Oh.... semalam semua meroyan dengan aku eh? Hahahhaa!!!! Chill bruhh.. ending jauh lagi. Kut. Drama baru nak start, kamon la!
"Lili, kenapa buat macam ni, sayang? You're not alone. Lili ada auntie, uncle, Putra. We're your family. Talk to us, sayang," pujuk Wahi lembut. Tangan dan kepala Lili diusap sayang.
Sungguh dia risau dengan keadaan gadis ini. Diam. Sepatah pun tak bersuara. Sinar matanya kelam, pandangannya kosong. Apatah lagi dengan cubaan bunuh dirinya sebaik sahaja dia mengetahui tentang kematian Nazreen, Azra dan Adam.
Pedih hati Wahi melihat keadaan Lili seperti ini. Gadis manja yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri kini bagaikan mayat hidup. Termenung tak berkata apa.
"Ma, papa panggil makan. Mama dari sampai tadi tak makan,"
Wahi tidak mengendahkan panggilan Putra. Tangannya masih setia mengelus kepala Lili. Memanglah kecederaan Lili tidak serius tetapi dia risaukan jiwa Lili yang cedera teruk. Kasihan anak gadis ini.
"Ma..." seru Putra lagi. Bahu mamanya disentuh dari belakang, memujuk.
"Mama tak selera. Mama nak temankan Lili,"
"Biar Putra jaga Lili. Mama turun dulu okey?"
Wanita itu mengangguk kecil, kemudian bangkit dari kerusi. Lili yang masih merenung dinding dipandang sekali lagi sebelum perhatiannya beralih pada Putra. "Papa dah call Uncle Azam?"
"Dah. Uncle Azam tengah cuba cari flight paling awal balik,"
Kini hanya Azam satu-satunya keluarga Lili yang tinggal. Abang kepada mamanya, Azra, yang tinggal di Australia bersama isteri dan anak-anaknya. Keluarga mereka memang kecil. Kehilangan seorang pun dah terasa apa lagi tiga serentak.
Putra menghela nafas panjang sambil melabuhkan duduk di kerusi yang ditinggalkan mamanya tadi. Dalam hatinya tak dapat dinafikan, dia punca Lili jadi selemah ini.
"Li-"
"Puas hati?" perkataan pertama yang keluar dari mulut Lili ternyata menyentakkan Putra. Sejak dia bangun dari pengsannya, ini kali pertama dia bersuara.
"Lili, kau tahu kan aku tak pernah ada maksud nak buat kau macam ni,"
"With or without intention, what's done is done," lirih ayat itu keluar dari bibir pucatnya.
Anak mata yang sedari tadi tidak langsung merefleksikan emosi, kini berkaca. Lalu kaca itu pecah dan mengalirkan air mata di lekuk pipi Lili.
Perlahan Putra menyentuh pipi itu. Tanpa sedar air mata turut membasahi wajahnya. Apa yang dia dah buat pada Nur Emiliya?!
Makin lebat air mata Lili mengalir. Tangannya sendiri menekup wajah, menepis jemari lelaki itu. Perlahan-lahan esakan mula kedengaran. Lirih. Perih. Meluahkan seluruh sesak di dadanya.
"Aku nak papa. Kenapa mama, papa dengan Adam tak balik lagi? Diorang dah tak sayang aku ke?"
"Lili... diorang dah takde," ujarnya lembut. Selembut mungkin agar tidak meremukkan lagi hati Lili, namun pada masa yang sama memastikan gadis itu kenal realiti.
"Tipu! Lili tak percaya! Putra selalu tipu Lili. Dari dulu Putra tipu Lili. Putra kata pergi kejap je, sepuluh tahun Lili tunggu Put balik! Put janji nak jaga Lili, Put sendiri hancurkan Lili! Lili benci Putra!!!"
Kata-kata Lili yang bersulam esak sungguh membuatkan dadanya sebu. Panggilan 'Lili-Putra' yang muncul dari bibir mungil itu bagai menarik Putra ke zaman kanak-kanak mereka. Di mana dia selalu ada untuk Lili. Memeluknya ketika gadis kecil itu menangis.
So, he did it
Putra menahan sahaja rasa sakit pada abdomennya apabila ditumbuk Lili berkali-kali. Tubuh gadis itu dipeluk erat, menarik kepala Lili bersandar di bahunya, membiarkan tangan halus Lili memukul badannya. Tubuh itu masih dipeluk erat. Belakang badan dan kepala Lili diusap lembut manakala bibirnya tanpa sengaja mengucup ubun-ubun Nur Emiliya.
Tidak kasar, tidak rakus dan tiada apa yang erotik seperti malam semalamnya. Malam di mana Amry Putra hilang kawalan. Putra yang sober terlalu sayangkan Lili. Kalau dia sedar malam itu, sumpah dia takkan menyentuh Lili sebegitu!
"Lili benci Putra," ucapan itu perlahan, hampir berbisik. Tangannya sudah tidak memukul lelaki ini lagi malah terkulai di sisi. Tenaganya habis.
"Hate me as much as you want, I deserve it. But always know that..."
Lili terlalu penat. Kepalanya yang kini bersandar di ceruk leher Putra dibiarkan. Air mata yang mula kering di wajahnya langsung tidak dihiraukan. Dia menutup mata. Berharap akan berjumpa mama, papa dan Adam.
Sasil-eun nan deo balaneun ge eobs-eo ije
Simjang-eun ttwiginhaneun geonji mugamgag hae geulae
Salamdeulgwaui eogjiseuleon hanmadi bodan
Neowaui eosaeghan chimmug-i chalali joh-a
So stay geuge eodiga dwaessgeon mal-iya
Gakkeum eodum-i ol ttaemyeon I'll be your fire
Geojis gat-eun sesang sog
Yuilhan truth it's youThere's nothing more I want now
I can't even tell if my heart is beating
Rather than forceful conversations with others
I'd rather be in awkward silence with you
So stay, wherever that may be
Sometimes, when darkness comes, I'll be your fire
In this world that is a lie
The only truth, it's you
"...I love you,"
Usapan Putra di kepala Lili masih dibiarkan walaupun gadis itu sudah membisu. Nafas yang sekata di lehernya membuat dia pasti bahawa Lili sudah terlelap. Biarlah.
Perlahan-lahan tubuh itu dibaringkan kembali ke atas katil hospital. Tangan kiri Lili yang berbalut di pergelangan dipegang lembut. Sebuah kucupan dihadiahkan di situ.
Sebaik sahaja Putra keluar dan menutup pintu bilik yang menempatkan Lili, kewujudan Najwa yang entah sejak bila ada di tepi pintu itu membuatkannya kaget. Macam hantu, tiba-tiba muncul.
"Since when are you here? Along ingat semua dekat kantin,"
"What have you done to her?" soal Najwa perlahan. Matanya tajam menatap abangnya sambil menyilangkan tangan di dada.
"Apa maksud Awa?"
"Don't play dumb, along! I heard everything. I demand an explanation!"
"The fck with explanation. Jangan masuk campur urusan along!" jawabnya kasar sebelum melepasi Najwa.
Namun setelah beberapa tapak melangkah, Putra berpaling semula pada adiknya. "Never mention whatever you heard to anyone. If it's time for any explanation, it will be directly from my mouth. Faham?!"
Najwa tidak menjawab. Wajah Putra masih dijeling tajam namun lelaki itu tahu adik perempuannya akan patuh.
Cuba teka atas tu lagu apa? Siapa betul aku bagi setepek asam gelugur basi siap pos sebagai hadiah hantar terus ke pagar rumah. Okey, tipu. Nak beli asam gelugur pun tak mampu hahahaha lol.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...