Ala bising ehh semua aku letak gambar Lee Dong Wook semalam. Ala, dah dia hensem nak buat camne. Nazreen pun aku nak dia, Putra pun aku nak dia haha!
Ok la, nah Amry Putra.
Alright, ready for the final chapter?
"Betullah kata orang, behind every great man, there's a great woman. Tapi dalam kes saya, ramai wanita yang sentiasa menyokong saya. Mama, Bella..."
Seluruh isi auditorium bersorak mendengar nama kedua itu. Memang mengharapkan hubungan di antara penyanyi dan usahawati fesyen itu berjaya. Sweet sangat!
Tapi lain pula reaksi Lili. Hampir-hampir mencarut.
"...dan yang paling istimewa, yang selalu menjadi inspirasi saya, yang sudi membesarkan anak-anak saya, isteri saya, Nur Emiliya,"
Gasp. Perkataan paling tepat untuk menggambarkan reaksi para penonton di dalam auditorium ini. Terkedu, terpana, semua ada. Bukankah lelaki ini bujang?
"Jahat tau Put. Malu Lili, semua orang pandang. Siap kamera fokus dekat Lili lagi. Eii, bencilah!"
Laju wanita ini membebel sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Dari tadi lagi dia tahan namun terpaksa berpura-pura ceria pada semua orang.
Dalam hatinya memang dah bertekad. Tunggulah sampai rumah, digulaikan si Putra ni!
Dan sepanjang-panjang langkahnya dari pintu rumah sampailah ke bilik dia membebel geram.
"Put dengan Bella sama je. Heret Lili suka-suka tak bagi tahu apa-apa. Dari siang tadi Bella heret Lili keluar masuk butik, salon, tok nenek dia, lepas tu Put pun heret Lili pergi award Put, nak kena fake smile sana-sini. Tu belum lagi ada yang pandang badi dekat Lili, like I don't deserve you and where's the hell was I for all this time-"
"Lili," seru Putra lembut sambil memeluk isterinya dari belakang. Kalau dah keluar 'hell' dia tu, dah marah betul-betul la ni.
"No! No hug!"
Refleksi dirinya yang sedang dipeluk Putra dari belakang yang terbias di cermin meja soleknya semakin membuatkan Lili berapi. Rasa nak marah je Putra, rasa nak bakar je mamat ni. Geram!
Bersungguh-sungguh dia cuba melepaskan diri namun pelukan Putra semakin erat. "Lepas! Lili penat tahu tak? You know I don't like make up, this fancy dress, functions, your fancy celebrity life! I don't like them!"
"Baby, look at me!" arah Putra sambil membalikkan tubuh Lili agar wajah cantik itu dapat ditatap.
"Though you look so hot in suit,"
Spontan Putra tergelak mendengar ayat terakhir Lili. Dalam marah pun sempat memuji. Dengan gerakan ala slow motion mahu menggoda Lili, Putra melepaskan suit jacket dan juga necktie. Dua butang pertama kemejanya turut dibuka sebelum butang pada lengannya dilepaskan dan dilipat hingga ke siku.
![](https://img.wattpad.com/cover/86029347-288-k787054.jpg)
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...