Laju kaki Hana melangkah keluar dari bangunan besar milik keluarga Zuhair terus ke parking lot dimana keretanya diletak .
Tak sedar seseorang mengekorinya dari belakang . Sedang tangan Hana cuba mencari kunci kereta yang berada di dalam handbegnya , Hana disapa satu suara dari belakang .
"Hana ?" Terus Hana menoleh .
"Eh ! Adam , awak buat apa kat parking ni ?" soalan bodoh yang Hana utarakan . Dah tentulah Adam nak ke keretanya .
"Saya ? Saya datang kat pasar ni nak beli ikan , kat sini ada jual ikan apa ya ?" Adam bergurau bersama senyuman manis . Terserlah lesung pipitnya yang dalam itu .
"Oh , sini ada jual ikan paus je ." Hana juga turut membalas gurauan Adam .
"Haha . Pandai awak buat lawak ae ?" Adam sudah tergelak .
"Awak yang mulakan dulu . Right ?" Hana tersenyum . Sekurangnya kehadiran Adam hari ini berjaya menghilangkan sedikit kesedihannya .
"Lepas ni awak nak pergi mana ?" Soal Adam . Hana dilihat mengeluarkan kunci kereta dari handbeg dan mula bergerak ke arah keretanya yang tak jauh dari tempat mereka berdiri .
"Saya nak balik rumah terus . Kenapa ?" Hana sudah mula menekan punat pada remote keretanya .
Adam dilihat memegang telefon bimbit dan menekan sesuatu pada skrin telefonnya . Nampak macam busy .
"Awal awak nak balik ? Kena marah dengan boss awak ke ?" Soal Adam pelik .
"Tak lah . Boss saya bagi cuti hari ni ." Terang Hana . Pintu kereta mula dibuka dan handbeg mula dimasukkan ke dalam kereta .
"Hurm , apa kata awak tak payah balik dulu ?" cadang Adam .
"Hah ? Kenapa pula ?" Soal Hana .
"Keluar dengan saya . Nak ?" Adam mengajak dengan harapan Hana bersetuju .
*****
Zuhair merenung dalam skrin telefon bimbitnya . Sms yang datang dari Adam itu cukup menyakitkan hatinya .
Adam
1.45pmThanks bro
Zuhair
1.48pmThanks ? For what ?
Adam
1.51pmSbb kau bgi Hana cuti hari ni . Dpt aku ajak dia keluar . Thanks sbb membantu ..
Zuhair tidak membalas sms terakhir Adam . Hatinya cukup terbakar . Hana disuruh pulang ke rumah , tapi Adam mengajak keluar pula .
Ingin saja dihempas telefon itu ke lantai . Zuhair merenung mesej Adam sekali lagi sebelum telefon itu dilempar pada sofa yang berada di dalam pejabatnya .
Zuhair meramas kasar rambutnya . Kusut ! Kenapa dia harus rasa begini sedangkan dia tak cintakan Hana ? Kenapa dia boleh terfikir untuk lepaskan Hana pada Zairul , tapi tidak pada Adam ?
'Apa sebenarnya yang kau nak Zuhair ?' Zuhair menyoal dirinya sendiri .
*******
"You pergi mana Rul ?" Soal Balqis dengan nada perlahan . Baru bangun tidur lah katakan .
"I keluar jumpa kawan kejap ." Balas Zairul . Pakaian yang dipakai dibuka dan tuala dicapai lalu dililit pada pinggangnya .
"Jumpa kawan ? Siapa ? Kalau kawan you mesti I kenalkan ?" Balqis turun dari katil dan menghampiri Zairul .
Tubuh Zairul dipeluk dari belakang .
"Kawan I mana you kenal Qis . Ni kawan I dekat kampung ." Tipu Zairul . Dia bukan takut dengan Balqis , dia cuma takut Balqis akan rosakkan rancangannya untuk mendapatkan Hana semula .
Dia bukan tak tahu perangai gila Balqis . Pernah Zairul ke kelab malam , datang seorang perempuan bergesel dengannya nak ajak menari . Belum sempat menari perempuan tu dibelasah Balqis yang turut datang ke kelab malam yang sama .
Berterabur gigi perempuan tu bila ditumbuk Balqis .
"Yeke ? I rasa you tipu I lah . Lately ni you kerap hilang . Selalu sangat you jumpa kawan sekampung you tu . Ada apa apa yang I tak tahu ke ?" Soal Balqis bernada curiga .
"Merepek lah you ni . I jumpa sebab melepak . You ni cuba jangan curiga sangat . And yang I tak faham ni , you jumpa lelaki lain I tak pernah larang tapi I rasa I ni dah dalam penjara you buat . Gerak geri I semua you kawal . Why ?" Zairul menyoal sambil meleraikan pelukan Balqis .
Dah banyak kali dia tangkap Balqis dengan lelaki lain dan dia juga tahu Balqis meminati abg sepupunya sendiri , Mikail .
"You , walaupun I ni ada hubungan dengan lelaki lain pun I tetap setia pada you . Batin you pun I still puaskan . Tapi kalau you pergi pada perempuan lain , apa jaminan yang you tak akan tinggalkan I ? Nak pula bila I dapat tahu yang you sebenarnya ada hati pada Hana . I pesan you satu sajalah , jangan mimpi you boleh dapatkan dia selagi I hidup . Get it ?" Balqis terus berlalu ke bilik mandi .
Zairul jadi geram dengan sikap Balqis .
'Siapa cakap aku tak boleh dapatkan Hana ? Kalau kau dah tak ber'nyawa' lagi nanti dengan mudah Hana jatuh ke tangan aku .' Bisik Zairul di dalam hati .
'Hana , kau tunggu saat kita bersatu . Aku akan pastikan kau wanita paling bahagia di dunia .' Sambung Zairul bersama senyuman yang cukup menakutkan .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romantizm[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .