27

19.9K 1.1K 57
                                        

Suapan terakhir nasi goreng kampung dikunyah perlahan sambil matanya melirik bidadari di sisi. Setelah itu, milo suam pula disisip melegakan tekak. Sarapan yang simple, tetapi menggembirakan perut.

Oh, ya. Serta berkalori tinggi.

"Kenapa pandang Put macam tu?"

"Molla," jawabnya ringkas sambil mengangkat bahu. "Suka tengok Put makan kut. Sedap?"

Putra tersenyum girang sambil memicit hidung Lili. Mengekek isterinya ketawa sambil memukul tangannya. "Sakitlah! Lili tanya sedap ke tak je. Tak sedap, tak payah la dera orang,"

"Mana boleh tak sedap, Lili kesayangan Put yang masak!" Tubuh Lili diraih ke dalam pelukan. Syukur. Besar kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana telah mengembalikan senyuman di bibir isterinya. "Tapi kenapa sayang tak makan?"

Muka acah tegas Putra ternyata menjemput lagi tawa Lili. "Nanti Lili makan la." Jam dinding dikerling sedikit. "Dah! Dah! Dah pukul berapa ni? Janji dengan Wan nak pergi bank pukul berapa, ni dah pukul berapa? Haish, Putra ni dari dulu tak reti tengok jam,"

Mendengarkan bebelan Lili, lelaki itu bangun dari kerusinya sambil ketawa. Baru sahaja dia nak mencapai cawan dan pinggannya untuk dibawa ke dapur, Lili dah menghalang. "Tak payah, orang boleh basuh! Awak tu, pergi cepat! Kesian tau Wan penat tunggu awak. Dia nak uruskan kedai lagi, nak layan perangai Melayu awak lagi. Cuba sekali-sekala punctual!"

"Alolooo... comelnya dia guna awak-saya! Sorry la baby, saya bangun lambat. Siapa ajak saya temankan dia makan Maggi malam tadi?"

"Eleleleee..." Lili tersengih manja sambil memaut lengan Putra. "Siapa yang makan banyak? Putra kan?"

"Well, sebab tu bangun lambat." Jawapan Putra hanya mendapatkan sebuah lagi tamparan di lengannya sebelum Lili berlalu ke dapur dengan pinggan dan cawan kotor. Banyak la alasan dia!

Sebelum lelaki itu keluar dari rumah, sempat dia singgah di dapur. Lili yang sedang membasuh pinggan di sinki dipeluk dari belakang.

"Amry Putra!"

"Kejap la. Nak peluk sikit pun kedekut. Nanti rindu macam mana?" ujar Putra lebih kepada menggumam. Kepalanya diselesakan lagi letaknya di bahu Lili sambil menutup mata. Menikmati saat manis ini.

Sebuah ciuman diberikan di pipi isterinya sebelum pelukan dilepaskan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sebuah ciuman diberikan di pipi isterinya sebelum pelukan dilepaskan. "Bye, sayang,"

"Bye. Drive elok-elok," ucap Lili sambil melambai. Senyuman manis tidak lekang langsung dari bibirnya. Khas buat Putra.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

Beberapa ketika kemudian, pintu utama yang dibuka Putra ditutup kembali. Lili yang sudah selesai mencuci pinggan mengelap tangannya pada tuala dengan senyuman. Sehinggalah bunyi enjin kereta Putra tidak lagi kedengaran, lekuk di bibirnya juga mulai pudar.

Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang