49

27.9K 1.1K 95
                                    

"Emiliya, we need to talk,"

Dan di sinilah akhirnya mereka bersua. Mata bertemu mata untuk pertama kali. Meja di ruang kafe yang agak tersorok ini menjadi saksi bisu pertemuan mereka.

Lili masih berdiam. Wajah gadis di hadapannya dipandang tanpa riak. Menilai. Menjustifikasi. Taklah, lebih kepada membuat andaian.

Dan reaksi gadis itu? Sama sahaja.

"Let's get this straight. What do you intend from this meeting?" soal Lili tegak, tiada kona baring, duduk, mahupun meniarap.

"I don't know," jawabnya sambil mengangkat bahu. "Dapatkan izin you untuk kahwin dengan Amry mungkin,"

Pandangan datar Lili serta-merta bertukar tajam. Perempuan ni... beraninya dia! Ya, perempuan inilah. Perempuan mana lagi yang berskandal dengan Amry Putra?

Bella Ridzwan la!

Sejak insiden haritu, layanan Putra padanya lebih lembut. Jarang dah buat perangai annoying dia. Lili pula yang asyik rasa nak marah je mamat tu. Rasa macam ada je benda tak kena.

Nama Bella? Sekali pun tak pernah disebut. Lili pun dah menjauhi media sosial dan tv, memberi lebih fokus pada kerja, Emir dan kandungannya. Buat apa nak stres-stres fikir pasal merpati dua sejoli yang disanjung ramai peminat tu?

Talak di tangan Putra. Terserah.

"Nak kahwin dengan Amry Putra?" soal Lili dengan riak polos. Wajahnya didekatkan dengan Bella. Ikutkan hati, nak dicakar je muka perempuan ni, tapi Lili tak nak bagi contoh buruk pada bayi di dalam kandungannya.

Senyuman lebar ditayang, seperti tidak ada apa-apa. Tapi ini Nur Emiliya Muhammad Nazreen la, yakin tak kisah?

"Over. My. Dead. Body," bisik Lili sepatah-sepatah. Biar Bella faham! "Then you can have him," sambungnya kasual sambil kembali bersandar ke kerusi.

"So, I kena bunuh you dulu la baru boleh kahwin dengan Amry?"

"Try me," cabar Lili.

Pandangannya tajam terhala pada Bella dengan kening yang diangkat. Tak cukup dengan itu, tangannya disilangkan ke dada. Body language 101: gaya defensif habis!

Daripada ekspresi muka serius, perlahan-lahan wajah cantik Bella mula berkerut dengan senyum yang tertahan. Tak lama, tawanya terus terhambur.

Berdekah.

"Oh my god! Patutlah Amry sayang sangat dengan isteri dia ni. Savage af!" ujar Bella masih dalam ketawa.

Lili yang memandang sudah keliru. Dah kenapa Bella ni gelak berdekah tiba-tiba? Dia serius kut!

"Am I that funny?"

"Oh, sorry!" ujar Bella sambil menutup mulut dengan tangan. Haishh tak sopan betul! Tapi melihat wajah Lili yang masih membeku dengan pandangan tajam di hadapannya memang mengundang tawa.

Comel pun ada jugak!

"Ehem, okey. Macam ni lah, Emiliya. I dengan Amry takde apa-apa pun,"

"Tipu," potong Lili laju. Matanya masih memicing pada gadis cantik ini.

"Ya Allah, sumpah tak tipu!" tangannya diangkat gaya membaca ikrar. Bersungguh.

"Okeylah, honestly I memang ada hati dekat Amry. But since you're here, I better know my place. I'm not a homewrecker, Emiliya. And also, sorry sangat sebab first time kita jumpa masa Amry accident tu, I selamba je mengaku sebagai bakal isteri Amry,"

Bella menekup wajahnya dengan tangan. Kulit wajahnya jelas merah menahan malu tetapi hanya tawa dikeluarkan. "Oh my god... Malunya I! Depan isteri Amry!"

Liliput ✔Where stories live. Discover now