13

18.4K 1.2K 73
                                    

Setelah beberapa hari ni berperang dingin dengan Lili, Putra dah tak tahan. Adoii, dua-dua ego, dua-dua tunggu orang lain call dulu. Dah tu siapa nak call dulu ni?

Tetapi demi mengenangkan sikap manja overdose dan kepala batu Lili, Putra pujuk diri sendiri untuk ambil inisiatif. Nombor Lili dicari dalam senarai kenalan dan dihubungi.

Truttt... trutt....

Trutt... trutt....

"Helo, assalamualaikum," lesu suara di sebelah sana menjawab.

Putra mengangkat kening. Kenapa lembik sangat suara Lili ni? "Waalaikumussalam, kau kenapa weh? Sihat tak?"

"Takde benda ahh. Demam sikit je,"

"Kau dah habis kelas ke belum? Nak pergi klinik tak?"

Lili ketawa kecil. Syukur Putra masih mengambil berat tentangnya. Namun tawanya jelas tak berperisa di telinga Putra.

"Aku okey je, jangan risau. Dah habis lecture dah tapi aku ada consultation untuk group assignment lepas ni,"

"Okey. Tapi malam nanti aku datang rumah kau eh?".

"No, takyah!" cepat sahaja Lili menghalang. Putra yang mendengar bertambah curiga.

Lili tak pernah halang dia datang rumah.  Halau selalu la. Tu pun halau-halau manja je.

"Li..."

Gadis itu menggigit bibir bawahnya. Kenapa rasa bersalah nak beritahu Putra ni? Rasa macam minta izin dengan bapak nak pergi dating.

Padahal minta izin dengan papa okey je. Lol.

"Fir ajak keluar,"

Gedebushh!

Eh, bunyi apa yang jatuh tu? Oh, bunyi Putra yang tersungkur di belakang Firdaus barangkali.

"Demam-demam pun nak keluar," gumamnya rendah. Muka memang tak puas hati gila!

Lili tersengih dengan muka bersalah walaupun dia tahu Putra bukan nampak pun. "Okey la Put, got to go. Nanti bila-bila free kita jumpa eh. Bye!"

Klik.

Putra rasa ada asap dah keluar dari hidung dia. Lili pilih Firdaus berbanding dia? Fine!

Kata bila ada masa free kita jumpa kan? Petang ni jugak aku free!

Keretanya sengaja dipandu ke kampus tempat Lili menuntut ilmu. Gitu kau menuntut ilmu! Okey la, tempat Lili belajar. Putra tak kira, dia nak juga jumpa Lili walaupun mengambil masa lebih kurang sejam lebih sebab mengharung jam untuk sampai ke kampus tersebut.

Namun ketika sampai di lot parkir, dia nampak beberapa orang pelajar berkerumun di sisi kereta Lili. Tanpa sempat memarkir, Putra segera keluar dari kereta.

"Kenapa ni?"

Soalannya tidak langsung dilayan mereka yang sedang gawat itu namun Aiza yang sedang memangku kepala Lili segera menoleh dan mengenal lelaki itu.

"Amry! Tolong Lili ni tiba-tiba pengsan nak masuk kereta tadi,"

Automatik semua yang mengerumuni Lili memberi ruang buat Putra untuk lalu. Tanpa berfikir panjang, Putra tunduk melutut di sisi Lili dan mencempung tubuh itu.

Ya Allah, budak ni makan macam bela saka tapi apahal ringan sangat ni?

"Takpe, aku hantar dia pergi klinik,"

Tubuh itu didudukkan pada kerusi sebelah pemandu dengan lembut sebelum dibaringkan. Kan dah cakap haritu, dia taknak kepala Lili terhantuk. Nanti makin bodoh.

Setelah mengambil barang-barang Lili di tangan Aiza, keretanya dipandu keluar dari kawasan kampus tersebut.

Tanpa dapat ditahan, tangan Lili yang agak panas digenggam erat dan dibawa ke bibir. Sebuah kucupan hinggap di jemari Lili.

