bab 30

24.1K 665 10
                                    

Hana dan Zuhair duduk santai di ruang tamu setelah selesai makan malam . Leka melihat cerita yang tersiar di televisyen malam itu .

Sesekali kedengaran gelak tawa Hana . Zuhair hanya diam membisu .

Tiba tiba , kedengaran deringan telefon bimbit Zuhair .

Hana mengerling Zuhair . Zuhair hanya memandang skrin telefonnya dan panggilan itu dibiar sepi .

Hana mengerutkan kening .

"Kenapa awak tak jawab panggilan tu ?" Soal Hana ingin tahu .

"Tiada yang penting pun ." Balas Zuhair dingin .

"Tapi-" kata kata Hana termati apabila telefon Zuhair kembali berdering .

Zuhair dan Hana diam seketika . Perlahan lahan Zuhair menoleh ke arah Hana disisi .

"Sekali lagi telefon awak berbunyi tu . Mungkin panggilan itu penting , jawab jelah .." kata Hana perlahan .

Zuhair yang geram terus mencapai telefonnya , panggilan dijawab .

"Kan aku dah cakap jangan ganggu aku lagi . Kau tak faham bahasa ke ?" Kasar Zuhair berkata dengan si pemanggil membuatkan Hana penasaran ingin tahu siapa si pemanggil yang berada dihujung talian . Dan kerana apa Zuhair sebegitu kasar dengannya .

Zuhair terus meletakkan panggilan . Telefon dicampak diatas meja dan Zuhair memandang dingin ke arah Hana .

"Puas hati ?" Soal Zuhair kasar dan terus berlalu ke ruang dapur meninggalkan Hana disitu .

"Aku ada salah cakap ke tadi ? Kenapa dia marah kat aku pula ?" Hana menyoal pada dirinya sendiri .

Sedang asyik memikirkan sikap dingin Zuhair , telefon Zuhair kembali berdering . Hana lihat ke arah dapur . Namun susuk Zuhair tidak kelihatan .

"Apa yang lama sangat dia buat kat dapur tu ?" Bebel Hana sendirian .

Sekali lagi telefon Zuhair berdering .

"Angkat sajalah ." Putus Hana lalu mencapai telefon bimbit milik Zuhair . Nama yang tertera di skrin di pandang bersama kerutan diwajah .

Baru jarinya mahu mengangkat panggilan tersebut , suara Zuhair memecah gegendang telinganya .

"Apa kau buat dengan telefon aku ?" Terus terlepas telefon itu dari tangan Hana .

Kasar sungguh bicara Zuhair dengan Hana membuatkan Hana terkebil kebil .

Zuhair dengan wajah berang berjalan menghampiri Hana , cawan ditangan diletak diatas meja dan Zuhair terus membongkok untuk mencapai telefonnya .

Lagi sekali telefon Zuhair berdering . Zuhair memandang skrin telefonnya bersama kerutan di dahi .

"Mama call tu . Kenapa tak angkat ?" Soal Hana perlahan .

Tanpa membalas soalan Hana , Zuhair terus mengangkat panggilan itu .

"Hello , ya mama ?" Soal Zuhair . Tadi bukanlah nombor Datin Suria yang tertera di skrin tetapi nombor Ayu .

Ayu kerap kali mengganggunya semenjak dia bergelar suami Hana . Itu yang membuatkan Zuhair menjadi rimas dan berang .

"Oh , Cik Timah . Ada apa call ni ?" Soal Zuhair bila suara Cik Timah yang menyapa gegendang telinganya .

Hana memandang wajah Zuhair dengan seribu tanda tanya . Ada apa Cik Timah menghubungi Zuhair malam malam buta begini ?

"What ? Jap , jap . Cik Timah , saya tak dengar lah . Cuba Cik Timah bawa bertenang . Okay ? Jangan menangis , Cik Timah cuba cakap perlahan lahan ."

Tiba tiba , telefon ditangan Zuhair terjatuh ke lantai . Hana terkejut ..

"Awak ? Kenapa ni ?" Soal Hana perlahan .

Zuhair memandang ke arah Hana . Air matanya jatuh dan tubuh Hana terus didakap erat .

"Mama , mama dah tak ada .." luah Zuhair bersama esakannya .

**********

Selepas selesai majlis pengebumian Datin Suria malam itu , Hana dan Zuhair kembali ke rumah agam milik arwah Datin Suria untuk berehat sebelum esok mereka akan sibuk membuat persiapan untuk kenduri tahlil dan doa selamat .

"Cik Timah , Ayoi ada balik tak ?" Soal Hana perlahan . Takut jika suaminya terdengar .

Cik Timah seperti takut takut dengan soalan Hana .

"Cik Timah ada benda nak cakap sikit ." Kata Cik Timah sambil memandang sekelilingnya . Hana jadi pelik dengan tingkah Cik Timah .

"Apa dia Cik Timah ?" Soal Hana sambil menghampiri Cik Timah .

"Cik Timah bukanlah nak menuduh , tapi orang terakhir yang arwah Datin jumpa adalah Ayoi . Mereka bertengkar sedikit sebab Cik Timah dengar Ayoi menjerit . Waktu Cik Timah nak naik ke bilik arwah Datin , Ayoi pula keluar dari rumah dalam keadaan marah . Lepas tu , arwah Datin kata dengan Cik Timah dia nak rehat sebab sakit kepala . Bila Cik Timah nak kejutkan dia untuk makan ubat , arwah dah tiada ." Cerita Cik Timah panjang lebar .

Terkejut Hana waktu mendengar cerita dari Cik Timah .

"Waktu saya tanya Cik Timah apa yang terjadi , Cik Timah kata tiada apa . Sekarang , apa yang telinga saya dengar ni ?"

Satu suara yang datang dari arah belakang Hana dan Cik Timah membuatkan kedua mereka menoleh . Cik Timah dan Hana menelan liur apabila susuk tubuh Zuhair berdiri tegak di tepi dinding dapur .

"Cik Timah rasa .... Hair dah salah dengar ni ." Balas Cik Timah gagap .

"Salah dengar ? Cik Timah , saya belum pekak lagi ." Tinggi intonasi suara Zuhair menengking Cik Timah hingga Hana dan Cik Timah terkejut .

Zuhair berjalan menghampiri Hana dan Cik Timah . Tajam renungan matanya memandang wajah Cik Timah . Hana yang berada di situ menjadi buntu dengan sikap Zuhair yang berubah menjadi kasar dan dingin .

Kaki Zuhair berhenti betul betul di hadapan Hana . Matanya beralih pula pada wajah Hana .

"Kau dengar juga kan ?" Soal Zuhair inginkan kepastian .

Hana menelan liur . Apa jawapan yang harus diberikan ? Hana memandang wajah pucat Cik Timah .

Pasti ada sebab kenapa Cik Timah merahsiakan dari Zuhair .

Gelengan kepala Hana membuatkan Zuhair melangkah keluar dari rumah malam itu .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now