"Menyesal?"
Soalan itu hanya dijawab dengan gelengan. Duvet yang melilit tubuhnya ditarik semakin rapat dengan tubuh, mahu melawan sejuknya udara malam. Pembetulan, dinihari.
Sejuk memanglah sejuk. Dah pukul 4 pagi kut. Tapi entahlah, setelah semua ini, dia hanya memerlukan udara segar.
Sepasang tangan kekar memeluknya dari belakang. Menyelak sedikit duvet yang menutup bahunya sebelum kucupan-kucupan ringan mula mendarat di situ. Gigil.
"I kasar sangat ke?"
"Tak,"
Rambut wanita itu ditolak menjauhi leher jinjangnya. Bibir yang mendarat di bahu itu sedikit demi sedikit naik ke leher, mengucup ringan kesan-kesan merah yang ditinggalkan beberapa jam tadi.
"P-Put... geli..."
Desahan yang hanya sedesir itu akhirnya ditelan cumbuan Putra. Hilang di celah tenggorok.
Dada yang sesak gara-gara kehabisan nafas membuatkan Lili terpaksa melepaskan diri dari pagutan bibir Putra. Tangannya diletak pada dada lelaki itu bagi mencipta jarak. Dada yang tidak berbaju itu.
Kedua-duanya masih merenung dalam nafas yang sama-sama termengah. Deru dinihari yang sejuk tidak langsung memadamkan api kehendak di mata mereka. Atau sekurang-kurangnya di mata Putra.
Melihat wajah Lili yang kini di dalam dakapannya rasa seperti mimpi. Dengan rambut yang berantakan dan hanya dilitupi duvet tanpa apa-apa di dalam, hormon testosteron Putra menderu-deru dalam darah. Teruja.
Untuk pusingan yang entah keberapa.
"Put, we need to talk,"
"Then talk. You're the one who need to explain,"
Lili mengetap bibir. Memanglah betul apa yang Putra cakap tapi tangan dekat pinggang dia ni boleh lepas tak? Tak fokuslah macam ni!
Putra yang faham dengan kegelisahan Lili melepaskan pelukan pada pinggang ramping itu. Tangannya malah naik mengusap kepala Lili lembut. Penuh kasih sayang.
"Mandi dulu. Lepas mandi, kita bincang. Lepas tu boleh solat subuh terus. I rindu nak jadi imam you," ujar Putra lembut.
Sebuah kucupan dihadiahkan di dahi Lili sebelum Putra meninggalkan kamar itu untuk mandi di bilik air lain. Memberi ruang aman buat diri mereka bagi menghadapi apa-apa kemungkinan.
Putra berendam agak lama di dalam tab. Well, dah lama tak 'bersenam' macam ni kan? Hehe. Lagipun dia perlu sediakan mental dan emosinya. Dia perlu menenangkan hati agar segala keputusannya di atas penerangan Lili kelak dibuat secara rasional.
Atau mungkin dia perlu tenangkan hati untuk evaluate yang dia sebenarnya cintakan Lili atau tidak? Tiba-tiba Putra teringat isi nota terakhir isterinya.
Actions speak louder than words
But words are assurance.Words yang dimaksudkan itu... kata cinta ke?
Ketika Putra masuk semula ke biliknya, Lili sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Namun kakinya yang panjang dibiarkan tidak bertutup kerana wanita itu hanya menyarung kemeja pijama Putra tanpa seluar yang panjangnya hanya sampai setengah paha.
Kejap, drooling kejap.
"Oh, Put! Sorry, Lili pakai baju Put. Lili tak bawak baju,"
"Nahh, it's okay," jawab lelaki itu ringkas. Tangannya segera mencapai t-shirt dan seluar pendek di almari sebelum bergerak semula ke pintu.
"I tunggu you kat dapur,"
Setelah pintu itu ditutup kembali, Lili memandang cermin di hadapannya. Refleksinya dipandang, mata ke mata, memberi semangat buat diri sendiri.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...