bab 1

92.8K 966 10
                                    

"Hana , jom ikut aku lepak kat cafe biasa ?" Ajak Zairul yang tiba tiba muncul di gazebo square tempat dimana Hana dan Elmira melepak untuk mengulangkaji pelajaran .

"Erk ? Aku tengah study lah . Kau tak nampak ke ni ?" Hana menunjuk pada beberapa buku nota yang terbuka luas diatas meja .

"Eh , kau memang tak ada kerja lain selain study je ke ? Tak bosan ke life kau asyik nak menghadap buku tebal ni 24 jam ?" Bebel Zairul .

"Yang kau tu dah kenapa ? Takde kerja lain ke asyik nak culik Hana dari aku ?" Elmira menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap Zairul .

Pantang nampak Hana berdua dengan Elmira pasti Zairul datang dan membawa Hana pergi bersamanya .

"Yang kau sibuk tu dah kenapa ? Aku ajak Hana bukan kau . Lagipun , siapa suruh kau asyik nak berkepit dengan Hana ? Carilah pakwe sorang . Barulah hidup kau dikampus ni tak kesunyian bila aku culik Hana kau ni ."

"Kau kan-"

"Okay okay . Stop ! El , dah lah tu . Tak guna nak bertekak dengan mangkuk ayun ni ." Hana bangun dan menghentikan peperangan mulut diantara Zairul dan Elmira . Rimas apabila mendengar mulut keduanya menceceh tanpa henti .

Hana menghela nafas berat dan memandang wajah Zairul .

"Okay Rul , aku ikut kau ." Melihat senyuman manis dibibir Zairul , Hana memandang El semula . "El , malam ni kita sambung study . Sorry , kalau aku tak ikut dia makin banyak bebel dia . Kau bukan tak kenal si Zairul ni . Muka je alah alah lelaki idaman , tapi mulut macam mak nenek ."

"Hana , kau cakap apa ? Aku macam mak nenek ?" Soal Zairul sambil memeluk tubuh .

Bersama sengihan Hana mengemaskan buku nota dan alat tulisnya .

"Dah . Jangan banyak songeh , nasib baik aku nak ikut kau . Nak pergi mana ni ?" Hana mula menghampiri Zairul dan mereka berdua mula beredar .

Elmira hanya melihat kelibat mereka berdua hingga hilang dari pandangan mata . Elmira menghela nafas berat . Handphone oppo nya dicapai dan bahagian mesej dibuka . Elmira menaip sesuatu pada skrin telefonnya sebelum ditekan send kepada Hana .

"Hana , sampai bila kau nak pendam segalanya ?" Elmira berkata sendirian .

Elmira hanya mampu mengeleng kecil sebelum mengemas buku dan peralatannya .

*********

"Kita nak ke mana sebenarnya ni ?" Soal Hana sambil jalan beriringan dengan Zairul . Langkah Zairul semakin lebar dan laju .

"Kan aku dah kata tadi , cafe biasa aku lepak ?" Kerana Hana melangkah agak lambat , Zairul terus mengenggam tangan Hana dan menarik Hana agak mempercepatkan langkahnya .

"Kau ni lambat betul lah ." Bebel Zairul .

"Aduh , aku tahu lah jalan sendiri . Yang kau beria nak cepat ni dah kenapa ?" Hana menjadi kekok bila tangan Zairul mengenggam kemas tangannya . Walaupun itu bukan kali pertama namun rasa segan dan malu masih bersarang dihati kerana---

Bunyi mesej masuk membuatkan Hana tersentak . Terus dicapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg dan mesej dari Elmira dibuka .

Elmira
4.30pm

you know that you deserve a better than him

Hana terus membalas mesej Elmira dengan harapan isu itu tak dibangkitkan sewaktu dia sedang melepak dengan Zairul . Takut rahsia itu bakal terbongkar .

Me
4.35pm

I know . But my heart can't help it

"Kau mesej dengan siapa tu ?" Soal Zairul yang tiba tiba menghampiri Hana dan mahu melihat skrin telefon bimbit Hana .

Hana terus menyimpan handphone nya di dalam beg .

"Mana ada sesiapa mesej . Ada notification masuk . Biasa lah , data aku tengah full gitu ." Tipu Hana . Kalau dikatanya Elmira yang menghantar mesej , sudah tentu mahu dibacanya .

Zairul ni busy body orangnya .

"Oh . Hurm , jom lah masuk dalam cafe . Aku nak cakap sesuatu dengan kau ." Zairul kembali menarik Hana dan mereka berdua terus masuk ke dalam cafe yang biasa menjadi tempat Zairul dan beberapa orang pelajar kampus melepak .

Setelah melabuhkan duduk . Hana memandang wajah Zairul yang duduk menghadapnya .

"So , apa dia yang kau nak cakap dengan aku sampai tak menyempat nak ke sini ?" Soal Hana .

"Hana .. urm , sebenarnya aku ..." penuh debaran Hana menanti namun tak juga terluah apa yang Zairul mahu katakan .

"Apa dia yang kau nak cakap ? Sejak bila kau jadi gagap ni ?" Hana mula bersuara setelah hampir beberapa minit menanti namun Zairul tidak meneruskan ayatnya yang tergantung tadi .

Zairul terasa berat mahu menyampaikan isi hatinya . Namun dia harus luahkan juga .

"Kalau kau masih tak nak cakap . Aku balik lah ." Ugut Hana .

Zairul masih tak bersuara . Matanya memandang segenap wajah Hana .

"Fine ! Aku balik .." Hana yang baru nak bangun terhenti apabila tangannya digenggam erat Zairul .

"Hana aku sebenarnya dah jatuh cinta ..." luah Zairul dan Hana terus terpanar .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now