"Adam jangan nakal-nakal eh. Jangan susahkan mama papa. Kalau mama cakap dengan akak Adam nakal, akak bakar semua toys Adam. Padan muka!"
"Lili!" jerit anak kecil itu. Mata-mata manusia yang lalu lalang disekitarnya tidak langsung dihiraukan.
Lagipun relaks la, suara budak-budak menjerit ni biasa. Bukan Adam sorang je kanak-kanak dekat KLIA ni kan?
Melihat Lili yang menjegilkan mata dengan muka penuh serius itu membuatkan Adam kembali diam dan memuncung panjang. Tangannya diangkat gaya baca ikrar.
"Adam janji, Adam jadi good boy. Tapi kakak jangan bakar toys Adam tau?"
"Kakak janji!" Lili pun turut mengankat tangannya, melayan ikrar adik kesayangannya. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan langsung.
"Now, seal our promise with a kiss," gadis itu melutut di hadapan Adam, menjadikan wajah mereka sama paras. Pipi kanannya ditunjukkan. "Kiss me here,"
"Muah!"
"Here," pipi kirinya pula.
"Muah!"
"Sini?" bibirnya pula dimuncungkan.
"Haip! Lili, behave. Tu untuk aku, simpan sikit," ujar Putra menyampuk. Tubuh kecil Adam didukung mudah.
Tapak tangannya ditunjukkan pada Adam, minta high-five. Budak tu pun melayan sahaja. Untung Adam bagi high-five. Kalau Lili dia bagi menampar je.
Gadis itu bangun dari melutut. Punggung Adam ditepuk manja sebelum pipi tembam itu pula dikucup. Tak sedar Putra yang mendukung juga sedang mencium pipi bulat adiknya.
"Agaknya kalau Lili dengan Putra ada anak macam ni la kan gayanya?" ujar Wahi selamba sambil menepuk lengan Azra sebelum kedua-duanya mengerling sambil ketawa.
Dua orang anak muda itu pula sama-sama dah gelak awkward. Awkward la kena perli dengan mak kut.
Izham pula datang mendekati anak lelakinya. Bahu Putra ditepuk lembut tetapi tegas.
"Ingat pesan papa, jangan buat perangai tak elok. Jaga Lili, korang berdua je kat KL ni. Kejap lagi papa dengan mama nak balik JB dah. Jangan buat tak senonoh dengan anak dara orang. Ingat!"
"Ya, pa. Orang ingat. Flight ma dengan pa pukul berapa ni?"
"Kejap lagi nak check in la ni. Awal sikit dari flight uncle dengan aunty," jawab Izham sambil memandang jam tangannya.
Lain pula dengan Nazreen yang terus memeluk anak gadisnya. Iyalah, mungkin faktor jantina dan destinasi. Kang pelik pulak Izham peluk anak lelaki dia tiba-tiba. Nak balik JB je pun.
"Lili jaga diri elok-elok tau. Jangan merayau malam-malam. Sebelum tidur, kunci pintu. Papa, mama dengan Adam pergi lama ni. Jangan rindu tau," ucapnya sambil mencium ubun-ubun Lili.
Kasihan terpaksa meninggalkan Lili seorang diri sementara mereka bertiga berangkat menunaikan haji. Nak buat macam mana, anak gadisnya itu ada peperiksaan akhir. Terpaksalah ditinggalkan.
Lili turut mengucup pipi bapanya. Berkali-kali dikucup. Dady's little princess, macam ni la.
"Amboi, sayang papa je. Mana sayang mama,"
"Mama!" rengek Lili manja sebelum turut memeluk ibunya juga. Pipi Azra turut dikucup berkali-kali, sama seperti Nazreen.
Lamanya dia kena tinggal! Haji siot, bukan umrah!
"Nanti kalau free rasa tengah lagha kat sana, call la Lili,"
"Astaghfirullah, mana boleh lagha dekat tanah suci, sayang. Semua orang pergi Mekah nak beribadat tau," Azra menegur lembut anaknya. Mestilah dia akan menghubungi bidadari kecilnya ini tetapi bukan sebab lagha. Sebab risau.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Roman pour AdolescentsSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...