"Emi, rindu nak study, lepak, membodoh dengan kau!" rengek Aiza manja sambil memeluk erat tubuh Lili.
Gadis itu yang baru masuk ke dalam kereta hanya mampu gelak redha sambil menepuk-nepuk belakang badan Aiza. Gedik betul la budak ni!
"Dah, dah! Kau nak bawak aku pergi mana ni? Eh, aku tak cakap dengan Putra-"
"Jangan risau, aku dah call dia tadi. Aku cakap aku nak culik isteri dia yang cantik ni, mula-mula gelabah weh laki kau tu! Hesitate gila nak bagi keluar. Tahu la kau cantik, tapi takkan la nak kurung kau 24 jam dalam rumah. Siap suruh kau berhenti belajar lagi!"
Dalam membebel itu tangannya sudah lincah menurunkan brek tangan dan menggerakkan kereta. Iyalah, Amry tu buat gaya nak kurung bini gila!
"Mana ada aku berhenti belajar. I just... pause for a while. You know, back then... you saw how I was at that time, right?"
"Aww... Emi, I'm sorry. Maybe betul kut tindakan Amry. Dia nak tengok wifey dia ni happy balik, tak mahu kusut-kusut, tu yang dia suruh duduk rumah. See, you're better now! Tapi sem depan, sambung balik tau?"
"Insha Allah," jawab Lili ringkas.
Telefon bimbit yang bergetar di riba menarik perhatiannya. Mesej WhatsApp dari Putra yang masuk membuatkan Lili spontan tersenyum. Sayang dia ni kenapa comel dan caring sangat?
Lili baby... take care okey?
Apa2 hal call
I'll be there to save the day. 😉Hahaha I'm okay la, dont worry👌
Miss you 😘😘😘🙈🙈❤❤❤
Miss you too 💩
*voice note*
"Huh?" Dahi Lili berkerut namun laju sahaja tangannya menekan butang play. Oh, silap!
I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away"Weh, tu suara Amry ke weh? Sedap gila dia nyanyi!"
Lili ketawa mendengar jeritan teruja Aiza. Dia sendiri pun rasa nak menjerit sebenarnya. Dah lama gila kut dia tak dengar lelaki itu menyanyi. Hari ni dapat dengar, tiba-tiba ada orang lain jugak tumpang mendengar.
Hmm... tak seronok sebenarnya berkongsi. Walaupun cuma suara.
"Habis la kau. Lepas ni Aiza pulak rampas Putra,"
Lili mendecit geram mendengar bisikan itu. Sekali sekala optimis sikit boleh tak? Lemah betul!
"Emi, kau annoyed dengan aku ke?" soal Aiza ragu-ragu. Maunya tak ragu tengok muka sahabatnya yang tiba-tiba berubah ni.
"Eh, taklah! Mana ada. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"
"Takde la. Kau tiba-tiba 'tch' tadi, macam annoyed. So, I thought- Ouch, Emi! Sakit weh!" jerit Aiza kuat sambil mengusap-usap lengannya yang kena backhand dengan Lili tadi. Sakit gila!
"Kau la! Overthinking nak mampus! Aku 'tch' macam tu tadi sebab baru teringat yang aku lupa tutup lampu bilik air. Bising Putra tu nanti!"
Wajah Lili dipandang dengan mata yang dikecilkan. Muka tak percaya habis. "Betul ni?"
Melihatkan Lili yang sudah mengangkat tangan mahu memukulnya lagi membuatkan Aiza ketawa kuat. Malas mahu bertanya lanjut, dia memberikan kembali fokusnya pada pemanduan. Sesekali dia mengerling Lili yang masih ralit ber-WhatsApp dengan Putra sambil menyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan radio.
Entahlah. Jujur Aiza rasa, Emiliya di sisinya sekarang ini berbeza. Ceria, ya, tapi auranya lain.
Ketika berjumpa Lili beberapa bulan yang lalu, terkejut besar dia apabila mengetahui Lili dan Putra sudah berkahwin apatah lagi pada saat itu sahabatnya baru kehilangan seluruh ahli keluarga. Namun disebabkan keadaan Lili yang pada saat itu dalam kemurungan, Aiza tidak mahu bertanya lanjut.
"So nak pergi mana ni?" soal Lili sebaik sahaja menyimpan kembali telefon bimbitnya. Tak nak la orang kata nanti 'Aunty kirim salam'.
Aunty mana? Anti-sosial la! HAHAHHA!
Ok fine tak paham.
"Makan?"
"Kau belanja?" soal Lili teruja.
Aiza pura-pura mengeluh sambil menjeling Lili. "Boleh... tapi ada satu syarat."
Lili menongkat dagu sambil memandang Aiza dengan mata yang sengaja dikebil-kebilkan. Senyuman comel habis ditarik, minta dibelanja.
"Wei, jijik dowh buat muka macam tu! Kau ingat aku Putra, boleh cair la?"
Aiza menyela dalam tawanya sambil mencubit pipi Lili. Nasib baik tengah drive, kalau tak dah kena jentik dah dahi budak ni!
"Sakitlah!" tangan Aiza ditepis lembut. Tepis kuat-kuat kang accident pulak. "Hah, apa syaratnya?"
"Aku nak anak saudara. Nak main dengan baby. Mesti comel nanti tengok anak kau lari terkedek-kedek, aww!"
"Mengarut! Suruh la abang kau kahwin, apasal mintak aku," jawab Lili dalam tawanya.
Tawa palsu.
Pandangannya dialihkan ke luar tingkap kereta. Kalaulah Aiza tahu apa yang telah dilaluinya.
"Nak baby apanya? Sejak dah kahwin ni ada Putra sentuh kau?
Refleksi wajahnya di tingkap kereta yang sedang tersungging dijeling geram. Diam la kau!
Blerghh. Filler chapter.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...