"Kenapa tak lalu makan ni? Lili masak tak sedap ke?"
Putra menggeleng kecil sambil tersengih. Sesuap lagi hashbrown casserole disumbat ke dalam mulut. "Sedap. Gila apa Lili masak tak sedap? It's just..."
"Anxious much?"
"Yeah," ujar Putra sepatah . Lili ni, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
Gadis itu tersenyum nipis sebelum tangan Putra ditarik agar betul-betul menghadapnya. Kemudian tapak tangannya di tekupkan pada telinga lelaki itu. Serentak itu Putra ketawa.
"Weh, cuak la,"
Putra memandang sinis Lili yang berwajah pucat dan sedang memegang dadanya itu. Tangannya nampak sedikit menggeletar walaupun sedang digenggam erat fabrik tudungnya.
"Kau nak cuak apa ni?"
"Cuak la bodoh! Ni nak ambil result SPM tau,"
"Ish! Aku dah cakap, check je guna SMS dulu. Tak nak!"
Wajah gadis berusia 18 tahun itu berkerut geram memandang lelaki di sebelahnya. Tangan yang digenggam menumbuk lengan Putra. "Tak suprise la!"
Putra pula mengeleng tidak mengerti. Mereka masih duduk di dalam kereta kerana keputusan SPM akan diumumkan pukul 12 nanti. Masuk dewan awal-awal pun buat sesak je ramai orang. Baik duduk dalam kereta bukak aircond.
"Put..." rengek Lili lagi penuh frustration.
Sesekali pandangannya ditebarkan ke luar tingkap, melihat ramai rakan-rakan mereka yang datang bersama ibu bapa. Ibu bapa Lili dan Putra? Takpe la, tak nak susahkan mereka. KL-JB bukannya dekat nak memandu, dengan beban kerja mereka, nak ambil cuti lagi.
Jadi dua orang remaja yang baru dua minggu pegang lesen kereta ni pun gamble je la memandu selama lebih kurang lima jam. Bergilir-gilir.
Putra yang annoyed melihat gadis di sebelahnya yang tidak tenteram menjeling. "Lili!" panggilnya tegas.
"Apa? Woahh!"
Membulat mata Lili dan terjerit kecil dia apabila Putra tiba-tiba merapat dan menekapkan kedua-dua belah tapak tangannya pada telinga Lili. Entah mengapa nafas Lili bagai tertahan with this proximity.
"Nur Emiliya binti Nazreen,"
"Err... ya?"
"Aku dah tunjuk result aku yang aku check pakai SMS tadi kan? Aku dapat berapa?"
Lili mengangkat sebelah tangannya betul-betul di hadapan wajah Putra. "Lima A kan?" soalnya polos. Namun Putra pantas sahaja menepis tangan itu.
"You don't have shove it on my face," ujarnya sebal. "But anyway, setimpal tak dengan effort aku yang tak seberapa tu? It is, right? So now, close your eyes..."
Mata yang dari tadi membulat itu akur tertutup.
"Ingat balik segala effort yang kau dah semai, doa yang kau dah baja. Sekarang tunggu buahnya je, Li. In fact, kau sendiri yang akan sambut buah tu jatuh ke tanah. Aja aja fighting!"
"Aja aja fighting!" ujar Lili lembut namun penuh semangat.
Sebuah kucupan hinggap di dahi Putra sebelum lekapan tangannya pada telinga lelaki itu dilepaskan. Senyumnya diukir, menghiburkan hati sang suami. Returning his favour.
Setelah menghantar pemergian Putra dengan lambaian, pinggan mangkuk kotor di atas meja dikutip dan dibawa ke dapur dan dibasuh. Semoga dipermudahkan sesi fotografi Putra untuk jenama Black Rose itu. Siapa tahu, mungkin ini rezeki keluarga mereka.
Lili memicit pelipisnya lembut. Sakit kepala yang sudah menyerang sejak bangun tidur tadi entah kenapa terasa semakin kuat denyutnya. Perlahan-lahan dia melangkah ke bilik dan membaringkan tubuh di atas kasur.
"Kenapa sakit sangat kepala ni. Nak period ke?" gumamnya rendah sambil menutup mata.
Iyalah, PMSnya selalu datang dalam kombo (sakit kepala+sakit perut+sakit pinggang). Kalau teruk sikit muntah-muntah. Jahat PMS ni!
Beberapa detik kemudian mata Lili kembali celik. Luas. Baru dia tersedar yang haidnya bulan ini belum sampai sedangkan ini dah hujung bulan. Waktu menstruasinya selalu di awal bulan. Takkan la...
Dua garis merah.
Lili terkaku. Perlahan-lahan dia mengundur dari kit ujian kehamilan dia atas sinki itu. Sebaik sahaja belakang badannya tersentuh sejuknya dinding berjubin bilik air itu, tubuhnya terus terlorot ke lantai.
"M... mengandung?"
"Haih, kesian anak kau nanti dapat mak gila,"
"Aku tak gila la!" jerit Lili kuat sebelum menekup wajah. Dia penat dengar ayat tu! Dia penat dengar suara tu! Blah la!
"Tak gila? Lili, orang gila je menangis terjerit-jerit bila dapat tahu mengandung. Orang gila je yang tak suka bila dapat berita gembira macam ni. Atau... kau nak bunuh jugak budak ni?"
"Macam mama bunuh baby?"
Tak cukup satu, satu lagi suara kecil datang mengetuk gegendang telinganya. Semakin deras air mata Lili mengalir. Semakin tertekan jiwanya.
"Mama tak bunuh anak mama... Mama tak tahu... I'm sorry, baby,"
Bersungguh-sungguh Lili menangis sehingga tersedu-sedan. Lama dia menumpahkan air mata bagai tak berpenghujung tangisnya. Namun apabila tangisnya sudah berjumpa noktah, Lili tersedar satu perkara. Air mata tak bawa ke mana.
Lili tahu suara yang dia dengar semuanya ilusi. Dia tahu emosinya mudah terusik. Dia tahu jiwanya sering kacau. Dia tahu dia perlu buat sesuatu. Untuk dirinya, untuk perkahwinannya dengan Putra dan juga... untuk bayi mereka.
Perutnya yang masih kempis dielus lembut. Sebuah senyuman cuba diukir dalam juraian air mata itu.
"For us,"
Woahh, menggelibas ehh semua dengar nama Bella Ridzwan tu hahhaha
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...