47

24.6K 1.2K 67
                                    

"Tak balik lagi, Emi?"

Emi tersenyum sambil menggeleng pada Ainin yang baru tiba di kawasan menunggu hospital itu. Jururawat yang bertugas di wad yang sama dengan Lili itu melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Nak balik apanya, Nin? Suami Emi ni entah kena sampuk ke apa, sibuk nak hantar semalam. Pagi ni jangan cakap dia lupa nak jemput, Emi parang dia balik karang,"

"Emi! Tak baik tau," ujar Ainin sambil ketawa. Jujur, dia selesa berbual dengan doktor ini. Selamba dan peramah.

Iyalah, selepas semalaman bertugas shift malam, perbualan spontan dan gurauan pagi-pagi ini bukankah suatu bentuk refreshment.

"Ala, Emi gurau je,"

"Yelah tu," jawab Ainin mengiyakan sahaja. Seketika kemudian, matanya sudah menangkap sebuah Proton Saga berwarna biru gelap yang semakin mendekat. "Eh, okeylah, my hubby dah sampai tu,"

Lili turut memandang ke arah yang sama hinggalah kereta itu berhenti di hadapan mereka. Haish, Ainin baru turun, laki dia dah sampai. Mana kau, Amry Putra?!

"Balik dulu, Emi!"

"Alright, take care!"

Sebaik sahaja kereta itu berlalu, Lili kembali menyandarkan badannya pada bangku. Sesekali kakinya dihayunkan.

Mana Put? Mana kau?

Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor lelaki itu didail buat sekian kalinya. Tak berangkat. Lagi. Hish, jangan cakap dia tak bangun tidur lagi eh?!

Sejak Lili mula bekerja dua bulan lalu, memang selalunya dia memandu sendiri ke hospital. Iyalah, shift kan tak menentu. Putra tu pun jadualnya tak menentu juga, jadi baik mereka ke tempat kerja masing-masing sendiri kan?

Tiba-tiba semalam mamat tu free acah gentleman pulak nak menghantar Lili. Siap janji lagi nak jemput pagi ni. Ni mana ni? Jangan kata batang hidung, batang ekzos kereta pun tak nampak!

"Mana kau ni Putra, aku dah la penat!" bebel Lili seorang diri. Agaknya kalau memandu sendiri, dah sampai rumah dah rasanya.

"Entah-entah tidur lagi dia ni. Hmm, Awa dah ada kat rumah ke belum ek?"

Lili berkira-kira untuk menelefon adik iparnya itu. Sejak dia bekerja juga, Najwa dah bertindak sebagai babysitter cum tutor Emir. Najwa yang tinggal di rumah lama mereka akan datang ketika Lili dan Putra bekerja atau kadang-kadang dia bawak je Emir balik. Ala, anak buah sendiri kan? Takde hal la.

Beberapa kali juga Lili ajak Najwa tinggal je bersama mereka tapi gadis itu menolak. Katanya tak nak jadi third-wheeler. Lol!

"Helo, Wa! Assalamualaikum," sapa Lili sebaik sahaja talian disambung.

"Waalaikumussalam, kak. Ada apa? Awa baru je nak tengok Emir ni dah bangun ke belum,"

"Oh, ye ke? Tak, akak nak tanya, along tidur lagi ke?"

Awa mengerutkan dahi. Along? "Along baru keluar, kak. Dia cakap ada photoshoot. Tu pun tadi keluar rushing gila, bangun lambat. Anyway, akak dah habis kerja ke belum ni?"

Lili mengetap gigi mendengar penjelasan Najwa tentang keberadaan Putra. Schedule penuh pagi ni? Yang janji semalam tu apa? Janji dicapati?

"Kak?" seru Najwa apabila Lili senyap.

"Err, dah habis kerja dah. Kejap lagi akak balik la,"

Sebaik sahaja panggilan diputuskan, dan-dan tu jugalah langit yang memang dari tadi dah mendung mula mencurahkan hujan. Nice. Kawasan teksi betul-betul di luar kawasan hospital ini dan perlu menapak di laluan tanpa bumbung.

Grr... Lili cukup geram dengan Putra. Kalau sibuk cakaplah awal-awal! Atau sekurang-kurangnya dia bolehlah naik teksi sebelum hujan tadi.

Walaupun badannya sangat lesu, semangatnya dikuatkan untuk meredah hujan ke kawasan teksi berkumpul. Lencun pun lencunlah, yang pasti semua ni salah Amry Putra!

Masuk sahaja ke dalam teksi dan memberikan alamatnya kepada pemandu tersebut, telefon pintarnya tadi dihidupkan semula. Saja bukak Twitter, isi masa lapang dan melihat isu semasa. Apa, ingat doktor takde life ke?

Scroll, politik, scroll, Jamal, scroll, budak WeChat, scroll, Luqman Podolski, scroll...

Gambar itu diklik. Screenshot Instagram story Bella Ridzwan. Dan tekalah siapa ada dalam gambar itu. Ya, tepat sekali! Siapa lagi kalau bukan Amry Putra? Wowwwwwww! *clap**clap*

Budak yang tweet ni pun kemain 'ship' dua makhluk ni siap tweet #RyBel bagai. Omo, comelnya. Note the sarcasm.

Bila Lili baca reply kepada tweet tersebut, lagilah macam nak terbakar dia dibuatnya. Ramai rupanya peminat yang 'ship'kan mereka.

Aww, comelnya #RyBel !! Tak sabar nak tgk diorg kawen 😍😍

Muka diorg ada iras2 la. Mesti jodoh ni. Cepat2 la kawen!

Sama cantik sama padan. Sesuai sgt! 💖

Lili ketawa membaca tweet-tweet yang dibalas peminat mereka berdua. Semua mengucapkan doa untuk mereka berdua bersatu. Dan dalam tawanya juga, Lili gagal menahan diri dari menangis. Bertanya pada diri sendiri, apa posisinya dalam hidup Putra sekarang ini?

Gambar itu memanglah tidak ada apa-apa. Hanya selfie mereka berdua. Tetapi kenyataan yang Putra lupa tentang janjinya dan juga komen-komen 'manis' dari para peminat mereka entah kenapa membuatkan hati Lili sakit.

Sakit sangat.

"Cik, cik okey?" soal pemandu teksi tersebut apabila mendengar sedu-sedan penumpangnya. Apabila melihat cermin pandangan belakang, betullah dugaannya. Wanita itu menangis.

"Saya okey, pak cik. Terima kasih sebab tanya,"

Lelaki tua itu mengangguk. Fokusnya kembali kepada pemanduan.

Tidak lama kemudian, Lili sudah sampai ke rumahnya. Pintu ditolak sambil memberi salam. Disahut dua suara dari dalam.

"Mama, welcome home!" jerit Emir teruja melihat mamanya.

Berlari anak kecil itu dari dapur, mahu memeluk mamanya seperti selalu. Memang setiap hari kalau Emir tidak tidur, dia akan memeluk mama dan papanya ketika mereka baru pulang dari tenpat kerja.

Namun langkahnya tiba-tiba terbantut, membiarkan Lili yang sudah mendepakan tangannya sendiri.

"Emir, don't you want to hug me?"

"No, no, no..." geleng Emir siap dengan jari telunjuknya digoyang-goyangkan. "Mama mandi dulu, then I'll hug you,"

Krakk!

Bunyi apa tu? Oh, bunyi hati Lili yang patah apabila anak tunggalnya ini tidak mahu dipeluk. Kenapa?

Air mata Lili yang memang sudah bergenang disebabkan Putra tadi kini mengalir disebabkan Emir. Dua lelaki yang paling dia sayang menolaknya pada waktu yang sama.

"Kak, akak kenapa?"

Soalan Najwa yang baru muncul dari dapur tidak langsung dihiraukan. Pandangannya masih tertegun pada Emir Ayden, anak lelakinya.

"Emir tak sayang mama," simpul Lili perlahan sebelum dia berlalu ke kamarnya. Tak sempat Najwa dan Emir mahu mengejar, pintu itu dihempas kuat sebelum dikunci.

Tudungnya ditanggalkan kasar sebelum menghempaskan duduk di sisi katil. Wajahnya ditekup dengan telapak tangan. Ketukan bertalu-talu di pintu tidak langsung dihiraukan.

Menangis. Hanya itu yang Lili mahu lakukan sekarang ini.

"Put dah tak sayang Lili. Emir pun dah tak sayang mama," gumamnya dicelah sedu-sedan.

Liliput ✔Where stories live. Discover now