31

20.4K 1.1K 47
                                        

"Game apa hari ni?"

"WOIIII!!!" gemuruh seisi meja itu menyambut Putra. Riuh dia tu macam sambut retis kpop.

"Bukan reti nak bagi salam saitan sekor ni!" sela Zaki sambil menumbuk bahu Putra yang menarik kerusi di sebelahnya.

Lelaki itu ketawa sahaja. Eleh, macam la beruk yang lain ni reti bagi salam. "Soalan aku tak nak jawab. Bingai!"

"El-clasico la. Bising betul pondan ni!"

Rungutan Ley ternyata menjemput tawa mereka. Huh, dah lama tak lepak lengkap berenam macam ni! Selalunya mesti ada seorang dua yang hilang dibawa arus kesibukan masing-masing.

Wan yang dari tadi berkejar dengan order segala pun baru muncul, melabuhkan duduk di kerusi sebelah Shak. Yang lain apa lagi, menyambut jugak la.

"Eh, bos! Sorry, bos. Penat eh?"

"Nak air, bos? Bos nak air apa, cakap je,"

"Aduh, kesiannya tengok bakal pengantin ni penat kerja!"

"Diam la! Memekak!" gumam Wan rendah sambil bersandar pada badan kerusi.

Nak kata penat tu, biasa je. Mungkin sebab malam ni pengunjung ramai gara-gara perlawanan bola sepak antara Real Madrid dan Barcelona ditayangkan di layar putih bistro ini. Well, mamak-styled bistro kan?

"Weh, sejak ada port baru lepak ni, lama tak jumpa Bro Taifu kan? Aku ada jugak sekali dua singgah kedai dia kalau aku lalu area situ je. Korang rasa dia rindu kita tak?"

"Gay sial nak rindu-rindu bagai!" tingkah Afiq sambil menepuk belakang kepala Ley. "Tu la, lain kali orang ajak lepak, jangan nak sibuk berdating! Minggu lepas masa kau takde kitorang lepak dengan Bro,"

Ley yang geram kena cepuk tanpa sebab yang nyata membalas dengan backhand. Haish, macam budak-budak!

"Dating kepala kau! Aku siapkan assignment la jibai! Dengan penat siang tu baru habis marathon! Aku bukan macam Amry, balik rumah ada sayang nak picit-picit, urut-urut,"

"Eh, tiba-tiba nama aku kena petik? Kejadah ahh!"

Tawa mengisi lagi ruang di antara mereka. Ruang la ni nak borak sebab perlawanan bola sepak yang ditayangkan pun sedang rehat separuh masa. Kalau dah start balik, masing-masing dah khusyuk mengahadap layar.

Afiq menyinggul sedikit lengan Amry. Keningnya diangkat dengan senyum nakal. "Amacam kahwin? Best?"

"Apa benda kau ni?" gumam Amry dalam keluhan. Namun bibirnya tersungging juga senyum.

Gila tak best? Nak keluar kerja dihantar Lili di pintu, balik rumah disambut Lili, makan dah siap dihidangkan Lili, nak tidur... ehemm...

"Weh, senyum tu weh! Mahal senyum tu, Ry!"

"Senyum orang bahagia," ujar Shak, menyambut gurauan yang dimulakan Afiq tadi.

"Tak weh, senyum kucing gatal nak mengawan namanya tu!"

Putra hanya menggeleng dengan senyum yang masih belum padam. Lantak la diorang nak cakap apa, malas nak layan.


***



Pen diletakkan kembali di ke atas meja. Kertas bersaiz A4 yang tadi putih bersih dari sebarang cela kini penuh dengan coretan dakwat biru. Tanpa sedar, senyuman penuh kepuasan terukir di bibir Lili.

Sudah terlalu lama dia tidak mencurahkan isi hati dengan mata pena. Ini hobinya. Ini minatnya.

Dulu dia pernah berangan hendak menyambung pelajaran dalam bidang sastera. Tapi ini realiti, bukan semua benda kita boleh dapat. Lili ada expectation orang untuk dipenuhi.

Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang