Emir yang tertidur di atas pangkuan Putra dipandang dengan senyum yang tak lekang. Anak lelaki yang dilahirkannya kini sedang memangku anak sendiri. Macam tak percaya.
"Minum, ma, pa," tegur Lili sambil meletakkan dulang yang berisi teko dan empat biji cawan ke atas meja kopi.
Dengan berhati-hati air teh O panas itu dituang. Dan dengan tekun juga Putra memerhatikan isterinya. Alala... lemah-gemalainya Lili. Malam tadi bukan main aumm!
"Ni dah kenapa tersengih pulak? Tahu la Lili cantik,"
"Eii, perasannya. I tengok sebab takut you tumpahkan air tu. You dah la cuai, ada jatuh teko tu karang,"
Lili mencebikkan bibirnya. Cis, ingatkan Putra terpikat tengok dia! Rupanya dok teringat perangai cemerkap dia. "Jangan risau la. Kalau Lili tumpahkan air, air tu tersiram atas kepala Put je,"
"Hish, dah jadi mak bapak pun bertekak lagi macam budak-budak. Kesian Emir tu, kacau tidur dia!"
"Entah! Buat perangai, papa luku kepala sorang-sorang!"
Tubuh Emir yang bergerak sedikit gara-gara terganggu Putra usap lembut. Lili pula turut melabuhkan duduknya di sisi Putra, menepuk perlahan punggung si manjanya.
"Papa la ni bising. Tengok Emir tak lena ni," sungut Putra. Matanya dijegil bergurau pada Izham.
Baru sahaja Izham nak membalas kata-kata anaknya dengan Jurus Bebelan Kebapaan, bidadari di sisinya sudah memukul lembut lengannya.
Pukul lembut tu sekali je. Diikuti pula dengan Jurus Penyepit Ketam Mama yang hinggap di lengan yang sama.
"Sayang! Sakit tau..." rengek Izham mengada-ngada. Muka merajuk ditarik, tak kena langsung dengan usia yang dah lanjut.
"Abang tu pun macam budak-budak. Dengan anak sendiri pun nak bertekak. Tak kesian dekat cucu tu?"
Hmphh! Balik-balik dia juga kena bebel? Inilah ibu-ibu, semua nak menangkan anak. "Iyalah nenek. Nasib baik atuk sayang nenek,"
Lili dan Putra dan tersengih sambil berkerut melihat papa selamba memeluk mama di hadapan mereka. Comel memang comel, tapi cringey sikit sebab mak bapak sendiri hahaha!
Dengan penuh sebal Wahi cuba melepaskan diri dari pelukan suaminya. Adoi bang oii, depan anak menantu nak bermesra macam ni! Ni nasib baik Emir tengah tidur, kalau tak tercemar mata si kecil itu.
"Eii, malaslah nak layan abang! Pergi dapur, masak lunch lagi bagus," ujar Wahi sebaik sahaja lolos dari pelukan Izham.
"Ma, Lili tolong,"
Baru sahaja bangun dari duduknya, bunyi telefon bimbit menarik perhatian mereka. Phone Lili ke? Hmm, bukan.
"Li," panggil Putra. "Tolong?"
"Tolong apa? Lili nak tolong mama masak,"
Wahi menggeleng sambil menarik suaminya bangun. "Tak payah. Tolong je Putra. Biar mama dengan papa yang masak hari ni,"
"Tapi-"
"Li, cepat la tolong ambilkan phone I. I tak boleh ambil ni, nanti Emir terbangun,"
Lili mencebikkan bibir. Amboi, menyuruh je kerjanya! "Mana?"
"Dalam poket seluar I ni,"
Bersusah payah Lili menyeluarkan telefon pintar itu dari poket seluar jeans Putra. Susah la, ketat kut! Setelah itu dengan mengada-ngadanya lelaki itu meminta supaya Lili memegangkan phone itu di telinganya.
Lili tak mampu nak buat apa-apa. Iyakan je la si Putra ni. Walaupun boleh tahan lenguh jugalah tangannya memegang telefon ini.
"Tak boleh postpone ke, Kim? Aku busy la,"
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...