Sepanjang seminggu Zuhair berada di rumah keluarga Hana , berbagai perkara telah dilakukan untuk menambat hati keluarga Hana . Dan ada beberapa perkara yang telah berjaya mencuit sedikit hati Hana .
Namun Hana ketepikan semua itu . Dia menerima Zuhair sebagai tunangnya kerana sudah mula rimas dan bosan dengan ugutan dan kedegilan Zuhair .
Tunang saja . Belum tentu mereka akan berkahwin . Fikirnya .
Sewaktu cincin merisik dan cincin tunang disarung ke jari , Hana merasa sesuatu yang aneh .
Perasaan apa , dia sendiri tidak pasti . Tapi yang pasti , dia kini sudah terikat dengan Zuhair .
Datin Suria tersenyum gembira saat menyarungkan kedua cincin itu ke jari Hana . Terus didakap tubuh Hana erat .
"Sayang anak mama ni . Mama rindu Hana ." Bisik Datin Suria .
"Hana pun rindu mama ." Pelukan dibalas .
"Terima kasih sudi terima anak mama . Mama tahu , Hana boleh jaga anak mama sebaik mungkin bila mama dah tiada nanti ." Bisik Datin Suria lagi .
Entah kenapa , bisikan Datin Suria itu mengundang air mata Hana .
"Mama jangan cakap begitu . Walau pun abg Zuhair dah kahwin nanti , dia masih perlukan kasih seorang ibu ." Balas Hana . Pelukan semakin di eratkan .
"Mama tak selamanya boleh berada disisi mereka . Tolong jagakan anak mama ."
"Insya-Allah ma . Insya-Allah Hana akan jaga abg Zuhair untuk mama ."
Zuhair memerhati dari jauh . Dia tahu yang dia sudah berjaya mengembirakan hati mamanya .
*********
"Good morning , my lovely fiance ." Sapa Zuhair yang selisih dengan Hana semasa mahu ke officenya .
Hana pandang kiri dan kanan lalu menarik Zuhair masuk ke bilik meeting yang kosong .
"Wow .. ganasnya tunang saya ni . Nak sarapan apa ? Nak fresh kiss ke ?" Sakat Zuhair .
"Awak ! Awak dah janji nak rahsiakan pasal pertunangan kita kan ?" Soal Hana separuh berbisik .
Zuhair mempamerkan wajah bingung . "Ada ae ? Saya tak ingat pun ."
"Awak ! Kalau awak main main , saya cakap kat mama yang saya-"
"Awak nak apa ? Nak putus tunang ? Cakap lah kat mama kalau awak memang suka tengok mama bersedih dan susah hati ." Wajah Zuhair yang ceria tadi kini bertukar tegang .
Sejak beberapa hari ni , apa saja hal yang melibatkan mamanya senang saja mengubah mood dan reaksi di wajahnya .
"Habis tu , awak langgar janji !" Hana memeluk tubuh . Tidak berpuas hati .
"Saya nak bergurau dengan awak tak boleh ke ?" Soal Zuhair .
"Bukan tak boleh . Tapi tak kena tempat . Ni kan office . Bila awak cakap kuat begitu , staf takkan dengar ke ? Awak ni , belajar je tinggi tapi tak boleh nak fikir panjang sebelum decide untuk buat sesuatu ..." bebel Hana .
"Alah , kalau dorang dengar saya boleh je cover line balik kan ? Ke awak memang nak dorang tahu ?" Zuhair kembali ke mood mengusiknya .
"Tak kuasa saya nak canang pasal kita . Saya just tak nak benda benda macam ni ganggu partikal saya kat sini . Saya nak habiskan pratikal saya dengan tenang , okay ?"
"Iye ?" Soal Zuhair . Zuhair hampiri Hana .
"Ermm .. yelah .." balas Hana sedikit gagap . Hana mula menapak kebelakang untuk menghasilkan jarak diantara mereka .
Lagi pun , hatinya tak kuat bila berdekatan dengan Zuhair . Takut apa yang tak diingini berulang kembali .
"Erm . Rasanya , saya dah boleh keluar ." Hana yang mahu melangkah keluar dari bilik meeting itu terkejut apabila pinggangnya disambar tangan Zuhair .
"Not too fast , dear .." bisik Zuhair ke telinga Hana .
Dada Hana mula berdebar hebat .
"Awak , saya nak-" rontaan Hana terhenti bila lidah Zuhair menjilat cuping telinganya .
Terasa lemah sendi Hana bila diperlakukan sebegitu .
"No , Zuhair ! Ahh .." Hana cuba menjarakkan wajahnya dengan bibir dan lidah Zuhair . Namun lain yang terjadi bila tubuh mereka melekap dan terasa sesuatu tertekan pada pinggul Hana .
Zuhair dan Hana saling berpandangan . Rangkulan di pinggang Hana terus terlerai .
"Bukan salah saya ." Terang Zuhair yang seolah mengerti pandangan maut dari Hana .
"Salah awak ! Awak yang peluk saya dulu ."
"Salah ke nak peluk tunang sendiri ?" Soal Zuhair . Semakin hari dia semakin suka menyakat Hana .
"Salah ! Tunang bukan tiket untuk awak sentuh saya sesuka hati awak !"
"Okay , jom nikah sekarang ?" Zuhair menjungkit kening sambil tersenyum . Wajah Hana terus merah padam .
"Gatal !" Kata Hana lalu memukul dada Zuhair dan terus berlalu keluar dari bilik meeting itu .
Zuhair mengadu sakit sambil memegang dadanya yang dihentam tangan kecil Hana tadi . "Hai , ganas sangat bakal isteri aku ni ." Zuhair bercakap sendirian sambil menyandar di bucu meja meeting .
"Isteri ?" Ungkap Zuhair sekali lagi . Tiba tiba telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk .
Zuhair mengeluarkan telefonnya dari poket lalu melihat di skrin . Bulat matanya bila nama yang sekian lama tidak tertera di skrin telefonnya kini jelas terpampang di skrinnya .
"Ayu ? Apa dia nak ni ?"
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .