12

19.7K 1.2K 129
                                        

1. Keluarkan telefon bimbit.

2. Dail nombor Lili

3. Tidak diangkat.

4. Simpan telefon bimbit kembali.

5. Stress.

Dah tak terkira dah berapa kali Putra ulang langkah 1 sampai 5 tu. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.

Sepatutnya lepas bersihkan dobi tadi dia dan Lili akan keluar makan ke, tengok wayang ke apa. Rutin hari Sabtu mereka. Tetapi gara-gara terserempak dengan Alyssa, atmosfera menjadi tegang antara mereka berdua.

Sampailah akhirnya tadi Lili minta untuk pulang. Sakit kepala katanya. Sakit kepala ke? Muka macam sakit hati je. Tapi kenapa?

"Amry, kenapa muka berkerut ni?"

"Huh?" fokusnya dikembalikan pada Alyssa di hadapannya. "Takde apa. You dah siap shopping belum?"

"Itu la, I tak boleh decide. You rasa which one is better, black or dark blue?"

Putra meneguk liur. Perempuan ni tanya dia kasut mana lagi cantik? Selipar Nike kepunyaan Lili warna hitam-merah yang dia belikan dulu lagi lawa kut daripada dua pasang high heels yang ditunjukkan Alyssa ini.

Belakang kepalanya digaru walaupun tak gatal. Refleks.

"Hitam cantik jugak,"

Alyssa memuncung. "Tapi I dah ada warna hitam,"

"Okey. Blue black, then," ujar Putra sambil mengangkat bahu. Dah dua je option dia bagi, biru je la tinggal kan?

"Tapi yang hitam ni cantik..."

DAH TU AMBIL JE LA YANG HITAM TUUUU!!!

Putra menarik nafas panjang, tenangkan diri. Setelah berpisah dengan Alyssa sejak tamat diploma, dia dah lama tak menghadap perempuan cerewet shopping.

Lili? Jalan-jalan, nampak yang dia minat, beli. Tak minat, blah. Habis cerita.

Haish, Lili kesayangannya ni pun satu. Dah kenapa tiba-tiba buat gaya awek merajuk tak nak angkat phone bagai ni? Tak pernah-pernah buat perangai macam ni, tiba-tiba je.

Ketika sudah selesai berbelanja, kaki dah penat, perut dah lapar, apa lagi makanlah! Dan silap Putra mengizinkan Alyssa memilih tempat makan.

Ye, kafe hipster. *face palm*

"Okey, Ry. Now let's discuss about us,"

"Discuss apa?"

"Ry!" rengek Alyssa sambil menghentakkan sudu dan garpunya ke pinggan. "Dua tahun Ry, you senyap takde khabar berita. It's about our relationship sayang, kita tak pernah officially break up pun,"

"So, let's end everything here la,"

Alyssa menghentak meja pula. Adoi perempuan ni dari tadi duk menghentak, apahal?

"Ry! Mana boleh macam tu! Dua tahun ni I setia dengan you je tau, tak date dengan lelaki lain pun. You yang tiba-tiba senyap, lepas tu senang je kan nak end everything? Sampai hati you!"

Putra meraup wajahnya kesal. Perempuan dan drama berpisah tiada.

"Look, Lyssa. Benda dah lama, move on la. For not breaking up properly, I'm sorry okay?"

"Is it because of her?"

"Huh?" kerutan di dahi Putra semakin jelas. Ada juga dia jadi atuk sebelum usia kang berkedut seribu sebab asyik berkerut je. "Who?"

"Perempuan yang dengan you tadi la. Siapa nama dia? Amelia?"

"Emili-"

"Whatever!" laju sahaja Alyssa memotong. Tak rela nak mendengar pun nama rival yang bakal ditentanginya dalam merebut Amry Putra.

Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang