Pintu ditolak, salam diberi. Hanya sepi yang menyahut. Sama seperti hari-hari lain. Moga-moga malaikat menjawab salamnya.
Masuk sahaja ke bilik, tubuhnya dihempaskan ke katil terus. Sekali dengan gitar dibaringkan atas katil. Penat. Namun sempat lagi tangannya mencapai alat kawalan jauh pendingin.
Perlahan-lahan kelopak matanya yang sudah dari tadi memberat, tertutup. Bibirnya dipaksa senyum. Malam ini, dia mahu bemimpikan pujaan hatinya.
"Putra, bangun sayang. Kenapa tidur tak mandi, tak tukar baju ni? Masam la bau,"
"Nak dukung," rengeknya mengada-ngada. Siap hulur tangan minta didukung.
Lili berpeluk tubuh di hadapan katil mereka. Wajahnya ditarik acah garang. "Haipp! Malas mandi eh? Rotan nak?!"
"Garang la cikgu ni," gerutu Putra perlahan sebelum dia bangkit dari baringnya. Bukannya pergi mandi, malah menarik Lili supaya baring bersama.
Terjerit gadis itu dibuatnya apabila sedar-sedar sahaja dia sudah didakap Putra.
"Amry Putra!!"
"Lili..." tanpa sedar nama itu diseru, serentak dia membuka mata.
Hanya deruan pendingin hawa menjawab panggilannya. Putra membawa jemarinya menyentuh pipi. Spontan dia tertawa pahit.
Sekali lagi dia dipaksa bangkit dari mimpi yang manis. Hanya sisa air mata menyambut bangunnya.
Even after time passes, traces of you still remain thickly
Your voice still tortures me
Your smile, even your smallest habits
I call out to you but it doesn’t reach you
Don’t get any farther, don’t go away
So I can reach you just a little bitEven if I lose everything
You alone can fill me up
I’m still waiting for you
Please don’t go far from me
I WANNA GO BACK AGAINBack Again - KNK
Heyy peeps... weekend nanti la aku update. Takde mood hahahah lepastu malam esok nak study sebab yeah, quiz, again. Kan best sekolah balik, exam 6 bulan sekali je. 😕😕
Weh weh tengok la video kat atas tu... lagu dia deep hahahah ni semua pengaruh roommate k. Sorry I tak layan kpop 🐽
Oh ya, selamat buat assumption terhadap spoiler ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...