"Sorry pasal semalam,"
Firdaus tersenyum nipis. Sejak bila Amry pandai minta maaf? Seingatnya memang sejak kecil perangai manja dan ego sebagai cucu kesayangan Tok Mak dah tertanam dalam diri sepupunya ini. Asyik Firdaus je kena mengalah.
"It's okay. Aku pun nak minta maaf. I was just kidding,"
Sampaikan Emiliya pun Firdaus kena beralah untuk Amry. Haih... apa la nasib?
"So... kau duduk sana berapa lama?" soal Putra kekok. Maunya tak kekok, dia mana pernah duduk berborak dengan Firdaus.
Putra dan Firdaus tidaklah sampai tahap bermusuhan. Mereka cuma saling merasa asing. Firdaus tua lima tahun daripada Putra. Jadi masa Putra baru nak masuk sekolah menengah, sepupunya itu sudah melangkah ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Bak kata rakyat jelata zaman Kesultanan Melayu Melaka yang duduk di bawah naungan Raja Pasai, tak sama league.
"Tiga tahun. Or so. Depends,"
Yes! Pergi la lama-lama. Tak payah balik pun takpe. Hati kecil Putra berbisik jahat. Sejahat tuan punya badan, macam tu la jugak hatinya. Punyalah takut Lili kena sailang.
"Nanti aku takde ni tengok-tengokkan la mama dengan adik-adik aku,"
"Insha Allah," jawab Putra ringkas.
"Putra! Tolong Lili angkat beg ni!"
Suara Lili dari dalam rumah ternyata menarik perhatian mereka berdua. Namun Putra buat tak tahu, berpaling semula menghadap halaman rumah. Melayan perasaan dengan angin sepoi-sepoi bahasa Jawa.
Well, Muar kan? (sila sebut Muar: Muor)
Ingat Putra nak layan Lili? Malam tadi deal apa?
"Mulai hari ni, panggil Put, abang."
"Putra!"
Suara Lili sudah semakin dekat. Betul-betul sebelah lelaki itu dia berdiri sambil bercekak pinggang. Pipinya turut dikembungkan. Sebal!
"Cepatlah tolong angkat beg tu masuk kereta! Berat tahu tak? Dengan mangkuk tiffin (sebut: tépén) lagi. Tu semua mama bawakkan your favourite dishes tau! Ni dah pukul berapa? Put nak balik KL ke tak nak sebenarnya ni?!" laju je Lili membebel. Dah mengalahkan kereta api Shinkansen dia punya laju tu.
"Angkatkan apa? Abang tak dengar la,"
Lili menelan air liur apabila mendengar Putra emphasize perkataan 'abang' yang cuba dia elak dari pagi.
Come on la, sejak bangun tidur sampai dah pukul 4 petang ni dia dah berjaya mengelakkan apa-apa bentuk komunikasi yang memerlukan penggunaan kata ganti nama dengan Putra, kira achievement la tu kan?
Ehem! Lili berdehem sedikit. "Err... tu.. beg. Erm, Lili nak pergi toilet kejap,"
Putra hanya mampu menghantar langkah Lili dengan pandangan sebal. Oh, degil eh? Tunggu la balik rumah nanti!
Firdaus yang dari tadi menonton perbualan kecil mereka gagal menahan senyum. Kelakar la. Yang seorang sibuk suruh panggil 'abang', yang seorang lagi tak nak. Lepas tu bermasam muka.
Childish sangat!
***
Elok-elok Lili sedang menyangkut telekungnya selepas selesai solat Isyak berjemaah dengan Putra tadi, pinggangnya terasa dipeluk dari belakang. Urghh!
Ya, memang sweet back hug ni. Yang tak sweetnya bila Lili terkejut dan habis telekungnya jatuh ke lantai.
"Amry Putra!" seru Lili spontan. Pelukan Putra dileraikan sebelum dia tunduk mengutip telekung itu.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Ficção AdolescenteSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...