bab 14

25.8K 636 15
                                    

"Kenapa awak cakap begitu ? Ketara sangat ke Zairul dingin dengan saya ?" Soal Hana perlahan .

"Ketara sangat . Sebab sebelum tu korang nampak mesra , tiba tiba Ayoi tak tegur awak . Pelik juga . Korang bergaduh ke ?" Soal Zuhair sekali lagi .

"Tak ada gaduh pun . Tiba tiba je dia macam pulaukan saya ." Luah Hana .

"Hurm , tak boleh nak salahkan dia juga . Maybe , mama ada cakap something kat dia yang buat dia menjauh dari awak . Apa kata awak tanya dia sendiri nanti ?" Zuhair memberi pendapat .

"Saya harap saya dapat jawapan dari Zairul sebelum saya balik Johor ."

**********

"Hana ? Hana fikir apa sayang ?" Soal Datin Suria . Tangannya naik mengusap pipi Hana .

Hana tersentak .

"Eh ! Tak ada apa lah makcik . Hana fikir ayah dengan ibu je ." Bohong Hana . Padahal , otaknya asyik teringat tentang perbualannya bersama Zuhair malam semalam .

"Hana rindu mereka ya ? Kenapa tak hubungi saja ?" Soal Datin Suria sambil tersenyum .

"Hana ada juga call , tapi tak berjawab . Maybe ibu tengah solat atau pun memasak ."

Datin Suria tersenyum nipis . Tangan Hana ditarik ke ribanya dan digenggam erat .

"Hana , makcik ada sedikit permintaan . Boleh Hana tunaikan ?" Wajah sayu itu ditatap Hana .

"Permintaan apa tu ? Insyallah kalau Hana rasa Hana mampu , Hana akan tunaikan ."

"Mulai dari hari ini boleh panggil makcik , mama tak ?"

"Ke-kenapa ?" Terus gagap Hana dibuatnya .

"Makcik nak Hana panggil mama sebab makcik dah rasa sayang sangat kat Hana ."

"Boleh mama . Baiklah , mulai hari ini Hana akan panggil mama ." Hana tersenyum manis membuatkan Datin Suria turut tersenyum .

"Manisnya senyuman Hana . Simpan senyuman ini untuk bakal suami ." Pesan Datin Suria dan Hana hanya tergelak kecil .

"Mama , esok Hana dah balik Johor . Mama jaga kesihatan , jangan lupa makan dan insyallah kalau Hana tak sibuk , Hana akan hubungi mama ." Tangan Datin Suria ditarik ke pipinya dan dilekap .

Hangat tangan Datin Suria membuatkan Hana teringat ibunya yang berada di kampung .

"Hubungi saja ke ? Hana dah tak nak datang sini melawat mama ?" Soal Datin Suria perlahan .

"Eh ! Bukan begitu . Hana akan datang melawat mama . Tapi lepas Hana dapat kerja tetap lah . Sementara itu , Hana akan sentiasa hubungi mama untuk mengetahui perkembangan kesihatan mama ."

"Terima kasih sayang . Mama tunggu Hana datang lagi kesini ."

************

Zairul berjalan melintasi Hana tanpa menegur Hana . Hana terkilan . Ditarik nafas dan dihembus perlahan sebelum bersuara .

"Sampai bila kau tak nak tegur aku ni ?" Soal Hana mula bengang .

Zairul masih tidak mengendahkannya . Dilabuhkan duduk disofa lalu ditekan punat on pada remote tv .

Hana hampiri Zairul dan remote dirampas . Ditekan punat off dan remote itu dibaling ke atas sofa jauh dari Zairul .

"Apa ni ?" Soal Zairul kasar .

"Apa ni apa ? Kau tu apa masalah ?" Suara Hana kuat menengking Zairul . Hana berani meninggikan suara kerana Zuhair keluar ke pejabatnya dan Cik Timah ke pasar membeli barang basah . Hanya Datin Suria yang berada diatas dan sedang berehat .

Zairul mendengus dan cuba mencapai remote namun Hana menghalang .

"Kau nak aku cium kau ke ?" Soal Zairul tiba tiba . Spontan Hana menjauhkan diri .

Zairul kembali mencapai remote tv dan ditekan semula punat on pada remote tersebut .

"Kau yang ajak aku ke sini semata mata nak jumpa mama kau last last kau layan aku macam sampah ! Aku menyesal ikut kau ke sini . Aku nak balik Johor petang ni juga !" Hana sudah berlari ke tingkat atas . Mahu mengemas pakaian dan barang barangnya .

Sewaktu Hana sedang mengemas pakaiannya ke dalam beg bagasinya , air matanya mengalir . Sakit hatinya apabila diperlakukan seperti orang bodoh di rumah ini .

Hana menutup kasar beg bagasinya dan-

"Apa ni ? Lepaslah .." Hana meronta kerana tubuhnya dipeluk dari belakang .

Sejak bila Zairul masuk ke dalam bilik dia sendiri tidak pasti . Mungkin Zairul masuk sewaktu dia sibuk melayan kesedihannya .

"Tak ! Aku takkan lepaskan kau ." Bisik Zairul di telinga Hana .

"Zairul , lepaskan aku . Aku nak balik Johor . Lagi pun , kau dah tak perlukan aku disini lagi ." Hana cuba meronta sekali lagi namun pelukan masih tidak terlerai .

"Siapa cakap aku tak perlukan kau ?"
Rontaan Hana terus terhenti .

"Aku minta maaf sebab abaikan kau . Sebab tak endahkan kau . Aku cuba Hana .." luahan Zairul yang separuh jalan itu membuatkan kening Hana berkerut .

"Kau cuba apa ?"

"Aku cuba jauhi kau . Aku minta maaf . Aku takut apa yang hati aku rasa saat ini semakin kuat dan bakal mengecewakan Balqis ." Pelukan ditubuh Hana terus menjadi longgar .

Hana berpusing menghadap wajah Zairul .

"Apa maksud kau ni ? Aku tak faham ."

"Sejujurnya , aku rasa selesa bila kau dekat dengan aku . Aku rasa bahagia sangat sangat . Dan aku yakin apa yang aku rasa ini adalah cinta .. tapi aku cuba elak perasaan itu sebab aku cintakan Balqis ."

Tubuh Hana dipeluk erat .

"Maafkan aku Hana ."

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now