23

19.7K 1.1K 68
                                    

Ruang yang penuh dengan tetamu yang baru menyelasaikan bacaan tahlil tidak langsung dihiraukan Lili. Ramai tetamu yang mendekatinya, mengucapkan takziah. Namun Wahi yang banyak memberi respon, mengucapkan terima kasih. Lili? Hanya menundukkan pandangan.

Dia reda dengan pemergian keluarganya. Mungkin sudah sampai ajal mereka. Apatah lagi menghembuskan nafas terakhir di Tanah Haram, itu ialah satu keistimewaan. Tapi entahlah. Lili rasa kosong. Terlalu kosong. Rasa macam baru semalam dipeluk papa dan mama. Macam baru semalam membuli si baby boy, Adam.

Dan kini senang-senang orang nak suruh dia terima yang mereka sudah tiada? Nak mencium pipi mereka buat kali terakhir pun Lili tak sempat.

Semasa solat jenazah ghaib yang berlangsung tadi pun dia rasa surreal gila. Rasa macam ni semua mimpi ngeri. Sekejap lagi dia akan bangun dari tidur dan mama, papa dan Adam ada di sisinya kan?

"Lili," panggil Azam perlahan.

Tidak dihiraukan penat dan jet lag setelah menempuh perjalanan selama berjam-jam, kakinya terus dibawa mendekati Lili. Tubuh yang dipeluk itu tidak langsung bereaksi, malah memandangnya kosong.

"Lili," serunya lagi. Risau melihat mata tak beremosi Lili. 

"Ni uncle, sayang," kepala Lili dikucup berkali-kali dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. "Talk to me, please," lirih suara tuanya menuturkan. Hatinya begitu sedih kehilangan adik kesayangannya, Azra, namun apabila melihat reaksi anak saudaranya, tahulah dia jiwa gadis ini lebih parah cedera.

"Azam,"

Panggilan Izham membuatkan Azam perlahan-lahan melepaskan pelukannya pada Lili. Kepala gadis itu disentuh lembut sebelum dia bersalaman dengan Izham. "Maaf la, aku masuk tak bagi salam,"

"Eh, takpe la. Rumah Lili, bukan rumah aku. Jomlah cakap dekat luar sekejap,"

Ajakan Izham disambut anggukan. Mereka duduk di bangku batu di halaman rumah tersebut.

"Flight okey tadi? Anak dengan isteri kau tak ikut?"

"Tak sempat la, Am. Benda ni semua jadi tiba-tiba sangat. Kenapa-"

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam," jawab Azam dan Izham serentak. Seorang lelaki berserban datang mendekati mereka, imam solat jenazah ghaib dan juga orang yang mengetuai bacaan yasiin dan tahlil tadi.

Mereka bersalaman sambi disulami perbualan kecil. Tiada apa yang penting pun dibualkan. Hanya menyampaikan rasa simpati dan sedihnya diatas kehilangan tersebut. Nazreen yang merupakan salah seorang ahli qariah yang sering mengimarahkan surau taman itu manakala Azra sendiri rajin mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh komuniti di situ. Kehilangan keluarga ini pasti dirasai jiran tetangga mengenangkan sikap keluarga Nazreen yang mesra dengan semua orang.

Setelah itu, seorang demi seorang tetamu berpamitan pulang. Skripnya lebih kurang sama je dengan imam tadi. Sungguhlah;

  خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ 

"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat bagi orang lain."

Oleh itu, manfaat yang diberikan tak kiralah ilmu, jasa atau tenaga yang dikongsi bersama yang dikenang sebagai memori yang baik tentang insan yang sudah pergi.

Selesai membereskan apa yang patut, mereka yang tinggal semua duduk berkumpul di ruang keluarga. Penat yang bercampur dengan sedih masih terbias di wajah masing-masing. 

Najwa datang menatang seteko kopi O panas ke ruang itu, berharap dapat meringankan sedikit beban emosi di dalam benak semua orang. Tetapi ketika menghulurkan cangkir kepada abangnya, mata sempat lagi menjeling Putra. Menganalisa.

Liliput ✔Where stories live. Discover now