangun la, long. Along bukan severely injured pun. Mengada la nak tidur lama-lama, kesian Kak Lili tau! Kesian lagi Awa kena jaga along. Mama dengan papa tu beriya risaukan anak sulung dia,"
Sepi. Tiada yang menjawab. Yelah, kang kalau ada orang menjawab tiba-tiba dalam bilik yang hanya ada dia dan abangnya ni kang mau mati terkujat pulak budak ni.
Kepala Putra diusap ringan, tidak mahu menganggu tidur abangnya. Sedih melihat abang yang selalu kuat, ceria dan sentiasa dipandang tinggi terbaring selemah ini di atas katil.
Setelah seberapa lama termenung dan main phone secara berselang, bosan mula menguasai Najwa. Perutnya yang kosong juga sudah minta diisi. Dengan wajah sebal, perutnya ditepuk. Gaya serabai gila sambil bersandar malas kat kerusi.
"Aduh, mana mama ni? Kata nak datang tengah hari,"
Tok! Tok!
Ketukan lembut kedengaran di pintu kamar itu sebelum terkuak sedikit. Seorang gadis cantik yang berdiri di muka pintu sambil tersenyum membuatkan Najwa berkerut dahi. Siapa ni?
"I'm sorry, ni bilik Amry ke?"
Soalan gadis cantik itu Najwa jawab dengan anggukan. Masih terkedu. Cantik gila kut perempuan ni! Dengan baju dia semua nampak mahal, aura orang kaya yang terpancar lagi.
Along... jangan cakap ni skandal kau...
Sedar tak sedar gadis itu sudah berada di hadapan Najwa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis muda itu. "Hai, saya Bella. Kawan Amry,"
"Err... hai? Najwa, adik dia," perkenal Najwa ringkas dan penuh kekok.
Seriuslah perempuan ni kawan along? Kawan je ke... 'kawan'?
"I'm sorry if it sounds rude but... I don't know you. Setahu saya along tak banyak kawan perempuan kecuali Kak Li-"
"Oh, I'm not officially his friend pun. Kind of business acquintance or colleague I'd say. He's one of the model for my latest collection," laju sahaja Bella menerangkan. Atau dalam pada masa yang sama memotong kata-kata Najwa.
"Oh... tak tahu pulak. Sorry. Anyway, jemputlah duduk," kerusi di sisi katil itu diajukan buat Bella.
"Macam mana keadaan Ry? Dia okey? Doktor cakap apa?"
Eh, banyak tanya pulak dia! "Along okey je. Semalam minor operation sebab tangan dia patah tapi ni tak bangun lagi. Tak tau la kalau kesan anesthetic ke apa,"
Gadis elegan itu mengangguk meletakkan bunga yang dibawanya di meja sisi. Dengan penuh tertib duduknya dilabuhkan ke kerusi.
Najwa sedaya-upaya menahan diri dari mendecit. Apa ni bawa bunga? Mama ajar kalau menziarah orang kat hospital, baik bagi makanan. Gembirakan sikit hati orang yang menjaga pesakit. Ni bagi bunga, bukan boleh makan!
Dan-dan tu juga perut Najwa berbunyi. Lalu gadis itu pun menyumpah di dalam hati. Entah memaki siapa, tak tahulah.
"Kalau Najwa lapar, turunlah dulu kafe, lunch. Akak boleh jagakan your along,"
"Err..." Nak pergi ke taknak? Tak nak sebab ni amanah dan dah terlanjur berjanji dengan Kak Lili untuk menjaga along. Tapi... tapi.... lapar. "...okey"
Ni semua salah skandal along sebab datang melawat bawak bunga. Oh ya, dan juga salah mama sebab lambat datang.
"Tengokkan along sekejap eh?"
Bella tersenyum mengangguk. Setelah pintu kembali ditutup, kerusinya ditarik merapat ke katil pesakit.
Wajah Amry dipandang lembut. Wajah lelaki yang telah berjaya meluluhkan hatinya. Sebak hatinya melihat Amry lemah sebegini.
Meskipun perkenalannya dengan Amry begitu singkat, tetapi semenjak pertama kali melihat senyuman lelaki itu pun hatinya sudah mencair. Sebab tu tanpa berfikir panjang, kad perniagaannya dihulur agar ada pertemuan seterusnya.
Dan sikap lelaki ini yang friendly semakin membuatkannya jatuh suka. Heh, macam nak luluh jantungnya tadi melihat seorang gadis sedang menunggu Amry. Ingatkan kekasih Amry ke siapa. Nasib baiklah adik je!
Tanpa segan silu, tangan Amry Putra digenggam. Entah setan apa yang merasuk batin wanitanya, sebelah lagi tangannya naik membelai kepala dan pipi Amry sebelum sebuah kucupan hinggap di dahi lelaki itu.
Seperti tebakannya, rambut Amry begitu lembut di celah jemarinya. Wajahnya yang terkesan calar dan lebam tidak langsung mencacatkan ketampanan Amry, malah membangkitkan sisi maskulinnya.
Bella tertawa kecil dengan tindakan bodohnya. Mencium seorang lelaki tanpa ikatan dengannya. Namun sungguh, dia rasa sempurna. Rasa seperti Amry Putra miliknya.
"Li..."
Suara yang sungguh pun perlahan itu ternyata menarik perhatian Bella. Spontan dia ternganga sambil tersenyum tidak percaya. Amry tersedar selepas dikucupnya? Ahah! Adakah ini cinta sejati?
"Li..." gumam lelaki itu lagi.
Bella bangun dari kerusi dan menyentuh bahu Amry, mahu mata lelaki itu terbuka sepenuhnya. Entah apalah yang digumamkannya itu.
"Hey, Ry. I'm here, Bella. Are you okay?"
"B- Bell...?" matanya dipejam celik, cuba memfokuskan pandangan.
Ya, ini Bella Ridzwan, kenalannya. Bukan Nur Emiliya, isterinya. Orang pertama yang dia harap nampak sebaik sahaja membuka mata.
"I panggil doktor okey? You rest dulu," ucap Bella lembut. Tangannya spontan mengusap pelipis Amry. Reaksi spontan melihat dahi lelaki itu yang berkerut.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...