"Awa-"
"Along!"
Hanya sengihan penuh dosa ditayang buat si adik. Tahu dia bersalah.
Tadi semasa Najwa menelefonnya, dia sedang coffee break bersama model-model dan para kru untuk photoshoot jenama Black Rose. Oh ya, ada Bella jugak.
Well, nothing wrong right? It's her label anyway.
Tapi bila Najwa sebut je nama Lili, terus Putra rasa tak tenteram. Rasa tak aman. Rasa dah buat dosa!
Ehemm! Mungkir janji, dosa kut.
Sebaik sahaja selesai penggambaran tadi, terus Putra mendesup balik ke rumah. Tak sempat hang out, tak sempat lunch ke apa. Plan untuk singgah ke studio petang ini pun dibatalkan. Mengamuk jugalah pengurusnya, yakni Akim, apabila dia tiba-tiba ubah jadual last minute.
"Emir mana?" soalnya pada Najwa yang sedang membancuh kopi.
"Baru je tidur. Lepas puas menangis bila Kak Lili tak nak buka pintu dari tadi. Coffee?"
Huluran mug berisi kopi panas itu Putra tolak dengan gelengan. Duduknya dilabuhkan di atas kaunter dapur. "Kalau milo nak la jugak,"
"Milo, milo!" matanya dijulingkan. Telefon pintarnya digodek dengan jari sambil menyisip kopi yang ditolak si abang. Nak milo sedap, pergi pujuk Kak Lili.
"Macam mana ni, Wa? Macam mana along nak pujuk Lili? Ya Allah, sumpah along lupa pagi ni ada photoshoot. I just want to be nice to her, hantar dia pergi kerja-"
"-tapi tak jemput dia balik. Bangang," pintas Najwa laju. Matanya masih tak beralih dari skrin telefon.
Putra mengeluh. Semangatnya luntur hari ini. "Ya, tahu. Along bangang hari ni. Jap, tapi sebenarnya apa yang jadi tadi?"
"Well, dalam pukul 9 lebih, Kak Lili call, tanya mana along. So, Awa jawab la along baru keluar masa tu. She hung up the phone, about half an hour lepas tu dia dah sampai rumah. Basah lencun. Pagi tadi kan hujan, kan?
"So, as usual dia expect la Emir peluk dia tapi Emir tak nak sebab Kak Lili basah. Baju dia semua memang lencun habis. Lepas tu dia pandang Emir lama, and dia cakap Emir dah tak sayang dia. Budak tu pun apa lagi, menangis la kena jeling dengan mak dia. Ketuk punya ketuk bilik along, tak dibuka sampai sekarang,"
Lelaki itu separa ternganga memandang adiknya. Okey... memang salah Putra dalam hal ni. Tapi yang Lili tiba-tiba nak sentap dengan anak sendiri tu dah kenapa?
"Along! Adakah perkara ini menambah tahap kesentapan Kak Lili?"
Skrin telefon yang diunjukkan Najwa dipandang. Lama. Gambar ini, screenshot IG story Bella pagi ni.
Damn! Damn! Damn!
"I'm dead,"
"You're a piece of dead meat," sambung Najwa kasual. Skrin telefon pintarnya kembali menjadi perhatian, membaca segala replies untuk tweet tersebut.
Gadis itu terkekeh sendiri. Entah geli hati, ataupun memerli. "Woooo, ada 'ship' name. RyBel? Still couldn't beat Liliput,"
Matilah nak.... "Kunci spare mana?"
Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka, dengan penuh berhati-hati Putra menapak masuk ke biliknya. Tidak mahu mengejutkan Lili yang dilihat sedang berbaring mengiring di birai katil.
"Dia tidur ke apa ni?" bisik Putra, menyoal diri sendiri. Nak kata tidur, kenapa tidur dengan kaki yang terjuntai di tebing katil?
Tubuh mungil itu didekati. Jelas terlihat mata cantik itu terpejam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...