"Lili kalau dah mengantuk naik je dulu, tidur. Tak payah layan Putra ni,"
Gadis itu hanya tersengih pada mama Putra yang menegur. Mananya tak menegur, dah lebih sepuluh kali agaknya dia nampak mulut Lili ternganga luas menguap. Sikit pun tak peduli nak tutup.
"Ala, mana boleh! Lili dalam kereta tadi asyik tidur je, sampai Machap baru dia drive," tingkah Putra menghalang.
Muka Lili yang dah jelas mengantuk itu dijeling geram. Macam mana rupa Lili masa mengantuk? Mata kuyu, muka merah, muka macam nak menangis, lepas tu akan dengar bunyi "huarghhh" setiap 30 saat.
Dah la tak reti nak cover langsung sangap tu. Takpelah, depan Putra dengan mama papa dia je pun. Takde hal la!
"Dah, naik je bilik Awa, Li. Takyah dengar cakap Putra. Dah la sebab dia mama tak dapat tengok AF, sibuk nak tengok ulangan Catch Me If You Can ni. Entah berapa kali entah nak tengok!"
"Apa ni ma, setakat AF tu? Put nyanyi lagi sedap la!"
Lili yang dah separa mamai itu tidak mengendahkan pertikaian antara Putra dengan mamanya. Dia hanya menggumam 'nite' sambil menguap untuk kali yang ke seribu sambil bangun dari duduknya di sofa. Itupun hanya Uncle Izham yang membalas sebab dia seorang je yang dengar.
Anak sulung dan isterinya maaih berebut TV. Lantak kome la!
Sebaik sahaja mengetuk pintu bilik Najwa, Lili masuk dan terus duduk di birai katil. Najwa mengambil selimut yang sudah tersedia di sisi katilnya dan dihulurkan pada Lili yang tengah struggle membuka pakaian dalamnya setelah tudungnya tadi dicabut.
Ye la, tidur kena bukak ok benda alah tu. Lagi-lagi yang berdawai, langkah penting nak mengelak kanser payudara!
"Apa ni?" soal Lili sambil mengirai selimut yang tadinya terlipat elok.
"Selimut favourite abang dengan akak la,"
Lili tersenyum kecil sambil menyelimuti tubuhnya dengan selimut kampung yang diperbuat dari kain perca yang ditampal-tampal itu. Kain selimut itu dibawa ke wajahnya. Wangi! Mesti aunty baru basuh.
Selimut ni nenek Putra dan Najwa yang beri pada lelaki itu tetapi Lili sebagai manusia pendengki umur 4 tahun, mana boleh tengok Putra senang. Menangis-nangis nak selimut tu jugak. Yang mamat ni pun tak reti gentle, menangis sama-sama!Akhirnya mereka dibiarkan tidur berdua di bawah satu selimut. Sambil berpeluk mereka tidur, comel sangat!
Dan ketika keluarga Uncle Izham pindah ke Scotland pun hanya selimut ini ditinggalkan buat Lili bagi mengubat rindu dan ketika Putra sudah pulang ke Malaysia, selimut itu berjumpa tuannya kembali.
Cuma itulah, setiap kali Lili menginap di rumah Putra, mesti lelaki itu akan memberikan dia selimut itu untuk digunakan. Mungkin sebab dari kecil memang selimut itu jadi taruhan perdamaian mereka.
"Nite, Wa. Jangan study hard sangat,"
Najwa yang sudah menutup bukunya turut tersengih melihat tingkah Lili. Gadis itu dilihatnya begitu selesa dengan selimut pusakanya dengan along malah sudah mula hanyut dibawa mimpi.
Setia betul dengan selimut tu. Padahal kalau dia tak pakai pun bukan si along tu tahu. Entah kenapa, sebuah soalan berlegar-legar di kepalanya.
"Akak suka along eh?"
"Mestilah suka," gumam Lili di balik selimut. Mamai sudah kuat menyapa.
"Memanglah suka. Maksud Awa, cinta?"
"Daripada dulu. Dia je buta tak nampak,"
Lalu Nur Emiliya pun terus terlelap selepas memberi jawapan yang sebenarnya lebih kepada inner voice miliknya. Mamai kan?
Tapi Najwa tersenyum suka. Ada kajian mengatakan people tends to tell the truth when they're tired. Dan melihat kondisi Lili tadi, itu bukan tired dah. Itu macam dah nak mampos penat dia.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di pintu mengganggu proses penjustifikasian Najwa tentang perasaan Lili pada abangnya. Segera pintu kayu itu dibuka sedikit.
"Lili dah tidur ke?"
"Dah,"
Pintu itu direnggangkan sedikit lagi, memberi ruang pada Putra menjengulkan kepala. Memang Lili dah terbungkas rapi dalam selimut tu, dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Putra yang melihat hanya tersengih. Segera pandangannya kembali dialihkan pada Najwa.
"Dah, Awa tidur cepat! Jangan sibuk sangat belajar. Kalau Lili tidur ganas, kau tendang je dia sampai jatuh ke lantai. Dah la menyemak kat katil orang!"
"Jahat gila along!" bahu abangnya ditumbuk perlahan sambil ketawa.
"Betul apa? Dah la, nite, Wa!"
Namun belum sempat Putra berpaling, lengannya dipaut Najwa. Wajah adiknya yang tersengih itu dipandang pelik. "Apa?"
"Along dah fall for kak Lili kan?"
"Eii... Mana kau dapat teori mengarut ni? Kang kau along libas sampai fall for tangga kang!"
Gadis itu mengangkat bahu dengan muka tak berdosa. "Ok, kalau teori Awa salah, dah la. Esok abang Fir nak datang. Dia tak pernah jumpa kak Lili kan? Mana tau sekali dia tangkap cinta dengan kak Lili, kalah drama kat TV. Terus jadi SURI HATI MR PILOT HERCULES."
"Tak main la kan drama acah-acah pilot kerja heret luggage je ke hulu ke hilir. Eh, tapi bila fikir balik, abang Fir handsome jugak kan? Sesuai dengan kak Lili. Dengan badan sado abang-abang tentera lagi-lagi kalau pakai uniform TUDM, fuh!"
"Dah, kau je la kahwin dengan Fir. Memekak," potong Putra laju sebelum berpaling pergi ke biliknya.
Melihat muka abangnya yang gaya nak membentak namun suara masih control 'takde pape' itu membuatkan Najwa dapat menebak isi hati abangnya.
Kalau betul along tiada hati pada kak Lili, takkan la nak cemburu bila nama sepupu mereka digandingkan bersama that so-called kawan baiknya kan?
Hihihi... gotcha, along!
Sorry pendek, tak byk dialog dan bosan. Lapo-lapo ni takde idea lol.
Anyway for those yg tertanya-tanya; ya saya tak minat cerita Suri Hati Mr Pilot kejadah tu. Aku tengok jugak haritu, keje bebel je weh!
"Amende pilot tiap2 pagi pakai uniform, breakfast bagai ni? Flight kau memang hari2 tiap2 pagi macam ofis ke weh?"
"Bodoh ke apa dah kawen simpan barang ex ni? Move on la setan, dah dua tahun!"
"Kejadah dia gosok gigi takde buih! Penipu!"
Manusia memang camni, lagi-lagi melayu. Complain je lebih!
Orite, check out our friend's profile and read her stories kay?
strawberryflakes
1) Adrian Ukasyah
2) My Husband, I'm Yours
YOU ARE READING
Liliput ✔
Genç KurguSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...