Brek tangan ditarik ketika kereta dah terletak cantik dalam petak parkir. Putra mengeliat bagi mengendurkan otot-ototnya yang sudah kejang. Dah berapa jam dia memandu dari Kuala Lumpur hingga masuk ke negeri Johor ini.
Berhenti sekejap dekat RnR ni, dia perlukan refreshments. Kepalanya ditala ke kiri. Hmm...
"Amboi, sedapnya perempuan ni tidur!" gumam Putra perlahan. Lantas bahu Lili ditolak dengan hujung jari.
"Lili, bangun!"
Gadis itu membuka mata sedikit. Muka macam nak membunuh orang apabila disergah sebegitu.
"Berani-beraninya pencacai hina seperti tuan hamba mengganggu beta beradu?"
"Bodoh. Bangun cepat, makan, solat," arah Putra tak bernada. Penat! Penat! Malas nak layan bongok Lili tengah-tengah hari buta ni.
"Makan!!"
Jeritan teruja bersuara nyempreng mengisi ruang di dalam kereta itu.
Lelaki itu hanya mampu menggeleng pasrah dengan perangai kebudak-budakan Lili. Ni nak jadi doktor? Ada dia bedah anak orang sambil menyanyi;
Pak Atan ada kucing
Nama dia Bingo
B. I. N. G. O.
B. I. N. G. O.
B. I. N. G. O.
Nama dia Bingo
Meow! Meow!Ala, lagu Didi and Friends tu. Bukan boleh percaya sangat budak Lili ni.
"Putra, cepatlah! Lapar! " jerit gadis itu pada Putra yang masih di sisi kereta. Dia punya semangat tu dah sampai tangga dah.
"Jalan dulu boleh kan? Sibuk nak mengendeng dekat aku,"
Lili menjelir pada Putra apabila dia sudah mendekat. "Awak kan bakal imam saya, mana boleh duduk belakang,"
"Uwekkk!!!"
"Ya Allah, Putra! Cakap dengan aku, siapa yang aniaya kau! Mengaku dekat aku siapa bapak budak dalam perut kau ni?!"
Kepala Lili di-backhand laju. Tapi selembut mungkin. Ye la, perempuan ni dah la bodoh, kut kena tempeleng makin menjadi-jadi bodoh dia kang. Dah la tak cantik, siapa nak kahwin dengan Lili nanti?
Nampak tak Putra prihatin? Sampai macam tu sekali dia fikir nasib Lili.
"Eii... layan kau ni bukan boleh kenyang! Baik kau pergi belikan aku makanan sebelum aku makan kau,"
Lili mengambil duit yang dihulurkan Putra sambil mencebik. Sebentar cuma sebelum dia tersenyum mengusik.
"Nak makan saya, boleh. Tapi nikahi saya dulu, encik," ujar Lili dengan wajah innocent palsu kononnya Izzah Ombak Rindu.
"Kau pergi sekarang sebelum aku terlempang kau!"
Putra hanya mampu bersandar pada kerusi sambil mengurut kepala. Hei, pening ahh! Manusia seketul yang masih ketawa kerana seronok sebab berjaya buat dia rasa annoyed itu dipandang geram.
Heshh, kalau bini aku tu aku cium-cium bibir dia bagi diam! Ada je benda nak buat aku sakit hati!
Haip Putra... cium-cium?
"Astaghfirullah," mukanya diraup perlahan. Apa la yang dia fikir?
***

YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...