17

18.7K 1.1K 51
                                    

Tahniah, kau menang.
Jaga dia baik-baik.

Pesanan melalui Whatsapp yang dikirim Firdaus itu Putra baca dengan dahi berkerut. Tiba-tiba je dia ni?

Nak membalas, tapi tak tau nak balas apa. Jadi dia hadiahkan seketul bluetick buat Firdaus. Heh!

Baru sahaja nak melemparkan telefon bimbit ke katil dan kembali menghadap laptopnya, telefon itu berbunyi pula kali ini. Putra sudah mendengus geram, bila dia boleh fokus dengan DOTA pulak ni?!

"Helo!!" jawabnya kasar. Nak main DOTA! Nak main DOTA!

"Bapak ahh kau, helo pun macam nak maki orang ni pehal?"

Putra dah menjulingkan mata sambil mengeluh kuat. Kalau Lili yang rela hati call ni, maknanya paling kejap pun setengah jam bercakap. Yela, Lili ni jarang rela hati call, selalunya Whatsapp je. Kedekut kan?

Laptopnya ditutup guna kaki. Good bye DOTA. Kita date esok k?

"Putang ina! Apahal malam-malam buta call aku ni?"

"Oh, shit. Kau tengah main DOTA ke? Sorry,"

Putra membaringkan tubuhnya ke atas katil. Namun dia sudah berkerut dahi dengan telefon bimbit yang masih melekap di telinga. Kenapa suara Lili lemau sangat ni?

"Sayang... kenapa ni? Hmm?"

Hidung yang tersumbat Lili picit dengan jari sambil buat menyampah. Menyampah ahh dengar sayang tu!

Harapan palsu tau, harapan palsu?!

"Takde benda ahh. Rasa down je,"

"Ahhh! Kau madah down je! Nak kata depression, kepala loqlaq jugak aku tengok. Apahal ni? Ngada la takde benda!"

"Kau ni, asyik tengking je. Aku tengah down ni, cuba pujuk elok-elok. Kang aku depressed betul kang kena tengking macam ni, aku minum clorox baru tau,"

"Bagus la minum clorox. Mana tau boleh bersih hati kau tu,"

Nak tak nak sebuah tawa kecil meletus di bibir Lili. Memang menghiburkanlah mamat ni. Maaf la, Lili ni mudah terhibur.

"Put... tadi kan, aku keluar dengan Fir,"

Putra dah tarik muka bosan. Jangan cakap perempuan ni nak cerita pasal dia dating. Ada kena tangan sia-sia ni.

"Lepas tu?" soalnya dengan suara malas nak hidup.

"Dia propose aku,"

Thud! Jantung Putra bagai terhenti seketika? P... Propose? "Propose... as a girlfriend la?"

"Tak. Propose kahwin!"

"Fck! Serius ahh?!" jerit Putra spontan. Sampai terbangun dia dari baring, punyalah terkejut.

Tapi tanpa dia perasan, degup jantungnya begitu laju. Laju sehingga nafasnya termengah tanpa sedar.

"Serius, Put!" ujar Lili meyakinkan. "Terkejut kan? Fikir la perasaan aku tadi, terkejut gila babeng! I was startled, didn't know how to react,"

"S- So... did you.. say.... yes?"

Shoot! Putra rasa nak lempang muka sendiri. Kenapa gagap? Kenapa gagap? Dan entah kenapa debarnya masih belum hilang.

Dan esakan mula kedengaran kembali. Dah kenapa perempuan ni?

"I said no,"

Phewww... Eh?

"Why? I thought you like him?"

"Of course I like him. Tapi takde la sampai tahap nak kahwin. Stupid me kan tolak jodoh? Hahahha..."

Liliput ✔Where stories live. Discover now