Chopstick di tangan dimainkan bosan. Kemudian teh hijau dituang lagi ke dalam cawan. Diteguk walaupun pahit. Takde la teruk sangat rasanya.
Boleh la.
Lili menahan diri sedaya upaya daripada mengeluh. Kepalanya dijenguk ke kiri, melihat sushi yang dok kerja lalu lalang. Haishh...
"Nak makan lagi ambil je Lili. Tak payah nak jeling-jeling sangat,"
"Hehe," hanya sengih serba tak malu ditayangkan pada Firdaus. Sambil-sambil itu tangannya sudah menangkap piring nigiri yang kebetulan lalu.
"Itadakimasu!"
Firdaus tergelak besar melihat gelagat Lili. Comel je mulut kecil itu disumbat seketul sushi dengan satu suap. Tak tau la nak cakap gelojoh ke naif ni.
"Tak payah nak itadakimasu sangat la, bento dah licin tu,"
Lili menekup mulut, menahan sushi yang sedang dikunyah daripada keluar balik akibat tersedak. Sekali kena perli tu!
Hanya pipinya yang kembung, gigih mengunyah makanan dalam mulut. Setelah selesai menelan, kayu penyepit di tangannya diarahkan pada Firdaus. Matanya dikecilkan, konon-konon buat muka serius.
"Haipp, jangan persoalkan! I'm being grateful for the food," sebiji lagi sushi disepit. "Again,"
Lalu disumbat sekali lagi ke mulut.
Dan sekali lagi tawa meletus dari bibir lelaki itu. Haish, macam manalah hatinya tak jatuh sayang pada gadis ini. Macam-macam kerenah! Yang pasti, semuanya membuat hati lelakinya semakin terpaut.
"Fir? Termenung pulak. Habiskan bento tu cepat! Haihh... ni mengunyah ke hirup nasi ni? Macam mana la boleh jadi army, makan pun lambat,"
"Ni namanya menikmati. Menikmati makanan, menikmati suasana, menikmati the presence of you,"
Entah mengapa kata-kata Firdaus mengundang rasa panas di pipi Lili. Rasa macam kena ngurat siot!
Selesai sahaja makan, Firdaus melepaskan chopstick dari tangannya. Teh hijau di dalam gelasnya diteguk perlahan. Tenang.
Cuba menenangkan diri untuk pelbagai kemungkinan di akhir pertemuan mereka ini.
"Fir, anything to share?" soal Lili lembut. Bukan sukar untuk menebak kewujudan isu di kepala Firdaus itu. Tengok dahi berkerut je dah boleh agak dah.
Bukan apa, Fir rajin senyum.
Lelaki itu berdehem sedikit sambil menegakkan badan, mengambil mood serius. Spontan Lili pun terikut sama.
"Emiliya," seru lelaki itu lembut. "I'm going to go Australia by the end of this year. For about three years,"
"Okay,"
"So..." liurnya diteguk. Kesat. Sukarnya bagi seorang Firdaus Azy meluahkan rasa hati. "I don't want to lose you, Em. Will you..."
Sebuah kotak baldu dikeluarkan dari kocek dan diletakkan di hadapan Lili.
"...mary me?"
"W... Why me?" soal Lili perlahan. Hampir tidak terkeluar suara. Terasa seperti kotak suaranya dihimpit rasa terkejut.
"I've loved you from the first time I laid my eyes on you. And spending time with you buat Fir rasa yakin yang Emi ialah jodoh Fir. I'm 28, Em. The perfect age to have a companion, to live with my other half. And now I'm going to Aussie. In three years, macam-macam boleh jadi if I leave you macam tu je tanpa sebarang ikatan,"
"Wait, wait! Fir, I think..." ayatnya tergantung dengan tangan dibawa menyentuh dahi. Cuba merasionalkan diri dan ucapannya.
"Scratch that! I like you, Fir. I really, really like you. But we barely know each other. I..." bibirnya dikemam kuat. "I can't,"
Automatik postur tegak Firdaus bertukar lentur. Badannya disandar ke kerusi, kecewa. "I knew it," gumamnya perlahan namun sempat singgah di telinga Lili.
