"Put, dah sampai mana ni?"
"Baru lepas susur Simpang Ampat, sayang. Kalau Lili mengantuk lagi, tidur la dulu," jawab Putra lembut sambil mengusap kepala Lili.
Perlahan Lili menggeleng sambil menggosok-gosok matanya yang masih kelat gara-gara kantuk yang bersisa. Putra yang mengerling spontan tertawa kecil.
Kenapa comel sangat ni, sayang?
"Putra... nak peluk, boleh?"
"Apa?!" soal lelaki itu kaget. Gila tak kaget, orang tengah drive, dia mintak peluk. Cuba minta peluk dalam bilik, lebih daripada tu boleh bagi.
"Ermm, Lili nak peluk tangan je. Tapi kalau Put tak selesa nak drive, takpe la,"
Oh, nak peluk lengan! Cakap la awal-awal. Ingatkan nak peluk-peluk manja gitu!
"No, it's okay. Anything for my Lili," ujar Putra sambil menghulurkan tangannya pada isterinya.
Pantas sahaja Lili memeluk lengan kekar Putra hasil hobinya main kejadah fitness bar tu. Dengan manja kepalanya dilentokkan dekat dengan bahu lelaki itu, serapat yang boleh.
Pendek kata, hanya gear dan handbrake yang memisahkan mereka. Gitu!
"Lili okey tak balik kampung Put ni? Ni bukan kampung papa dekat JB tau, ni kampung mama,"
"Iya, sayang. Dah berapa kali Lili cakap, okey je kan?" jawab Lili sedikit mengeluh. Bosan disoal benda sama.
Namun tipulah kalau dalam hatinya tak rasa gugup. Ini pertama kali dia balik ke kampung Putra di Muar. Dia tak tahu what to expect there sebab dia sendiri tak pernah ada kampung. Kampungnya itulah, Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaraya Johor Bahru.
Namun kerisauan Putra pula lain arahnya. Balik kampung ni, mestilah Firdaus akan ada sebab ini pun kenduri doa selamat sebelum mamat tu fly ke Australia.
"Kat sana ada Fir, tau," ujarnya perlahan hampir tidak kedengaran.
"So?"
"I don't know. Mana tahu Lili dengan Fir..."
"Amry Putra," seru Lili tegas sambil menarik kepalanya daripada terus bersandar. Wajah Putra yang kononnya sedang fokus memandu itu dijeling geram.
"Lili dengan Fir tak pernah ada apa-apa tau. Kenapa nak fikir bukan-bukan?"
"Tak pernah ada apa-apa? He proposed you, Lili! Lelaki cuma propose bila dia betul-betul suka, betul-betul sayang, tau tak?!"
"But I rejected him. I'm your wife now, Putra," ujar Lili perlahan sebelum tubuhnya kembali disandarkan ke kerusi. Namun pandangannya dikalihkan pada tingkap.
Terguris hatinya apabila Putra meninggikan suara macam tu. Lantaklah Fir tu, yang penting sekarang dia milik Putra kan?
Sebaik sahaja sampai ke kampung, Lili terus keluar dari kereta, tidak langsung menghiraukan Putra. Mama, Mak Ngah dan Tok Mak yang menyambut di muka pintu disalam dan pipinya dikucup penuh kasih.
"Cantik benor (benar) orang rumah Amry. Hari tu masa majlis kahwinnya jumpa sekejap je, tak sempat nak pandang lama-lama. Ni dah dekat, macam anak patung mukanya. Cantik!"
"Err... mana ada, biasa je. Tok Mak ni..."
"Ala malu-malu pulak!" usik Mak Ngah pula. Suka melihat wajah itu malu-malu.
Haish, Amry yang baru berumur 23 tahun itu pun sudah berkahwin. Anaknya Firdaus yang dah di hujung 20-an itu? Calon pun takde!
Wahi tersenyum simpul melihat Lili yang segan dan kekok dipuji itu. Mana taknya, manalah pernah gadis ini dipuji. Dengan Putra yang kuat mengutuk dan sikap Lili sendiri yang agak kasar, siapa yang nak puji depan-depan?
"Tok Mak, ni kan Ry punya. Mana boleh belek lama-lama," Putra selamba mencelah sambil tunduk menyalami ibu dan neneknya.
Ketawa besar orang tua itu dibuatnya. "Eleh! Belek sikit pun kedekut. Ry beleklah isteri tu puas-puas malam karang. Sekarang Tok Mak nak ajak Lili ke pangkin. Kita borak panjang sambil minum-minum, jom?"
Lili hanya mampu tersenyum sambil mengangguk apabila lengannya ditarik Tok Mak. Namun wajah Putra masih tidak dipandang. Merajuk!
Dalam pada menarik tangan Lili, sempat lagi Tok Mak meninggalkan pesannya buat Putra..
"Amry, nak air ambil kat dapur sendiri ya? Tok Mak pinjam orang rumah,"
***
Putra membaringkan tubuhnya ke atas katil. Wajahnya cemberut. Bengang!
Tadi selepas mandi dan solat, ingatkan nak ke pangkin di bawah pokok rambutan belakang rumah Tok Mak juga, saja nak menyibuk. Biarlah, dia kan cucu kesayangan Tok Mak.
Tapi sebaik sahaja buka pintu belakang, nampak Firdaus dah join sekaki. Duduk di sebelah Lili, berborak diselangi tawa, siap isterinya menuangkan air lagi untuk sepupunya.
Sekarang ni Lili isteri siapa?
Pintu yang terbuka menyentak Putra, namun tidak dihiraukan langsung. Sejak kes dia tertinggi suara di dalam kereta tadi, Lili langsung dah tak bercakap dengannya tapi boleh bergurau-seda dengan Fir. Itu yang dia kata tak payah fikir bukan-bukan?
Lili yang duduk di hujung katil pula hanya mampu memandang Putra yang sedang tidur membelakanginya. Aww... kacaknya suami saya dengan t-shirt dan kain pelikat je!
Haip, tak boleh! Kau merajuk kan tadi?
Ala, Putra bukan nak pujuk pun. Lupakan je la hal tadi. Dia penat tu.
Kalau dia tak pujuk kau, maknanya dia tak sayangkan kau.
Lili memegang kepalanya yang terasa pening dengan suara-suara itu. Memekak! Putra sayang dia la!!!
"Put, tidur ke? Dah lepas asar ni, tak elok, sayang,"
"Hmm,"
"Dah minum?"
Putra mencebik. Huh, sekarang baru nak tanya? "Hmm,"
"Dah mandi?
"Hmm,"
Lili menggigit bibir. "Putra dah tak nak pandang Lili ke?"
Senyap.
"FINE!"
Brakk!!! Bunyi pintu bilik air dihempas mengejutkan Putra. Eh, dia yang bermesra dengan Firdaus, dia pulak yang nak merajuk?

YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...