"Macam mana keadaan dia, doktor?"
"Puan Emiliya stabil, tiada internal injury. Cuma beberapa luka dekat lengan dan buku lali terseliuh. Alhamdulillah, no concussion. Tapi saya minta maaf, anak encik tak dapat diselamatkan," jelas doktor itu panjang lebar sambil menghulurkan salam pada anak muda di hadapannya.
Putra yang masih diserang rasa terkejut perlahan-lahan menyambut salam doktor yang berkaca mata itu. Wajahnya kaget, tidak langsung menyangka kemungkinan itu.
"M- Maksud doktor?"
"I'm sorry? Oh, encik tak tahu ke isteri encik mengandung? Dah masuk minggu kesepuluh. For a few weeks ni saya tak galakkanlah encik sentuh dulu isteri encik dan kalau isteri encik sukar nak menerima khabar ni, saya harap encik dapat bersabar.
"Sekali lagi, takziah saya ucapkan. Saya minta diri dulu,"
Sebaik sahaja doktor itu berlalu pergi, Putra terus terduduk kembali di tempatnya. Mengandung? Lili mengandung? Kenapa dia tak tahu Lili mengandung?
Kalau dia tahu isterinya hamil, dia takkan marah-marah Lili, dia takkan biar Lili keluar dari kereta, dia takkan...
Setitik air mata Putra tumpah. Anaknya. Anak mereka. Pergi tanpa diketahui pun kewujudannya. Sungguh dia tak sangka kejadian malam itu mencambahkan benih. Dia tak pernah terfikir pun kemungkinan itu.
"Ya Allah, apa aku dah buat? Kesian Lili. I said harsh words to her. I broke her heart. I killed our baby. Ya Allah, banyaknya dosa aku pada Lili. Aku cuai jalankan amanah, ya Allah. Aku cuai,"
Tersedu-sedu Putra menangis di ruang itu. Tidak langsung menghiraukan mata-mata staf hospital yang memandang.
Dia mahu melihat Lili, mahu memeluk kawan baiknya, isterinya, tetapi dia takut. Dia takut Lili bencikan dia. Dia gagal menjalankan amanah Uncle Nazreen.
"Assalamualaikum,"
Pipi yang basah segera Putra kesat. Bagai baru ditarik realiti yang dia sedang menangis di ruang menunggu hospital.
"Waalaikumussalam," jawab Putra sambil memandang insan yang menghulur salam tadi. Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an.
"Kau okey?" soal lelaki itu sambil menghulurkan setin Nescafe Mocha. Yelah, nak hulur rokok tak boleh pulak. Hospital kan?
Ragu-ragu Putra mencapai tin yang masih sejuk itu. Lelaki di sebelahnya selamba membuka tin sebelum meneguk rakus. Haus benar lagaknya.
"Minum bro. Get your body some caffein. I know crying could be tiring,"
Zass! Malu apabila orang nampak dia menangis. Nampak tu satu hal, ni siap mention lagi. Segera tin itu dibuka dan isinya diteguk. Sejuk.
Setelah beberapa tegukan, tin itu diletakkan di tepi. Kedua-duanya memandang dinding kosong. Suasana sunyi kerana waktu melawat sudah habis. Hanya suara staf hospital dan perbualan kecil mereka sahaja yang kedengaran.
"What makes you approached me?" soal Putra. Tangannya masih setia memegang tin Nescafe yang masih sejuk.
"I don't know," lelaki itu mengangkat bahu. "Mungkin aku pernah berada kat tempat kau. Menangis sebab gagal jaga isteri dengan anak aku,"
Lelaki yang tidak dikenali itu Putra pandang tajam namun reaksinya hanya tersengih sambil mengangkat tangan. "Sorry, terdengar. Tak sengaja,"
Putra mengeluh lemah sambil bersandar ke kerusi. Dah terdengar, dah la.
