46

25.6K 1.1K 62
                                    

"Sunyi kan rasa?"

Wan hanya tersenyum tipis. Tersenyum pada meja barangkali. "Nak sunyi apa, Ry? Bising je kedai ni,"

Putra ketawa hambar. Ye la, lawak Wan pun boleh tahan hambar ni. Memanglah bistro ini agak bising dengan pelanggan tapi maksud Putra, keadaan mereka.

Daripada enam, tinggal tiga. Ini pun Afiq tak dapatlah nak muncul dalam dua tiga bulan ini. Isterinya baru sahaja bersalin dua minggu lepas.

"Kau tahu maksud aku, Wan. Main-main pulak eh,"

"Well, this is life, Ry. Kita semua pun dah besar, ada tanggungjawab masing-masing. Struggling to build our own life, protect our very own family,"

Kata-kata Wan tak mampu disangkal. Betul. Mereka bukan budak-budak lagi takde kelas, takde kerja, lepak. Mereka semua lelaki dewasa yang dah layak benar menggalas tanggungjawab.

Leyy, Shak dan Zaki sudah tidak tinggal di sini lagi. Leyy sudah berkahwin dan kini menetap di Johor. Shak pula bermastautin di India, berkerja sebagai seorang jurutera di pelantar minyak. Zaki si setan itu? Percaya atau tidak, dia sedang melanjutkan pelajaran di Finland. Gigih belajar sampai PhD, fuhh!

Maka arakiannya, tinggallah Putra, Wan dan Afiq yang masih kekal di hutan konkrit ini.

"Cakap pasal family, guess what, Wan?" soal Putra sambil tersenyum lebar. Hiruk-pikuk pelanggan sekeliling yang asyik makan sambil menonton perlawanan akhir Liga Super tidak langsung memadamkan cahaya di wajah lelaki itu.

Tak, bukan cahaya LED keluar dari muka Putra ya? Ni kiasan sahaja.

"Apa? Emiliya dah balik?" tebak Wan. Tepat.

"Mana kau tahu?"

Wan tersenyum segaris. "Tu, belakang kau,"

Segera Putra berpaling ke belakang. Benar-benar ada Lili yang sedang memegang tangan Emir di belakangnya. Fuhh, ingatkan Wan ada ilmu kasyaf ke apa!

"Papa!" jerit Emir sebaik sahaja nampak ayahnya. Dengan langkah kecil dia berlari ke arah Putra. Terus lelaki itu mengangkat anaknya duduk di riba.

Lili pula berjalan malas ke meja itu. Serius malas. Kalau bukan sebab Emir yang merengek bertanyakan Putra, memang Lili dah bergolek atas katil malam-malam ni.

Dan dia pun gamble je datang ke sini. Niat nak distract Emir dari bertanyakan Putra je tapi dah memang lelaki itu ada di sini, hah, layanlah anak kau tu!

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," jawab Wan. Lili yang menarik kerusi di sebelah Putra dipandang lama.

Mereka berdua nampak... distant.

"Wan, lama tak jumpa kan?" tegur Lili ceria.

Wan mengangguk sambil tersenyum, tapi Putra pula yang memerli. "Jangan cakap Wan, I pun you dah lama tak jumpa,"

Wajah Putra yang masih selamba melayan Emir dengan telefon pintarnya Lili jeling geram. Ya Tuhan, depan Wan jugakah Putra ajak bergaduh?

"Diamlah. Lili cakap dengan Wan. Bukan dengan hai-Wan,"

Burn, baby, burn!

"Where's the animal, mama?"

Soalan polos Emir meletuskan tawa Wan. Aduhai, innocent sungguh budak ni! Jauh beza dengan mak ayah dia.

"There's no animal sayang. I'm joking with papa,"

"Then, I heard you mentioned 'haiwan'. It means animal, right? Did you call papa animal? It's not nice, mama!" lengan mamanya dipukul kuat. Tak baik kan cakap orang macam tu?

Liliput ✔Where stories live. Discover now