44

24.9K 1.3K 79
                                        

"Malam tadi datang naik apa?"

"Jalan kaki," jawab Lili selamba sambil memasang tali pinggang keselamatannya.

"Lili..."

Sengih tak ikhlas ditayang pada Putra. Eleh, gertak-gertak dengan nada 'menyeru' macam tu, ingat dia takut? "Naik Uber. Lama tak naik Uber. Mana nak merasa naik Uber free sekarang kan?"

Keningnya diangkat sambil mengerling Putra di kerusi pemandu. Menganjeng. Yelah, orang tu retis, dah lama dah tinggalkan zaman driver ni.

Malas nak melayan, Putra memandu kereta keluar dari kawasan parkir unit kondominium itu. Baik dia cepat-cepat ke rumah Lili. Tak sabar nak berjumpa Emir Ayden. Anak papa.

"Nak tanya sikit," suara Lili memecahkan suasana hening di dalam kenderaan itu.

"Hmm,"

"Macam tak ikhlas je nak bagi orang tanya,"

Lili di sisinya dikerling tidak percaya. Perangai menyebalkan Lili, baru dia perasan yang perangai ini tak pernah muncul sejak mereka berkahwin. Tanpa sedar Putra mengangguk sendiri.

Hmm, betul la apa yang Lili cakap. Selama ini dia memang sakit. Silap Putra tak perasan.

"Apa terangguk sorang-sorang tu? Lili nak tanya ni,"

"Tanya je la,"

Grrr... Wajah tampan yang sedang memandu itu dijeling geram. Oh, dia dah start perang dingin eh? Ohh...

Eleh, setakat Cold War, Lili pun boleh la! Ni ke maksud Putra dengan 'perlukan masa' tu? Perlukan masa sebelum mereka boleh berbaik?

"Tu, rumah tu. Kenapa dah tak duduk rumah lama?"

"Saje. Rumah lama, rumah I dengan you. Rumah baru untuk isteri baru,"

Pffftttt! Kalau Lili la yang sedang memandu sekarang, sumpah kereta ni dah langgar pokok. Sumpah!

Isteri baru?! Oh, rumah baru untuk isteri baru? Hebat permainan kau, Putra.

"Tapi sayangkan?" senyuman keji Lili tarik di bibirnya. Bahu Putra disentuh lembut, merapatkan jarak mereka.

"Rumah baru pun, Lili jugak yang rasmikan. Lili jugak perempuan first yang rasa baring atas katil tu, bergelung dalam selimut tu, sepahkan bilik tu, kotorkan cadar tu,"

Zesss... Bagai berdesir darah Putra mendengar bisikan itu. Walaupun jelas niat Lili bergurau, namun tetap membangkitkan... hmm, malu la nak sebut. Yang pasti sekarang Putra tengah sedaya upaya menghalang otaknya daripada mengulang tayang kejadian malam tadi.

A very hot and steamy night.

Namun tak akan dibiarkan Lili menang tanpa comeback. Senyum sinis tersungging di bibirnya.

"Yakin you yang pertama?"

"Apa maksud Put?"

Lelaki itu mengangkat bahu. Wajahnya dibiarkan beriak selamba. "Yakin you perempuan pertama baring atas katil tu? It has been five years, Li,"

"Put jangan main-main eh?" suara Lili sedikit meninggi. Kalau ni gurauan, sumpah tak kelakar.

Namun kemarahannya hanya disambut bunyi cengkerik. Bunyi cengkerik secara virtual la, takkan tiba-tiba muncul seekor cengkerik duduk atas dashboard kereta ni. Hebat betul!

"Amry Putra!!!"

"Sshhtt! Bisinglah. I tak fokus bawak kereta ni, tahu tak?"

Ggrrrrrrrr.... "I hate you!"

Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang