"Sorry sebab tak melawat Emi dulu. Fir tak tahu pasal family Emi and masa tu Fir kena pergi kursus. Terkejut jugak la Fir balik-balik je dapat tahu Amry dah kahwin. Dengan Emi pulak tu,"
Lili tersenyum tawar namun fokusnya masih pada pinggan dan span di tangan. Bukan sukar mengesan nada hampa pada suara itu.
"I'm sorry-"
"Nothing to be sorry. Dah memang jodoh Emi dengan Ry. Yang penting Emi bahagia dengan Amry kan?"
Lili mengangguk bagi menjawab soalan Firdaus. Sekilas senyuman dihadiahkan buat Firdaus yang masih menebeng di dapur ini.
Memang dia bahagia bersama Putra. Namun dalam dirinya ada lebih dari satu 'dia' yang kerap mengganggu. Dia takut satu hari nanti Putra akan tinggalkan dia. Well, Lili kan jiwa kacau.
"Sebab kalau Emi tak bahagia dengan Amry, Fir sendiri akan rampas Emi," ujar Firdaus sambil tersengih. Sembang je lebih, tak mananya dia nak merampas isteri sepupu sendiri.
"Amboi, lincah! Belum apa-apa dah rancang nak rampas isteri aku,"
Suara yang memetir di belakang mereka ternyata mengejutkan. Putra bercekak pinggang memandang that so-called 'merpati dua sejoli' di hadapannya.
Tak cukup siang tadi bermesra dekat pangkin, malam-malam habis kenduri ni pun sempat beramah mesra dekat dapur? Lebih ahh!
Heh, ini yang Lili kata tak perlu risau, takde apa-apa? Bullshit!
"Putra, Fir gurau je. Janganlah ambil serius," tegur Lili lembut. Tangannya yang bersabun dibilas pada paip dan dilap.
"Memang aku akan rampas dia. Aku akan rampas Emiliya daripada kau kalau dia tak bahagia dengan kau,"
Putra mengetap gerahamnya kuat dengan penumbuk yang sudah digenggam. Tinggal nak angkat je. Kalau ikutkan amarahnya dah berkecai muka sepupunya ini!
"She's mine!"
"Setakat ni,"
"Fir!" Lili terjerit kecil mendengar kata-kata Firdaus.
Apa bangang sangat mamat ni nak simbah petrol Ron95 pada api kemarahan Putra? Lain kali simbah Ron97, mahal sikit.
Putra yang sudah berlalu, dikejar. Tidak dihiraukan langsung tetamu dan saudara-mara yang masih ramai di dalam rumah. Seliparnya disarung, cuba menjejak Putra yang sudah keluar.
Lelaki itu pula berjalan tanpa arah tuju. Hatinya panas. Terlalu panas! Apa benda Firdaus ni? Takde perempuan lain ke kat dunia ni sampai Lili pun dia nak rampas?!
Langkahnya diatur menuju ke sebatang anak sungai di belakang rumah Tok Mak. Hanya dipisahkan belukar dan beberapa batang pokok yang buat kawasan tu nampak semak.
Tempat melepak masa kecik-kecik dulu. Tiada lampu di sekitar situ namun tidaklah terlalu gelap kerana langit yang terang pada malam ini.
Lagipun dalam poketnya ada telefon bimbit yang dibuat menyuluh jalan. Ngeh!
"Putra!"
Putra mendecit. Sibuk pulak Lili nak ikut dia! Pergi la layan Firdaus sana!
Sejak selesai bacaan doa tadi dia cari Lili, nak makan sama-sama, dah nak menggencat aktiviti rajuknya. Rupa-rupanya orang tu dok spend time dengan kekasih lama. Ok.
"Putra! Tunggu la! Lili takut, gelap,"
"Dah tu, pergi la balik rumah sana!" jawabnya mendatar. Padahal dalam hati menggelinjang minta dipujuk.
"Amry P- arghhh!"
"Lili!"
Lelaki itu segera berpaling dan berlari pada Lili yang sedang berpaut pada sebatang pokok. Segera pinggang isterinya diraih, risau jika Lili terjatuh.
Teruklah Putra ni. Boleh dia lupa tanah dekat situ licin sikit dan dibiarkan sahaja Lili mengejarnya tanpa cahaya. Jahat, Put. Jahat!
Perlahan-lahan tangan Lili yang masih menggeletar memaut batang pohon itu dialihkan dan diletakkan ke bahunya. Dengan lembut, Putra menunduk sedikit dan mencempung tubuh kecil molek Lili.
"Lili," seru Putra lembut.
Tangannya naik mengusap pipi gadis itu setelah meletakkan Lili di atas batu besar di pinggir sungai. Tanpa diduga, jemarinya basah.
"La, kenapa nangis ni sayang? Luka ke? Sakit? Lili tak jatuh kan tadi?"
Gadis itu mencebik sebelum memeluk erat Putra. Wajahnya disembamkan di ceruk leher lelaki itu sebelum perlahan-lahan esakan mula berlagu.
Putra yang terlongo hanya mampu mengusap lembut belakang badan isterinya. Dah kenapa ni? Sakit sangat ke berpaut pada pokok tadi?
"Lili, sayang... Kenapa ni, tell me? Kenapa nangis ni?"
Bersungguh-sungguh Lili menumpahkan air matanya di bahu itu. Takut, sumpah dia takut akan kehilangan Putra. Dalam fikiran berkecamuk dengan bermacam-macam suara ketika lelaki itu meninggalkannya tadi.
Dan suara itu semua membisikkan segala kemungkinan jahat.
"Li... Lili ta- takut... gelap..." nafasnya ditarik dalam sedu. Wajahnya diangkat memandang Putra sebelum kedua-dua belah pipi suaminya ditekup.
Putra terasa gigilan pada jemari di pipinya. Ya Allah, apa ni Putra? Kau biar Lili bergelap kejar kau tadi. Ingat ni cerita hindustan ke? Buatnya dia jatuh tadi, injured, terhantuk dekat batu, kena patuk ular ke apa? Haishh... merajuk macam budak-budak!
Tapi Fir tadi...
Haishh!
Tangan Lili digenggam erat dan dikucup dengan mata yang sudah terasa berpasir. Kesal kerana cuai untuk kesekian kalinya.
"I'm so-"
"Jangan tinggalkan Lili... please. Jangan marah Lili. Sumpah, Lili dengan Fir takde apa-apa! Lili ada Putra je, please..."
Putra menarik dagu Lili agar mendekat sebelum kucupannya jatuh ke bibir itu. Lembut sahaja kucupannya, sekadar menenangkan. Lupa pada amarahnya tadi apabila melihat Lili menangis macam ni. Ya, semua salah Putra. Kuat cemburu, kuat merajuk, insecure.
Tapi Fir tadi...
Dah! Pujuk Lili cepat! Kesian Lili baby, nangis-nangis takut kena marah.
"Tak sayang, I'll never leave you. Kenapa takut sangat ni?"
"Li- Lili... P- Put..."
Sedaya-upaya Lili cuba mengeluarkan ayat dari bibirnya namun gagal. Gagal mencipta jawapan buat soalan itu dan akhirnya dia hanya mampu menggigit bibir.
Sekali lagi Putra tunduk mencicip bibir gebu itu. Setelah dilepaskan pun, hidung mereka masih dibiarkan bergeser. Mahu menatap dekat mata cantik di hadapannya.
"Put takkan tinggalkan Lili. Tapi ada syarat,"
"Apa...?"
Terlepas ketawa kecil dari bibir Putra. Lili ni, tanya 'apa' pun bunyi macam nak menangis balik.
Pipi Lili yang masih basah dikesat dengan ibu jarinya. Senyuman manis diukir buat Lili agar gadis itu nyaman. Tudung Lili yang dah senget-benget diperkemaskan kembali biar comel.
Putra punya, kena la stay kawaii!
"Mulai hari ni...."
"Hmm," gumam Lili sambil mengangguk.
"...panggil Put..."
"Hmm,"
"...abang,"
"Hmm?"
Aku cam... hmm.... macam mana nak habiskan cerita ni ek? Makin mengarut ni 😂😂😂😂
![](https://img.wattpad.com/cover/86029347-288-k787054.jpg)
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...