"Mama, look at adik! She's scattering my Lego!"
"Ya Rabbi, Emir! Jangan la bagi adik main Lego tu. Kalau dia tertelan macam mana?"
Melihatkan si ayah yang sudah bercekak pinggang di pintu bilik game room mereka, Emir sudah tercebik-cebik ingin menangis. Lego berbentuk helikopter yang sudah hampir siap dipasang dicampak ke tepi. Berkecai.
Si kecil berusia setahun dua bulan di hadapan Emir bertepuk tangan sambil ketawa. Entah langsung tidak mengerti kemarahan abangnya atau sengaja gelakkan. Well, adik-beradik kan?
"Emir! Kena adik nanti!"
"You love adik more than me! Papa memang dah tak sayang Emir," ucapnya sambil menangis.
Lili yang baru sampai ke game room itu terkejut besar melihat keadaan bilik yang bersepah dan Emir yang sedang duduk di lantai sambil menangis. Eryna pula masih ketawa sambil sambung bermain dengan permainan abangnya.
"Emir sayang, kenapa ni? Meh sini kat mama,"
"Papa tu! He scolded me for no reason! Adik yang kacau Emir," jawab Emir disela tangisan. Tangannya dibawa mengesat mata namun gagal teruk menghentikan tangis. Malah sedu mula keluar sama.
"Ee... tetetahh! Mmma!"
Wajah adiknya yang masih ketawa dan membebel dalam suara bayi dipandang tajam. Marah. "Nanti kalau ada adik lain, adik rasalah apa yang abang rasa!"
Sebaik sahaja memekik pada Eryna, Emir terus berlari ke biliknya. Tak mempedulikan langsung adiknya yang menangis apabila disergah sebegitu.
Mana tidaknya, Emir ialah abang yang paling banyak bersabar. Jarang mengamuk, hanya sekadar mengadu jika diganggu Eryna. Budak kecil ini pula? Kaki buli.
Tak padan dengan kecik, suka betul smack down abang dia. Emir tu pun tadah je kena cepuk, kena tarik rambut, kena gedeguk-gedeguk jadi kuda ditunggang Eryna. Sayang punya pasal.
Tapi bila hari ini konsentrasinya terganggu. Ditambah pula papanya yang seperti menuduhnya sengaja memberi adiknya serpihan Lego untuk ditelan, memang Emir tak boleh terima!
"Abang, pergi pujuk Emir sana," arah Lili sambil menggendong si kecil Eryna yang sedang menangis.
"Ala, Emir tu dah besar. Kena marah sikit pun-"
Mati terus ayat Putra apabila dijegil Lili sedemikian rupa. Hanya senyuman diberikan pada si isteri sebelum dia menyusul anak sulungnya.
Ada tidur dekat luar malam ni.
"Sshhttt... sayanglah anak mama. Abang Emir tak marah adiklah. Adik kacau abang kenapa? Kesian abang tau, kena marah papa,"
"Mma... abebebe- hppuhh!"
Pergh. Menyembur kau cerita, dik.
Lili memicit sedikit hidung Eryna. Geram dengan budak nakal ni! Kemudian kepala si kecil itu ditarik agar berehat di bahunya. Tangannya masih menepuk-nepuk lagi punggung si bayi berlampin ini.
"Tidur, nak? Kita tidur eh?"
Siri bebelan Eryna tidak langsung dihiraukan. Tubuh kecil itu dibaringkan di atas katil sebelum lampin pakai buangnya ditukar.
Ketika Putra masuk ke bilik mereka, Eryna baru sahaja terlena. Namun gara-gara bunyi yang ditutup Putra agak kuat, usaha Lili yang sedang melepaskan diri Eryna yang mahu mengempéng ternyata sia-sia.
Mulut si kecil itu kembali menyedut-nyedut.
"Abang!" marah Lili dalam berbisik. Punggung Eryna ditepuk lagi agar anaknya cepat lena.
"Sorry, sayang," ujar Putra sambil tersengih. Duduknya dilabuhkan perlahan-lahan tidak mahu mengganggu tidur si kecil.
Kepala anak perempuannya diusap sebelum pipi gebu itu dicium. Dan setelah itu ciumannya tersasar ke 'botol susu' Eryna.
"Abang... gelilah!" rengek Lili perlahan. Masih mengawal suaranya.
Lelaki itu ketawa kecil sambil membetulkan duduk. Pipi Eryna dicuit dengan hujung jari.
"Eii... hisap apa tu? Tu papa punya tau,"
"Amry Putra!" tangan itu dipukul kuat. Sakai betul!
Selamba sahaja Putra tersengih gatal. Bibir Lili dicium sekilas sebelum dia bangun. "Nanti kalau Eryn dah lena, keluar tau. Abang tunggu kat dapur,"
KetikaLili keluar, Putra sedang meletakkan dua cawan milo ais ke atas meja. Lelaki itu menghadiahkan senyuman manis buatnya sebelum mencapai bekas aiskrim di dalam freezer.
Lili mendekati meja itu. Ceh, milo bukan sebarang milo. Ini milo dinosaur! "Hmm... rajinnya dia malam-malam buat milo ais,"
"Well, baru la feel lepak mamak," jawab Putra sambil meletakkan satu skop aiskrim vanila di atas setiap cawan milo. Tak cukup dengan itu, sebuah kek kecil pula dikeluarkan dari peti sejuk.
"Tadaa!"
"Abang!" rengek Lili dalam tawa. Tanpa sedar matanya memanas. Terharu.
Putra meletakkan kek itu di hadapan Lili. Serentak itu juga telefon pintarnya di atas meja berbunyi. Reminder. "Happy birthday, Lili sayang,"
Terus tubuh tegap itu dipeluk erat. Terharu sangat. Di dalam kesibukan mereka pun Putra tetap menyambut hari lahirnya, walaupun hanya berdua.
"Sorry sayang, takde lilin,"
"As long as I have you. My wish is you. Now, they've come true,"
Pelukannya pada tubuh mungil Lili dieratkan. Hidungnya dibenamkan pada rambut isterinya. Wangi. "Sekali pakej dua budak comel yang tengah tidur tu," sambungnya.
"Sekarang, jom makan kek sebelum abang makan Lili!"
"Huh?"
Alololo... Comelnya pandangan tidak mengerti itu. Ni betul-betul tak paham ke act innocent je ni?
Kolar silk robe di bahagian dada Lili yang hampir terdedah itu Putra betulkan.
"Cekci la awak," ujarnya sambil tersenyum gatal. Sebuah kucupan ringkas dihadiahkan di bibir gebu isterinya.
"Eii Putra... benci ahh!"
Rungutan Lili dibalas ciuman lagi. Tetapi kali ini lebih panjang. "Benci awak jugak. Now, we seriously need to eat that cake before I jump on you. So naughty la sayang ni,"
"Eii... gatal!"
"Sshhtt..." mulut Lili ditekup dengan telapak tangan. "Nanti budak-budak ni bangun- Lili!"
"Put!"
Dan sengih tak berdosa si bidadarinya kembali menyejukkan hati walaupun tangannya digigit. Nasib baik sayang.
Habisssssssss...
And for those yg tak tahu, ngempéng is... habit baby yang suka menyonyot puting botol or that natural... puting sebelum tidur. Awkward sial cerita pasal sensitive body part ni but you get the idea kan? Haha.
So, epilog yang hambar. Takde special chapter. Takde. Jangan mintak. Rasanya takde la.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...