Gadis itu serba salah. Sejujurnya, jika diberi lebih banyak masa, Lili yakin rasa cinta buat Firdaus boleh dicambah sebab dalam perkenalan sesingkat ini pun hatinya sudah cukup nyaman dengan Firdaus.
Tetapi untuk mengambil keputusan sedrastik ini, susah. Tak pernah terlintas dalam fikirannya akan dilamar Firdaus.
"You love him right?"
"Huh?" soal Lili kembali. Keliru dengan gerangan yang dimaksudkan 'him' itu.
"Amry Putra. You love him, right?"
Lili tergamam mendengar soalan itu. Apa riak wajahnya mudah sangat ke dibaca hingga Firdaus mudah meneka? Namun belum sempat Lili membuka mulut, Firdaus menyambung bicara.
"I've seen it your eyes. The love for him. Tapi Fir degil, yakinkan hati sendiri yang Fir ada ruang dalam hati Emi. Silly me," ujarnya sambil ketawa di hujung ayat. Ketawa lirih.
"Fir, it's just too early. I don't love him okay? It's just too early for 'us'. Kalau la kita ada banyak masa untuk kenal each other,"
"Sayangnya kita tak banyak masa. Dengan Emi cakap perkenalan kita terlalu pendek, Fir rasa enam bulan sebelum Fir fly ni pun tak cukup untuk tambat hati Emi,"
Bola mata Lili berkaca. Dia yang reject, dia yang nak menangis. Perempuan, gaiss. Perempuan.
"I'm sorry, Fir," ucapnya dengan suara bergetar.
Firdaus menggeleng perlahan sebelum menyentuh pipi Lili. "You don't have to cry for me, sayang. I'm okay,"
"I'm sorry that I can't- "
"Takpe, Em. Fir memang macam dah dapat agak jawapan Em. It's okay. Dah jom la Fir hantar Emi balik. Dah lewat ni,"
Dan dengan senyuman manis Firdaus bangkit dari duduknya. Turut mengajak Lili mengikut sama.
Perlahan kotak baldu di atas meja itu ditarik dan disimpan kembali di tempat asalnya. Dalam kocek. Tanpa ditunjukkan pada Lili pun cincin pilihannya. Sakit?
Ya, sakit.
Pemanduan sepanjang ke rumah Lili ternyata diisi sepi dan kekok. Terasa asing. Sebaik sahaja kereta itu berhenti di hadapan rumah Lili, sekali lagi gadis itu memandang wajah kacak di sisinya.
"I'm sorry,"
"Emi, how many times should I tell you, it's okay, sayang. Now go strive for his love, I'm sure the feeling is mutual."
Lili hanya ketawa sinis. Tak mungkin. Di mata Putra, mereka tetap hanya kawan baik.
Pintu kereta ditolak sebelum badannya turut dibawa keluar dari perut kereta. Setelah menutup pintu kembali, Lili merendahkan kepalanya sedikit agar dapat melihat jelas Firdaus melalui tingkap yang diturunkan.
"Drive safely. Thanks, Fir."
"Most welcome, Em. Send my regards to your parents and my hugs and kisses to the cheeky little Adam,"
"Okay. Bye, Fir." tangannya dilambai kecil pada Firdaus.
Dan betul-betul sebelum tingkap kereta dinaikkan, ayat itu samar-samar hinggap di telinga Lili.
"I love you, Em."
Saat Firdaus menekan pedal minyak, membawa kereta itu menjauh dari rumah Lili, Firdaus sudah mula mengikis nama Nur Emiliya Nazreen dari hatinya.
Nama yang dia tak sedar entah bila sudah terukir di hati. Lepaskanlah.
I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you.
Amacam? Puas hati dah Fir blah? Kejap sangat kan watak dia hahahha. Sokeyh, cerita ni pun macam pendek je.
Anyway, jom baca one of my fav story kat wattpad, Heterochromia by wazini. Aku tak tau orang lain, tapi aku memang meroyan gila hanat baca cerita ni hahahha teruk suen! Kalau korang jenis suka kekejaman, thriller, lawak-lawak KBAT and a very light love story, do read this book okay? 👍👍👍
Aku tiap-tiap hari meroyan tunggu cerita ni update lol 😁😁😁

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...