bab 6

30.4K 726 1
                                    

"Wow ! Teruk benar penangan Zairul terhadap kau ." Kata Balqis dengan nada mengejek sewaktu Hana dan Elmira jalan melintasi dia dan rakannya .

Elmira yang bengang mahu menghampiri Balqis namun Hana lebih pantas menahan .

"El , biarkan jelah dia . Esok esok senyap lah tu ." Bisik Hana pada Elmira .

"Masalahnya dia dah melampau tau . Dia bukan cintakan pun si Zairul tu . Dia pergunakan Zairul untuk kenakan kau . Ingat aku tak tahu ke ? Dia tu hati busuk , dah lama dia dengki dengan kau sejak dia dapat tahu abg sepupu dia minat kat kau ." Elmira mengetap gigi menahan geram dengan sikap Balqis yang suka mencari pasal dengan Hana .

Hana menghela nafas berat .

"Sebab aku tahu lah aku memilih untuk berdiam diri . Biarlah orang macam tu , dah penat nanti tau lah dia berhentilah dari ganggu aku ." Hana menarik lengan Elmira agar beredar .

Namun langkah Hana dan Elmira terhenti bila Balqis sudah pun berdiri dihadapan mereka .

"Kesian kau kan ? Berkepit macam belangkas dengan Zairul , last last .. Zairul pilih aku . Mesti selama ni kau mengharap yang Zairul akan suka kat kau macam lelaki lelaki sebelum ni yang gilakan kau ." Sinis kata kata Balqis sambil memeluk tubuh dihadapan Hana dan Elmira .

"Hana , kau tengok sekarang . Macam ni kau kata nak biarkan ?" Elmira bercakap pada Hana dan Hana menggeleng mengisyaratkan agar Elmira membiarkan saja Balqis . Namun Elmira seorang yang degil dan keras kepala . "Hye , perempuan kalau setakat kau nak canang satu kampus dan kata kau ni lawa lebih baik kau cermin diri kau . Dah lah gedik , aku berani jaminlah Zairul takkan lama dengan perangai perempuan macam kau-"

"El , sudahlah tu . Jom ." Hana membuat percubaan bagi meleraikan Elmira dan Balqis . Namun tubuh Elmira keras disitu .

"Wow , aku bercakap dengan orang lain . Orang lain pula menyampuk . Kalau setakat minah buruk macam kau nak bercakap dengan aku , lebih baik tak payah . Bukan setakat lelaki je geli , aku pun geli ." Rakan rakan Balqis sudah mula tergelak dan bersorak dengan kata kata Balqis .

Hana mula merasa panas telinga lalu ke hadapan dan menolak kasar bahu Balqis .

"Kau siapa nak hina kawan aku ? Apa kau dah sempurna sangat ke ? Kalau setakat kau nak cakap kat aku yang kau dah dapat Zairul , ye aku tahu dan kau dah pun menang kalau kau anggap kau sedang bersaing dengan aku . Just aku nak warning , lagi sekali kau hina kawan aku -" Hana mula berang .

"Kau nak buat apa ?" Cabar Balqis dengan riak sinis .

Balqis terus menarik rambut Hana sebelum sempat Hana membalas katanya itu . Dan dalam pergelutan itu , Elmira turut menarik rambut Balqis . Melepaskan geramnya yang sudah lama terbuku dihati . Rakan rakan Balqis yang baru bangun dan mahu ikut serta terus terkaku bila melihat seseorang menghampiri mereka dengan wajah marah .

"Balqis !" Terus terhenti sesi tarik menarik rambut .

"You buat apa ni ?" Suara yang datang dari arah belakang Hana itu kedengaran begitu marah .

"Asal ? You nak marah I ? Sebab apa ? Sebab perempuan ni ?" Balqis mula melenting .

"I bukan nak marah you . I just tanya , you buat apa ? Kenapa main tarik tarik rambut ni ? Tak malu ke kalau pensyarah nampak ? You boleh kena gantung tau tak ." Tegur suara itu lagi . Dan tuan empunya suara itu kini berdiri disebelah Hana .

"Kenapa you selalu salahkan I ? Baru semalam you kata you cintakan I , but hari ni you dah pun bersikap seperti ni . You cakap jelah kat I yang you pun ada hati kat dia ni dalam diam !" Tempik Balqis .

Mata Zairul memandang wajah Hana yaang berdiri disebelahnya .

"No !" Mata Zairul masih memandang Hana . "Walau apa pun , dia tetap kawan I . You tak patut buat dia begitu ." Tegur Zairul . Kini Zairul memandang wajah Balqis pula .

Hana yang melirik ke wajah Zairul mula merasa seperti berdebar debar .

'Kau tak cintakan aku , tapi kenapa kau pertahankan aku sebegini rupa ? Adakah benar kerana kita berkawan rapat ? Atau sebenarnya kau ada hati dekat aku ?' Bisik hati Hana .

"Habis tu , kawan you ni boleh buat suka suka hati dia kat I lah ? Boleh sound I dan tolak I semahu dia hanya kerana dia kawan pada kekasih I ?" Balqis masih tak berpuas hati .

"Hye , kau yang mulakan dulu kan .." Elmira mula membela Hana .

Zairul memandang lagi wajah Hana . Kali ini mata Hana turut membalas pandangan itu .

"I kenal Hana lebih lama dari you . Dia bukan jenis begitu ." Kata kata Zairul berjaya membuat Balqis bertambah berang .

Balqis terus mencapai handbegnya dan berlalu pergi dengan perasaan marah .

Rakan rakan Balqis turut berlalu pergi . Zairul mengeluh kecil sebelum memandang Hana semula .

"Aku minta maaf pasal Balqis -"

"Kau tak patut pertahankan aku . Aku hanyalah seorang kawan biasa . Dia kekasih kau dan istimewa dihati kau . Jaga hati dia melebihi apa pun ." Kata Hana perlahan sebelum menarik lengan Elmira agar beredar dari situ .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now