11

17.8K 1.2K 11
                                        

Kepalanya diletakkan pada bantal. Penat. Bukan fizikal, mental. Penat membandingkan diri dengan gadis cantik tadi, Alyssa.

Dan melalui perbandingan yang berjaya dia observe sedari awal gadis itu wujud, dia, Nur Emiliya kalah teruk.

Alyssa cantik, putih gebu, hidung mancung, mata bulat, bibir penuh, tinggi, kurus, suara lembut, pandai bergaya, make up natural dia pun lawa.

Lili? Hmm, malas nak sebutlah. Tengok dari jauh pun dah malas nak kenal dekat-dekat. Muka tak make up, macam mamai je, pakaian pun setakat seluar jeans dengan kemeja-t lengan panjang dan tudung bawal crepe diselempang mudah. Tak menarik langsung.

Personaliti? Hancuss takde ciri-ciri gadis Melayu idaman jejaka langsung. Huhhh...

Tok! Tok! Tok!

"Lili, awal balik?" kepala papa yang terjengul di pintu mematikan lamunan Lili.

"Masa ambil Lili tadi Putra cakap dengan papa dia hantar Lili petang?"

"Err... tak. Lili.. ermm... pening sikit,"

Lili mengesot ke sisi katil, memberi ruang pada papanya duduk. Agak awkward sikit sebab papa jarang masuk bilik dia.

Nazreen senyum segaris. Sedar tak sedar, dah besar dah anak gadisnya dan lama kelamaan dia dengan puterinya semakin jauh. Lihat sahaja muka blur Lili, jelas dia pelik kenapa Nazreen masuk ke biliknya.

Tapi entahlah, dia rindu si kecil Lili yang selalu menyambutnya pulang kerja dengan tawa manis. Sekarang tempatnya diambil alih oleh adiknya, Adam yang maha nakal itu.

"Jangan pandang papa macam tu. Takkan nak masuk bilik anak sendiri pun tak boleh?"

"Eh, takde la. Pelik sikit je sebab selalunya mama yang suka bawak aura nak kaunseling orang ni, "

Kepala anaknya diusap sayang sambil ketawa. Ada-ada je dia ni! "Lili gaduh dengan Putra ke?"

Gelengan itu tidak langsung mematikan tebakan Nazreen. Kalau tak gaduh pun mesti ada benda yang jadi di antara mereka berdua.

"Iye ke?"

"Betul la, papa ni!" Tubuh papanya dipeluk kuat. Banyak tanya pulak papa ni, haip!!

Ubun-ubun Lili dikucup berkali-kali. Dulu kecil je badan Lili lepas tu suka minta piggyback. Sekarang dah boleh jadi mak orang dah anak gadisnya ini.

"Pa... Lili cantik tak?"

Spontan tawa meletus di bibir Nazreen. Tak pernah-penah tanya soalan pelik macam ni, dah kenapa puterinya hari ni?

"Ketawa pulak papa, orang tanya betul-betul ni!"

"Princess papa," tangannya ditekapkan pada kedua-dua belah pipi Lili, memandang tepat wajah cemberut itu. "Mestilah cantik!"

Lili kembali menghempaskan kepalanya pada bantal. Bodoh, Li! Tanya dekat papa, mestilah dia cakap cantik. Anak dia!

"Kenapa anak dara papa ni? Putra cakap Lili tak cantik ke?"

"Dia memang la selalu kutuk Lili. It's not about him,"

"Then?"

Soalan Nazreen itu Lili biar tak berjawab. Sumpah awkward bila bapak kau engineer tiba-tiba tukar kerjaya jadi pakar kaunseling. Duh!

Lelaki itu hanya tersengih. Bukan sukar menebak gelodak dalam hati Lili. Dia pun pernah muda juga.

"Let me guess. Lili suka Putra tapi Putra ada girlfriend cantik gila lepas tu Lili down, betul?"

Gadis itu ternganga lima saat. Biar betul bapak dia ni?!

Kepalanya digelengkan, cuba menerima kenyataan yang papanya pakar menyerkap jarang. Tersasar sikit je.

"Why are we discussing about Putra pulak ni? Erggh, dah la pa, Lili mengantuk. Nak tidur,"

Teddy bear yang Lili guna buat menutup muka itu Nazreen tarik mengusik. Tak dilepaskan langsung anak gadisnya itu, tetap sahaja menyorokkan wajahnya di balik patung beruang gemuknya.

"Papa! Janganlah tarik!"

"Eleh, tutup muka konon! Malulah tu orang tau rahsia dia," ujarnya sambil ketawa. Langkahnya diatur keluar dari bilik tersebut, meninggalkan Lili yang masih menyorokkan wajah.

Sebelum kembali menutup pintu bilik tersebut, sempat Nazreen mengusik lagi. "Nak cakap dengan Uncle Am la. Mama dengan Aunty Wahi dah boleh start rancang majlis korang ni,"

"PAPA!!!"

Bummm!

Mujur Nazreen sempat menutup pintu. Kalau tak sia-sia kena cium dengan bantal Lili yang berkelajuan 368 meter sesaat.

Lili masih mendengus geram tatakala telinga mampu mendengar tawa kecil papa di luar. Baguslah, papa dah dapat menebak isi hatinya pada Putra.

Ya, highlight 'bagus' tu.

"Nak majlis apa? Putra pandang aku sebelah mata pun tak," gumam Lili rendah.

Urghhh!



Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang