29

18.2K 1K 25
                                    

"Angkat la call tu, Ry. Dari tadi bergetar. Aku nak makan pun tak senang," tegur Wan sambil menjuihkan bibirnya pada telefon bimbit di atas meja.

Sejak dekat bank tadi dia perasan telefon bimbit Putra asyik berbunyi sampai mamat tu mute.

Putra kerling juga telefonnya. Spontan keluhan berat dilepaskan. "Kalau Lili yang call, dah lama aku angkat. Ni perempuan sundal tu yang call, buat apa angkat. Tak cukup lagi susahkan hidup aku agaknya!"

Milo hangatnya diteguk kasar. Geram! Selalunya beginilah, rasa hatinya yang tak boleh dikongsi dengan Lili selalu diluahkan pada Wan. Bukan dia tak percaya kawan-kawannya yang lain, tapi beruk lagi empat ekor tu muka menganjeng.

Wan ni lain. Dia macam ada aura bapak-bapak.

"Astaghfirullahalazim, relaks, Ry. Sampai sundal kau gelarkan dia? Memang betul salah dia cuba perangkap kau, tapi kau tengoklah hikmahnya sekarang. Kau dah kahwin dengan Emi. Sedangkan dia? Kau yang bercinta dengan dia dulu,"

"Masalahnya tu zaman belajar kut. Setakat couple suka-suka. Lagipun sebelum tu aku dah cakap terus-terang dah aku dengan dia, we're over. Takkan la tak faham-faham lagi? Sebab dia, aku dengan Lili jadi macam ni!"

Tanpa sedar, Wan menggeleng sambil ketawa kecil. Kelakar dengar statement tu. "Jadi macam mana? Married? Bunyi macam kau tak reda betul kahwin dengan Emiliya,"

"Tak, bukan aku tak redha! Tapi-"

"Kau menyesal kahwin dengan Emi? Kau menyesal bertanggungjawab? Kau sayang dia?"

Soalan Wan yang bertalu-talu membuatkan Putra terkesima namun cepat-cepat dia recover. Lawak apa Wan ni? Rasanya semua orang yang kenal dia boleh nampak kut betapa sayangnya dia pada Lili. 

"Apa benda kau ni, mestilah aku sayang dia. Kalau tak, takkan la aku rela kena belasah dengan bapak aku semata-mata nak kahwin dengan dia? Lili tu kawan baik aku dari baby kut!"

"Sayang sebagai... kawan baik je? Ry, Emiliya tu isteri kau tau. Amanah bukan je dari arwah papa dia, tapi dari Allah untuk kau. Kau sendiri pernah mengaku yang dia pernah confess cintakan kau. Kau sendiri cintakan dia? Pernah confess dekat dia?"

"Cinta..." Putra memejamkan mata sambil meraup muka. Milonya yang sudah semakin hampir mencapai thermal equilibrium dibiarkan tidak diminum. "Define love, Wan."

Lelaki itu mengangkat bahu sebelum kembali bersandar pada kerusi. Mahu Amry Putra menafsir sendiri. Dia tak boleh nak mengaplikasi definisi cintanya pada tunangnya dengan cinta Putra yang sepatutnya pada isterinya. Ikatan itu sendiri tak sama.

"Apa yang kau rasa bila Emi dengan kau. Especially lepas kahwin ni. Ada rasa apa-apa beza?"

Lama Putra diam, mencari jawapan untuk persoalan ini. Persoalan yang sering kali dia abaikan apabila muncul di kepala. Alasannya mudah; malas nak menyemakkan otak.

"Aku rasa sayang... dan disayangi?" ujarnya seperti menyoal pada Wan. Wan mengangguk kecil, menyuruh Putra meneruskan bicara.

"I feel content, blissful bila setiap kali aku buka mata, aku nampak muka dia, dengar dia ketawa, tengok dia senyum. Dia buat aku rasa nak jaga dia,  nak protect dia... entahlah, Wan. It's hard to tell. It's like a mixture of feelings now. What I feel when I'm with her, it's beyond words," jelasnya panjang lebar.

Wan ketawa kecil melihat senyuman yang terlakar di bibir Putra. Bercakap tentang perasaan Putra pada Lili, indescribable, tapi tersenyum. Itulah cinta, barangkali.

"Aku happy sebab Emiliya buat kau happy. Tapi tenang ke kau bila kau belum maafkan seseorang? Jadi lelaki ni, role kita mendekati, menikahi then, menafkahi wanita. Dan bagi kau sekarang, wanita tu Emiliya. Tapi Alyssa, seorang perempuan yang kau pernah dekati tapi kau tak nikahi, kau pernah fikir perasaan dia?

"Bagi kau, memang la suka-suka. Tapi bagi dia? Dia perempuan, emosi dia sembilan, akal dia satu. Kecewa buat dia ambil tindakan bodoh, tapi tindakan bodoh dia la yang bawa Emiliya pada kau hari ni. Kalau kau tak boleh menikahi dia sekalipun, sekurang-kurang kau boleh memaafi,"

Putra memandang wajah tenang Wan. Apa yang Wan cakap memang betul tapi... entahlah. "So, should I forgive her?"

"Well, at least, answer her call,"

***

"Duduk la. You nak makan apa-apa?"

Pelawaan Alyssa ditolak dengan gelengan. Aviator di batang hidungnya dicabut. Nanti orang kata cacat pulak pakai shades dalam bangunan. Lagi teruk kalau kena kecam hipster.

"No, thanks. I takut kena spike lagi,"

"Amry..." rengek gadis itu. Malu apabila tindakan bodohnya diungkit.

"Tak payah merengek la Lyssa, I tak suka. Lain la kalau Lili-"

Meja itu bergegar dihentak Alyssa. Mujurlah kafe berdinding kaca itu tidak mempunyai begitu ramai pengunjung saat ini, takde la orang pandang ke apa. Childish betul hentak-hentak meja.

"Lili! Lili! Lili! Semuanya Lili! Apa yang dia ada, yang I takde hah?!"

"Hati!" Putra mengetuk dadanya sendiri dengan jari telunjuk. Matanya tajam menikam wajah cantik Alyssa. "Lili takde hati busuk macam you! Dah la Lyssa, I ingat you ajak jumpa ni sebab nak minta maaf. Rupanya tak sedar lagi!"

Telefon bimbit dan aviator di atas meja dicapai sambil bangkit dari kerusi namun Alyssa sempat menahan. Tangan Putra dipegang erat sebelum sempat lelaki itu melangkah.

"Amry, please. Yes, I nak jumpa you sebab I nak minta maaf. I nak kita okey macam dulu. It's just... nama perempuan tu trigger I-"

"The one that you referred as 'perempuan tu' is my beloved wife. I maafkan you, Lyssa, tapi ingat! Jangan pernah sesekali muncul lagi depan I, depan Lili!"

Tangannya di dalam genggaman Alyssa direntap sebelum meninggalkan gadis itu. Seharusnya mereka tak perlu berjumpa pun. 

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Liliput ✔Where stories live. Discover now