25

19K 1.1K 40
                                    

"Lili tunggu sini kejap, Putra belikan aiskrim eh? Chocolate chip mint, okey?" soal Putra sebaik sahaja ternampak van aiskrim yang berada di kawasan taman itu.

Silap dia bawa Lili keluar hari ini, cuaca agak panas walaupun dah petang. Kepala Lili yang berlitupi tudung diusap lembut sebelum meninggalkan gadis itu di bangku yang menghadap tasik.

Bawah pokok macam ni, okey kut.

Barisan yang agak panjang membuatkan Putra sedikit resah. Bukan resahkan aiskrim habis ke apa. Dia risau meninggalkan Lili seorang diri lama-lama. Tindakan isterinya terllau spontan, sukar ditebak.

"Chocolate chip mint, dua!" ujarnya pada si penjual aiskrim sebaik sahaja sampai di gilirannya.

Namun ketika sedang menunggu aiskrimnya dicedok, telinga Putra dapat menangkap perbualan orang yang baru datang beratur di belakangnya.

"Eh, kenapa kecoh-kecoh kat tepi tasik tu?"

"Entahlah. Perempuan tu meroyan agaknya menangis-nangis macam tu,"

Dada Putra berdetak hebat. Entah kenapa dalam kepalanya hanya teringatkan Lili. Segera sekeping duit kertas RM10 diletakkan di kaunter van aiskrim sebelum berlari ke arah tasik.

Tidak perlu mendekat pun dia dah nampak ramai orang memandang ke arah tepian tasik. Di sekitar bangku yang dia tinggalkan Lili tadi.

"Lili!" jeritnya kaget apabila melihat Lili tersungkur ke tanah. Segera Putra mendekat, menarik Lili yang sedang menangis ke dalam dakapannya.

"Apa ni, puan? Sampai nak tolak-tolak isteri saya?!"

"Oh, ni isteri awak? Lain kali dah tahu isteri tu gila, simpan la elok-elok dekat rumah! Tak payah nak bawak ke tempat awam macam ni!" lantang suara wanita itu memekik. Anak lelaki disorokkan di belakangnya, jauh dari gapaian Lili.

Tadi dia membiarkan anaknya berlari-lari anak, bermain sendiri sambil dia memerhati dari jauh. Namun dia terkejut bukan kepalang apabila dia melihat anaknya ditarik oleh seorang wanita sebelum tubuh kecil itu dipeluk dan dicium-cium. Dia yang kaget apa lagi, mula memaki hamun wanita yang kelihatan sangat muda di hadapannya ini.

"Puan cakap, baik-baik sikit! Isteri saya tak gilalah!"

"Tak gila? Hei! Dia cuba nak culik anak saya, lepas tu menangis-nangis macam ni, encik cakap tak gila?!"

Lili yang mula terdiam sejak Putra muncul tadi sudah menunduk. Ya Allah, apa yang dia fikir?! Adam sudah tiada! Kenapa dia nampak budak tu macam Adam tadi?

Perlahan-lahan Lili meleraikan pelukan Putra. Dia bangun ingin meminta maaf pada wanita di hadapannya ini namun wanita itu terus berundur, mencipta lebih banyak jarak. Suaranya lantang sahaja menjerkah. "Hah! Hah! Jangan nak dekat dengan anak aku eh?"

"T- Tak... saya nak minta maaf. Saya cuma... cuma... Tadi saya ingatkan anak puan, adik saya,"

Wanita itu mendengus kasar. "See, kan betul saya cakap isteri encik ni gila. Tadi menangis meraung, sekarang tenang je boleh bercakap-"

Tak mahu mendengar lagi cecehan ibu itu, tangan Lili segera ditarik menjauhi tempat itu. Mata-mata yang memandang mereka tidak langsung dipedulikan. Hanya langkahnya sahaja dipanjangkan agar segera sampai ke parkir kereta.

Lili yang secara relatifnya berjalan lebih perlahan dan punyai langkah lebih kecil daripada Putra terkial-kial cuba mengejar. Mahu melepaskan tangannya dari genggaman lelaki itu sepertinya sukar apabila pergelangan tangannya sendiri terasa sakit dicengkam begitu.

"Putra, sakitlah! Putra!"

Rengekan Lili tidak langsung dihiraukannya. Sebaik sahaja sampai di keretanya, pintu sebelah penumpang segera dibuka sebelum tubuh Lili ditolak masuk. Setelah itu barulah dia bergerak ke bahagian pemandu sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Lili mengemam bibir, menahan tangis. Dia tak nak menangis cuma sebab tangannya sakit gara-gara cengkaman Putra. Ni benda kecik.

"Apa Lili cuba buat dekat budak tadi?" soal Putra dengan suara yang masih meninggi. Masih mengandungi amarah.

"Li- Lili... m-minta maaf. I thought he was A-"

"Adam dah takde, Lili! Boleh tak kau terima yang Adam, mama, papa kau, semua dah takde! Pandang aku, Li!" wajah isterinya yang semakin menunduk ketakutan ditarik agar menghadapnya.

"Pandang aku! Aku je yang ada untuk kau. Dah dua bulan, Li. Dua bulan! Tak kan kau tak boleh terima kenyataan lagi? Orang yang dah mati tak boleh hidup balik. Aku ni, Amry Putra, suami kau. Focus on me! Ke kau nak tunggu aku mati baru kau nak nampak aku?!"

Jerkahan Putra sungguh menakutkan. Lili tak pernah nampak Putra semarah ini. Kenapa Putra marah dia? Kan lelaki ini dah janji nak jaga dia. 

Adakah dia beban buat Amry Putra?

"I'm sorry," bisik gadis itu perlahan sebelum keluar dari kereta tersebut.

"Lili!"

Suara Putra yang memanggilnya tidak langsung dihiraukan. Langkahnya diatur aju. Air mata yang mengalir deras dikesat dengan belakang tangan.

Putra jahat! Putra jahat! Dia ingat aku suka ke orang cakap aku gila? Dia ingat aku suka keliru? Kalau aku reti beza budak tadi dengan Adam, aku tak peluk dia la, bodoh! Putra bodoh! 

Papa, tengok Putra marah Lili. Putra tak sayang Lili. Dia rogol Lili masa papa takde. Dia kata nak jaga Lili, tapi dia marah Lili. Dia tak faham! Mama, papa dengan adik-adik dia hidup lagi tapi Lili... why did you guys left me alone? Lili nak ikut.

"Lili, kereta!!!"

Srreeeeeetttttttttt!!! 





Oh, shit. Habuk masuk mata. Lol, suen, lol.

Anyway, to those yang duduk asrama, yang nak masuk asrama, yang suka cerita asrama, meh sini aku nak promote satu story by xiznaj tajuknya The Other Half. Kan bosan baca asal cerita asrama je, pasal pembunuh "ketuk, ketuk, cakar, cakar," takpun nenek kebayan duduk atas loker kira "satu dah tidur, dua dah tidur," kan? Kamon la tu urban legend asrama malaysia kut! The Other Half ni cerita pasal psiko. Apa yang special? Yang specialnya writer dia pun penakut pastu tulis cerita psiko pastu malam takleh tido LOL

Oh, lagi satu, cerita ni in English. Untuk adik-adik, bolehlah polish English korang sebab akak writer ni budak straight A's spm, A lagi English dia hahahhaa.... so jangan risau, takkan ada kekeliruan antara future dengan picture.

Nak tunggu aku tulis story omputih? Tak payah la, BM aku pun hampir bunyi Sanskrit.

Liliput ✔Where stories live. Discover now