"Apa cite sekarang, bro?"
"Pergh, habang businessman dah sampai la!"
"Pe cita bawak Uber? Brother jiwa kelajuan!"
"Jyeahhhh!!"
Putra hanya ketawa sambil menarik kerusi di meja paling memekak itu. Tangannya diangkat pada Bro Taifu, memesan makanan.
Dah biasa dah dengan tempat ni. Memang ini lah port dia lepak dengan kawan-kawannya sejak habis SPM lagi. In fact, dia pernah kerja dekat sini setiap kali cuti sem dahulu.
Nasib baik Bro Taifu bersabar je dengan perangai monyet mereka.
"Emi mana?"
Pandangan Putra arahkan pada Zaki di hadapannya, cuba nak cope dengan bingit beruk lagi lima ekor ni. Kejap, dia tanya apa tadi? Oh ya, Lili.
"Dekat rumah la,"
"Ala, apasal tak bawa sekali? Lama siaa tak jumpa Emi. Nampak kat IG kau je!"
"Jan, kau kena paham. Amry ni kalau bab Emi je posesif melampau! Mengalahkan simpan awek!" ujar Afiq menganjeng, menjawab soalan Ley.
Putra hanya menjulingkan mata. Setiap kali jumpa setan gonjeng lima ekor, setiap kali itulah dia ditanya soalan sama dan diperli benda sama. Aduh, common sense, mana common sense?
"Agak-agak la aku nak bawak dia tengok bola malam-malam macam ni. Dengan kita semua lelaki pulak tu. Anak dara orang kut!"
"Uish, dara? Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kau jaga Emiliya dari jantan bangsat ni!"
"Babi, Zak! Aku tak macam tu la sial!"
Mereka ketawa berdekah apabila melihat tangan Amry Putra hinggap di belakang kepala Zaki.
"Zak, Zak! Zaki la sial, dari dulu tak reti sebut nama aku elok-elok!" gumam Zaki sebelum menghirup teh tariknya.
"Untung aku tak panggil Fak,"
Tawa mereka meledak lagi. Terhibur tengok Putra mencarut.
Perangai budak sekolah mereka masih tak berubah. Rasa macam baru semalam mereka berkenalan sebagai junior volleyball, duduk dekat kerusi simpanan, angkat air angkat beg untuk senior.
Macam baru semalam dipilih jadi first six.
Macam baru semalam mereka digging spike diving di gelanggang.
Macam baru semalam mereka menangis sebab kalah tipis refree hanat bias.
Macam baru semalam mereka berpisah habis SPM.
Nasib baik sekarang semua bekerja dan belajar dekat area KL. So setakat nak lepak dua tiga kali sebulan takde hal la!
"Weh, aku nak bertunang,"
Pfttt! "APA?!"
Wan tayang muka tak bersalah melihat reaksi spontan kawan-kawannya. Masing-masing minum guna hidung ke macam mana ni?
"Aku tak bunuh orang eh! Aku nak kahwin je,"
"Lincah siaa..." ujar Leyy pula sambil tersengih. Menganjeng.
Wan masih pasang muka selamba. Dia dah ada kerja tetap, dah ada kemampuan dan dah ada calon yang dirasakan terbaik, kenapa nak tangguh lagi kan?
"Aku nak bina masjid kut. Support ahh,"
"Gelojoh!" Gumam mereka serentak.
Si tuan punya badan yang bakal mengikat tali pertunangan itu hanya mengangkat bahu, malas nak layan mangkuk ayun lima ketul ni.
Sebagai bekas kapten, Wan la yang paling tak berperasaan tapi dia paling rasional. Daripada dulu kalau mereka bertekak ke apa, memang Wan yang tolong leraikan.
Atau cara mudah sikit dia spike je muka sorang-sorang sampai terdiam.
Tapi dia yang paling lincah melangkah ke level baru ni, apa kes ni? Diorang baru 23 kut, usia masih muda.
"Wei, kau main gitar lagi?"
Soalan Shak menghentikan suapan roti sardin ke mulut Putra. Kepalanya diangguk dengan mulut ternganga sebelum sudu yang penuh itu disumbat ke mulut.
"Nape?" Soal Putra dengan mulut penuh.
"Takde apa, saja tanya. Anyway, tak lama lagi ada program baru kat TV4. Nyanyi-nyanyi, tak nak try?"
Membulat mata Putra dibuatnya. Siap buat muka jijik lagi. "Kepala otak kau,"
"Kau nyanyi sedap apa? Abang idola kut dulu,"
"Betul. Semua junior perempuan memuja kau kalau nyanyi,"
"Abang Amry! Abang Amry!" Zaki pulak dah buat suara gedik gegadis fangirling.
Bapak jijik.
Putra mendengus. Yang nak ungkit kisah silam ni kenapa, ya Allah! Dia dah lama tak menyanyi depan orang. Orang last yang dengar dia menyanyi ialah Lili.
Ketika dia harus menolak cinta gadis itu.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...