"Nak jadi doktor apa tak pandai jaga diri ni, Li?"

***

"Emi mana, uncle?"

"Dekat bilik tu. Demam. Ni pun tengah dipujuk suruh makan dengan Adam dan Putra tu,"

Firdaus mengangguk faham dengab senyum sopan. Tapi dalam hatinya sedikit tertanya, macam mana Putra boleh muncul in the picture pula?

Setelah meminta izin pada Nazreen untuk menjenguk Lili, pintu bilik gadis itu diketuk perlahan.

"Masuk la, tak kunci pun!" suara Adam yang meriah menyahut.

Dan ketika dia membuka menolak daun pintu tersebut, adegan Putra sedang tekun menyuap Lili makan entah kenapa membuat dadanya sesak. Perasaan apa ini?

"Eh, Fir. Sorry-"

"It's okay. Saya faham awak tak sihat,"

Putra meletakkan mangkuk bubur dan bersalaman dengan sepupunya. "Penyibuk!" bebelnya dalam hati.

Bubur yang masih hangat di dalam mangkuk itu disudu lagi sebelum disua pada Lili. Gadis itu menggeleng tidak mahu.

"Makan la, Li. Kau makan sikit sangat ni.  Mana saka kau?"

"Tak nak... tak selera," jawabnya lemah. Sumpah tak selera. Rasa nak muntah je ni.

Adam selamba mencapai sudu yang disua Putra, masuk ke mulutnya. "Hmm... sedapnya bubur abang masak. Rugi kakak tak makan!"

"Patutlah tak sedap, kau yang masak rupanya,"

Lelaki itu menjulingkan mata, malas nak melayan. Helo, sedap okey! Taste bud kau tu yang rosak!

Firdaus meletakkan beg kertas yang dibawa ke hadapan Lili. Adam pula yang lincah mengeluarkan isi beg tersebut.

"Coklat!!!"

"Coklat?" soal Putra dan Lili serentak.

"Err..." Firdaus menggosok belakang kepalanya sambil tersengih janggal. "I don't know what should I get for you? Kalau Fir memang suka makan apa yang Fir suka masa sakit so... You know what, forget about it. Biar la Adam makan,"

"Semua ni untuk Adam?"

Melihat anggukan Firdaus, budak kecil itu terus melompat-lompat atas katil Lili sambil menjerit kegirangan. Gadis itu pula tersenyum melihat wajah Firdaus yang jelas merah itu.

"Fir you're so cute. Thanks anyway,"

Bubur yang dah sedia hancur itu Putra kacau bagi lebih hancur. Grr... kenapa Lili cakap Fir comel.

Fir jauh dari comel.

Aku lagi comel!

"Adam lagi comel!" jerit Adam meningkah dengan suara yang berdesibel sama dengan kakak dia. Nyempreng.

"Kalau Adam comel, boleh duduk tak? Akak pening la,"

"Apa, akak pening?!!" jeritnya makin kuat. Sengaja.

Pipi tembam Adam, Lili cubit kuat. Geram! Geram! Tak reti dengar cakap budak kecik ni.

Putra pun turut tumpang sekaki. Menggeletek perut bulat Adam. Dia dan Lili kalau membuli Adam memang kamceng.

"Mama! Tengok Liliput buat Adam! Ma-hahhahahhaha... geli! Geli! Sakit, Lili! Pa!!"

Adam yang mengekek sambil menjerit itu tidak dipedulikan. Puas dipicit pipi Adam dan digeletek perutnya, pipi paunya pula digomol kuat. Habis penuh air liur.

Jerit pekik Adam memenuhi ruang bilik tersebut diiringi tawa Lili dan Putra.

Dan tanpa mereka sedari, Firdaus memerhati dengan hati yang berbuku. Mereka bertiga nampak seperti... keluarga bahagia? Heh.

Liliput ✔Where stories live. Discover now