Lili yang kerja tersenyum dari tadi sambil main telefon bimbit dijeling geram. Dia yang dari tadi bertanya tak diendahkan langsung.
"Sengih-sengih! Whatsapp siapa la tu sampai buat aku macam bercakap dengan spender basah,"
"Eh, apa Put? Kau cakap dengan aku ke?"
"Eh taklah, Li. Aku bercakap dengan stereng ni hah. Lepas tu dashboard dengan meter minyak ni pun sibuk nak menyampuk,"
Gadis itu ketawa riang dengan lawak IQ rendah Putra. Kebodohan tu memang kadang kala sukar nak dihindari.
"Ala Putra, baby, menganjeng ke tu?" rambut lelaki itu ditarik lembut dengan tawa yang masih belum habis.
"Sakit la monyet!" tangan Lili ditepis kuat. Sakit kut rambut dekat sideburn tu kena tarik. "Buat apa cakap dengan aku? Pergi borak dengan phone kau tu!"
Lili menarik semula tangannya, letak di riba. Wajahnya ditundukkan sambil memuncung buat gaya merajuk. Hujung jarinya menguis-nguis telefon bimbit.
Namun muncung itu tak lama, terus berganti senyum sinis. Senyuman penuh muslihat.
"Putra, aku tak reti pujuk orang... macam mana ni?" suaranya meleret dengan muka ditarik gaya comel habis.
Lelaki itu yang sedang memandu menahan je. Kang ada berhenti tepi jalan, kena cium perempuan ni kang!Namun kata-kata Lili tidak langsung dibalas. Come on, mana boleh cair awal-awal.
"Hmm... I wonder if I should ask Fir. Alang-alang tengah wassap dia kan?"
"Fir, Fir, Fir! Tak habis-habis Fir!" gumam Putra rendah. Seboleh-bolehnya tidak mahu Lili mendengar.
Tapi walaupun Lili selalunya pekak, hari ni telinga jadi kuali antena Astro waktu tak hujan pulak. Clear je kata-kata pakcik driver ni hinggap di telinganya.
"Awak jealous dengan Fir ke, sayang?"
"Pergi mampos. Kau nak makan apa ni? Kafe biasa je la eh?" lampu signal diberi sebelum stereng dipusing ke kiri. Pintar mamat ni, menjawab soalan sendiri.
Lili berpeluk tubuh apabila gurauannya dipandang sepi Putra. Ikutkan hati nak je dihempuk kepala bangang itu dengan buku Campbell dekat seat belakang tu hah!
Pehal buat perangai period entah.
Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Lili terus keluar. Tak kuasa nak menghadap muka senggugut Putra. Terus dia duduk di meja biasa mereka.
Putra yang ikut duduk di hadapannya dikerling geram. Geram sampai dia tak sedar dia terbaling telefon bimbitnya. Tepat mencium dada lelaki itu.
"Dafuq?!"
"Kau apasal kuat touching hah sekarang?" tegak Lili menyoal. Takde kona sikit pun.
Iya ahh, naik menyampah dengan Putra. Sikit-sikit silent treatment, sikit-sikit silent treatment. Macam Lili ni bini dia pulak. Dulu-dulu takde pun merajuk. Kalau marah tanya atau maki terus depan-depan.
"Order?"
"Ice blended latte taknak whipped cream dengan bagel sandwich satu!" jawab mereka serentak. Saling menjeling dan meninggi suara, namun menyebut menu yang sama.
Pelayan yang kelihatan baru habis SPM itu sudah berkerut dahi. Ni couple bergaduh ke macam mana ni?
"So ice blended latte taknak whipped cream dengan bagel sandwiches dua la ni kan?" soal budak ni ragu-ragu. Dalam hati dah ketaq lutut takut kena caci tanpa sebab.
Jeling. Itu saja mereka beri.
Segera pelayan tadi beredar.
"So?" soal Lili menginginkan jawapan buat soalan yang diutarakannya sebelum waiter tadi muncul.
Perlahan Putra meraup wajah sambil mengeluh. Dia pun tak faham dengan dirinya sendiri sejak akhir-akhir ini. Macam alergik sikit kalau dengar nama Firdaus, lagi-lagi kalau dengar dari mulut Lili.
Wajah gadis di hadapannya dipandang lembut. Kesian. Dia yang keliru, Lili yang kena.
"Sorry la, Li. Takde benda ahh. Aku cuma... stres. Hah, stress. Pening lagi. Sekarang kan cuaca tengah panas. Duduk dalam kereta menghadap jam lagi buat aku pening sikit,"
"La... kenapa tak cakap kau pening?" spontan Lili menyentuh lengan Putra yang beralas lengan baju itu. Wajah polosnya jelas khuatir.
"Aku dah cakap tak payah jemput-hantar aku ulang alik kan? Aku boleh drive sendiri, Put. Kan dah susahkan kau sekarang,"
"Mana ada susah, takde la. Aku cuma nak kau selamat. Kalau ada orang culik kau, siapa nak jadi kuli aku bersihkan laundry lagi lepas ni? "
"Bodoh," lengan Putra dipukul kuat sambil ketawa.
Tetapi bak kata pepatah, disangka panas hingga ke petang, rupanya taufan Katrina di tengah hari. Begitu juga gelak tawa mereka, kejap je dah mati.
Mati terus apabila Lili basah ditimpa hujan perisa oren.
"Oh, sebab perempuan ni la you nak break dengan I? Padan muka kau perempuan!"
Putra dan Lili sama-sama kelu dan saling memandang. Namun Nur Emiliya bukan gadis lemah gemalai yang akan terus meratapi nasibnya mahupun gadis emo yang akan terus memaki-hamun tanpa usul periksa.
Lili bangkit dan berpaling menghadap perempuan mental dan menyiramnya dengan jus oren itu. Oh, perempuan ni?
"The last time I checked, I have no issue at all with you, Alyssa,"
"Takde isu? Eh, helo! Sebab kau, Amry break up dengan aku tak? Bestfriend konon! Tak malu sailang pakwe orang!"
Suara Alyssa yang memetir ternyata menarik beberapa mata untuk memerhati drama mereka. Nasib baiklah takde yang bawak popcorn sambil menonton sinetron mereka petang-petang ni.
Wajah cantik ini Lili pandang. Sayang, cantik tapi bimbo.
"Oh, pakwe kau? Kau ambik la dia, lipat kecik-kecik, simpan dalam poket seluar skiny kau ni pun aku tak heran la, perempuan. Kalau aku jadi Putra dapat awek bangang macam kau ni, tak sempat couple sejam pun aku dah putus. Bingai!"
Kunci kereta Putra di atas meja Lili capai laju. "Settle dengan awek kau elok-elok. Ajar sikit jadi orang,"
"Hei, perempuan! I tak habis lagi la!"
Baru sahaja Alyssa ingin mencapai minuman yang dibawa seorang pelayan, Lili dah menepis laju tangan putih gebu itu. Cawan plastik itu dirampas Lili.
"Ni air aku. Kau jangan berani nak siram aku pakai air aku eh?"
Sempat sekeping duit kertas warna merah diletakkan ke atas meja sebelum berlalu masuk ke kereta. Dia perlukan aircond! Menghadap perempuan tu buat apa? Mental!
Korang yang sedap bercinta dulu, lepas tu korang yang gaduh, aku jugak yang kena siram. Kebangangan tahap apakah ini?!
Sorry ahh hambar nak mampos. Memang selalu hambar pun tapi harini hambar overdose. Kbai.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...