"Aku pernah cuai jaga isteri aku. Dia mengandungkan anak kedua aku masa tu. Aku doktor, tapi aku tak mampu selamatkan anak kitorang, selamatkan dia. Macam kau, aku menangis salahkan takdir. Keep repeating to myself, kalau la aku boleh ulang balik masa. But yeah, you know, perkataan 'kalau' tu sendiri seolah-olah kita..."
"Mempersoalkan takdir," sambung Putra sepatah.
"Hidup ni bukan novel, writer boleh ubah suka-suka cerita kalau dia rasa tak best, tak cukup konflik. Hidup kita ni Allah yang tulis. Kan Allah dah janji, inna ma'al 'usri yusra, tiap-tiap kesukaran mesti ada kemudahan," sambungnya lagi.
Bahu Putra ditepuk sambil dia bangkit dari kerusi. "Cherish your wife. At least, she's still alive. Braced yourself. Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"
Langkah lelaki itu dipandang sepi. Melihatkan penampilannya dan kata-katanya tadi, pasti salah seorang doktor di sini.
Rasa pelik mendengar nasihat dari orang yang tak dikenali tapi inilah kehidupan. Allah doesn't let our paths come across for no reason.
Putra menarik nafas panjang. Dia harus melihat keadaan Lili. Lantaklah Lili nak benci dia ke, nak maki, nak pukul dia ke, dia tak kisah. Dia yang gagal menjaga Lili. Dia yang bersalah.
"Braced yourself," bisiknya perlahan pada diri sendiri.
Sebaik sahaja pintu bilik yang menempatkan Lili dibuka, pandangannya tumpah pada wajah isterinya. Mata itu memandangnya dengan pandangan yang... lembut?
"Lili..." serunya sambil mendekati katil itu. Takut dengan ledakan emosi Lili yang sukar ditebak.
"I'm sorry,"
"Huh?" keliru Putra mendengar kata maaf dari bibir isterinya. Bukan sepatutnya dia ke yang mengungkapkan kata itu.
Lili memandang Putra dengan bola mata yang berkaca. Sedaya upaya air mata ditahan dari tumpah.
"I'm sorry for being reckless. I lost our baby. You're right, Lili dah takde sesiapa. Lili ada Putra je. Please, don't leave me alone. Jangan marah Lili, jangan benci Lili,"
Mengucap panjang Putra dalam hati sambil memeluk Lili. Dapat dirasakan tubuh itu yang terketar di dalam pelukannya. Ya Allah, tajamnya lidah seorang Amry Putra. Kejamnya dia kerana menuturkan kata-kata yang menyakitkan itu kepada isterinya, seorang anak yatim piatu.
Pesanan terkahir Uncle Nazreen kembali terngiang di telinganya. "Tolong tengok-tengokkan Lili. Dia perempuan, kasar macam mana pun dia, itulah anak manja uncle. Uncle minta sangat Putra sentiasa temankan Lili, bersabar dengan dia. Tolong ya, Put."
Tapi apa yang dia buat? Dia hancurkan hidup Lili. Tak cukup dengan itu, dia hancurkan hati Lili. Sabarnya secepat itu habis.
"Tak sayang, I'm sorry for saying those words. Lili tak salah, Putra yang salah. Put tak fikir perasaan Lili. I just want to see you smile again. I just miss my bubbly and cheerful Lili. It's my fault for not being patient enough,"
Ucapan Putra ternyata membuatkan Lili semakin dihimpit bersalah. Lelaki ini terlalu sabar dengannya. Setiap patah yang diucapkan suaminya petang tadi walaupun menyakitkan, namun tepat.
Lili sendiri dah tak sanggup hidup dalam dunianya yang kadang kala jatuh ke alam khayalan yang mengimpikan kehadiran keluarganya. Sekarang dia dah ada Putra. Hanya ada Putra.
Dia nak sihat untuk Putra. Dia nak gembira demi Putra.
"I'll smile for you. I'll be cheerful for you. Just please, don't leave me,"
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...