Pintu ditolak, salam diberi. Hanya sepi yang menyahut. Sama seperti hari-hari lain. Moga-moga malaikat menjawab salamnya.
Masuk sahaja ke bilik, tubuhnya dihempaskan ke katil terus. Sekali dengan gitar dibaringkan atas katil. Penat. Namun sempat lagi tangannya mencapai alat kawalan jauh pendingin.
Perlahan-lahan kelopak matanya yang sudah dari tadi memberat, tertutup. Bibirnya dipaksa senyum. Malam ini, dia mahu bemimpikan pujaan hatinya.
"Putra, bangun sayang. Kenapa tidur tak mandi, tak tukar baju ni? Masam la bau,"
"Nak dukung," rengeknya mengada-ngada. Siap hulur tangan minta didukung.
Lili berpeluk tubuh di hadapan katil mereka. Wajahnya ditarik acah garang. "Haipp! Malas mandi eh? Rotan nak?!"
"Garang la cikgu ni," gerutu Putra perlahan sebelum dia bangkit dari baringnya. Bukannya pergi mandi, malah menarik Lili supaya baring bersama.
Terjerit gadis itu dibuatnya apabila sedar-sedar sahaja dia sudah didakap Putra.
"Amry Putra!!"
"Lili..." tanpa sedar nama itu diseru, serentak dia membuka mata.
Hanya deruan pendingin hawa menjawab panggilannya. Putra membawa jemarinya menyentuh pipi. Spontan dia tertawa pahit.
Sekali lagi dia dipaksa bangkit dari mimpi yang manis. Hanya sisa air mata menyambut bangunnya.
"Lili dekat mana, sayang? Dah lima tahun abang tunggu. Apa salah abang?"
Putra pusing. Dia tidak tahu mahu mencari Lili ke mana. Mula-mula dia ingatkan Lili menyusul Firdaus ke Australia, namun apabila dia mencari isterinya di sana, malah wajahnya menjadi mangsa tumbukan Firdaus.
"Apa kau buat sampai Emiliya lari hah? Dia cintakan kai separuh mati! Dia takkan tinggalkan kau tanpa sebab la!"
Buntu. Lalu Putra kembali. Cuba meneruskan hidup tanpa Lili di sisi. Dan kini setelah lima tahun, dia berhasil bangkit dari ditimbus kekecewaan.
Di mata orang, dia berjaya. Di hatinya, Putra tahu dia gagal.
Matanya dikatupkan kembali. Kali ini dengan tangan yang berehat di dahinya dan air mata yang dibiar tak terhapus. Putra masih ingat, bangun pagi itu tanpa Lili yang sepatutnya menemani. Bangun dengan sekeping nota dan filem ultrabunyi di meja sisi.
Actions speak louder than words,
but words are assurance.
I love you, Amry Putra.I'm doing this for you, for us.
Ampunkan Lili, Put.
I'll be back, but not in the nearest future.
Live goes on even though I'm not in your next chapters.Love, Lili&baby ‹3
***
"
Emir, jom tidur. Esok nak kena bangun awal,"
Zip bagasi besar itu ditarik sehingga tertutup sepenuhnya sebelum didirikan, tersandar pada dinding. Lili menggeliat sambil bangkit dari duduknya di lantai. Penat gila kemas barang!
"Emir Ayden! On your bed, now!"
Krikk-krikk.
Lili menggeleng perlahan. Tak boleh dibiarkan budak Emir ni. Ada dia tak tidur malam ni, teruja punya pasal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...