Ya, dia tolak cinta Lili.
Lama dulu, sebelum mereka masuk ke universiti.
Bukan dia tak sayang Lili, dia sayang. Nama pun love-hate relationship, mestilah love tu ada. Tapi masa tu mereka masih terlalu mentah. 18 tahun. Apa yang mereka tahu tentang cinta?
Lagipun masa tu Putra tengah down. Iyalah, result SPM dia tak sebaik Lili yang 10A+ tu. Rasa tak layak.
Poyo kan? Budak-budak.
Telefonnya dicapai. Sambil-sambil baring tunggu subuh ni, baik scroll Twitter. Ceh!
Bukan apa, Putra duduk dekat rumah ni sorang dekat rumah ni. Kalau tidur sekarang, bukan ada mama nak kejut. Mama dan papanya kini menetap di Johor Bahru, membuka klinik di sana. Bak kata papa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jadi di baliklah ke tanah tumpah darahnya.
Amry Putra? Sorry, dia lahir dekat KL. Choyy, berlagak!
"Eh, budak ni tak tidur lagi?"
Jam di hujung atas skrin telefon bimbitnya dijeling ketika melihat status WhatsApp Lili yang masih online. Dah pukul 4 lebih kut!
Woi, asal tak tido lagi?
Esok takde kelas ke?Ada...
😭😭😭😭
Esok ada quiz, aku tak study lagi.Ala chill la.
Quiz je pun.
😒😒_|_
Gi mati la babi jangan kacau hidup aku
Cakap dgn kau pun tak guna.
Bukan nak bagi semangat ke apa, buat sakit hatiiiiiiii je!
Putra setan!!!
Lelaki itu sudah ternganga sambil memandang skrin telefon. Sebab suruh chill sampai dapat simbol middle finger, dapat babi malam-malam ni? Eh, perempuan ni aku tangan kang!Memang la Lili ni spesis perempuan suka mencarut tapi tu zaman jahiliyah sekolah dulu. Sejak masuk u dah berubah dah. Tapi ni... dia stress sangat kut.
Putra yang tidak puas hati terus menekan butang voice note.
"Wei, bodoh! Aku suruh kau chill, lepak, bertenang. Ni belajar macam dunia nak kiamat ni pehal? Quiz je pun, bukan final,"
Send!
Double tick.
Seminit.
Dua minit.
Bluetick.
"Bluetick je? Kau bluetick-kan aku, Li?!"
Nombor gadis itu segera dicari dalam senarai kenalan. Haish, ada yang nak kena brainwash dengan Putra ni!
Dulu Lili tak macam ni tau. Nak SPM pun chill gila tak belajar, lepas tu skor gila babeng. Setan betul! Tapi sejak masuk asasi dulu dia terus berubah. Mungkin faktor dikelilingi manusia yang lebih pandai kut.
Tapi takde la berubah sangat sebab dia masih tak study smart. Time management dia masih berterabur dan Lili akan stress sampai menangis-nangis di malam exam. Dapat result, cun je!
Budak-budak 4flat memang macam ni kut.
"Helo,"
"Putra... sorry carut..."
Putra menggosok pelipisnya gaya pening. Kan betul aku cakap budak ni menangis.
"Hei, Lili... janganlah nangis. Kau stress ni. Relaks okey, inshaAllah boleh jawab. Jangan la kalut,"
"Masalahnya aku tak paham. Masa sir ajar chapter ni aku tak masuk kelas, yang aku demam hari tu,"
Lelaki itu menggeleng perlahan. Kalau Lili ada di hadapannya mungkin dah diusap dah kepala Lili. Mengadu macam budak kecik. "Sekarang nak dekat pukul 4.30 tau. Why don't you sleep first?"
"Tapi aku..."
"Sshhttt!" laju Putra memotong. Tak mahu mendengar alasan Lili. Pasti alasan sama.
Tak study lagi!!
Study dengan tidur, tidur lagi penting tau!
"Tidur je dulu! Quiz esok kau gamble je la, redha. Yang penting, lepas ni study elok-elok so that final exam nanti tak jadi macam ni lagi, ok?"
"Lili," serunya lagi apabila gadis itu tidak membalas apa-apa. Hanya bunyi esakannya sahaja yang kedengaran.
"Lili sayang...."
Dalam cuba menghentikan tangisan itu, Lili sempat menjulingkan mata. Dah mula dah perangai Romeo mamat ni.
"Ya,"
Senyuman Putra tidak dapat ditahan. Panggil sayang baru nak menyahut.
"Dah, tidur eh?"
"Hmm,"
"Tidur cepat! Esok aku jemput pukul lapan setengah,"
"Bapak awal!" Lili terjerit kuat. Tak sangaja pun nak jerit tapi... awal gila pukul lapan pagi! "Kelas aku pukul 10, dol! Kalau kau ada hal pagi-pagi, aku drive sendiri la,"
Meletus tawa Putra dengan telatah Lili. Menjerit pagi-pagi buta, elok sangatlah tu perangai?
"Baru ingat nak belanja breakfast roti canai Bro Taifu. Dengan kari kambing... pergh!"
"Okey, 8.30, kau belanja eh? Ok, set!"
Klik.
Putra pandang skrin telefonnya dengan muka tak percaya. Perempuan ni... pantang diumpan makanan. Terus putuskan panggilan!
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...