"Kau masih nak teruskan ?" Soal Elmira .
Hana mengeluh perlahan . Anggukan kecil diberi bagi menjawab soalan Elmira tadi .
Habis bengkak matanya menangis bila memikirkan nasib dia nanti selepas berkahwin dengan lelaki yang tak cintakan dia .
"Kenapa awak terima permintaan mama , padahal awak tak ada perasaan sedikit pun pada saya ." Soal Hana sambil menatap wajah Zuhair .
"Saya terima permintaan mama sebab saya nak jadi seorang anak yang patuh pada emaknya ." Ungkap Zuhair sambil menunduk .
"Walaupun hal ini melibatkan hati ? Zuhair , perkahwinan bukanlah perkara kecil . Kita bakal bina masjid . Okay , saya terima andai kita berkahwin kerana permintaan mama . But , apa akan jadi andai perkahwinan ini kecundang ? Kita bercerai , dan masa tu ... apa awak nak cakap pada mama ?" Soal Hana . Entah kenapa , hal yang dibincangkan ini sedikit sebanyak membuatkan hatinya sakit .
Adakah kerana dia sudah mula sukakan Zuhair ? Hana buntu .
Zuhair angkat wajah dan tatap anak mata Hana . Saat itu jantung Hana berdegup kencang .
"Awak tahu keadaan mama sekarang . Kalau awak kat tempat saya , sebagai anak adakah awak sanggup kecewakan dia ?"
Hana kelu , tidak mampu menjawab soalan Zuhair .
"Kau yakin ke ? Aku takut kau menderita Hana ." Suara Elmira berjaya membuatkan khayalan Hana terbang dibawa angin .
Hana tersenyum nipis .
"Aku yakin . Lagi pun , aku dengan Encik Hair sama sama nak gembirakan hati Datin . Aku tak nak Datin bersedih ."
Elmira genggam tangan Hana erat .
"Kau baik sangat Hana . Dan kau terlalu kuat . Kalau aku kat tempat kau , tak kuat aku nak terima lelaki dalam hidup aku kerana permintaan orang tua ."
**************
Zuhair melangkah keluar dari keretanya dan menuju ke super market kerana tekaknya dahagakan coke .
Entah macam mana sewaktu Zuhair sedang membuat pembayaran di kaunter , bahunya ditepuk seseorang .
Zuhair menoleh . Membulat matanya .
"Zuhair kan ? Long time no see . Tak sangka jumpa abg handsome kat super market ni ." Kata Ayu dengan nada manja .
"Erk , takkan Ayu nak ajak abg berborak dekat super market ni ?" Soal Zuhair lalu mencapai botol cokenya .
"Abg nak bawa Ayu jalan jalan ke ?" Soal Ayu bersama senyuman manis .
"Boleh je . Tapi tak boleh lama ."
Mereka berdua terus melangkah ke arah kereta Zuhair .
Di dalam kereta , Ayu mengerling ke arah Zuhair .
"Abg dah banyak berubah sekarang . Ayu tengok abg makin segak ." Puji Ayu . Zuhair menelan liur .
"Kenapa ? Ayu menyesal ke sebab tinggalkan abg dulu ?" Soal Zuhair dalam nada menyakat .
"Mana abg tahu Ayu menyesal ni ? Abg ni , tahu je isi hati Ayu kan ?" Ayu tersenyum manis .
"Abg gurau je Ayu . Tak kira walau apa pun yang jadi pada masa lepas , kita dah tak boleh nak putar balik masa . Lagi pun , abg dan Ayu dah pun ada kehidupan masing masing sekarang ." Nasihat Zuhair .
"Abg dah kahwin ke ?" Soal Ayu tiba tiba . Zuhair mengerling ke arah Ayu .
"Kenapa tanya macam tu ?" Soal Zuhair kembali .
"Cara abg cakap macam abg dah kahwin . Ke , abg dah berpunya sekarang ni ?" Soal Ayu lagi .
Zuhair menekan brek kereta dan handbreak ditarik . "Okay , kita dah sampai !" Kata Zuhair lalu keluar dari kereta bersama botol coke dan kunci keretanya .
Wajah Ayu sudah masam kerana Zuhair tidak menjawab soalannya .
Ayu melangkah keluar dari kereta dan menghampiri Zuhair yang duduk di bangku panjang di tepi tasik buatan itu .
"Cantiknya tempat ni . Waktu kita berkawan dulu , abg pernah bawa Ayu ke sini ke ?" Soal Ayu dengan wajah gembira .
"Inilah tempat pertama kita dating dulu . Cuma dulu tempat ni tak secantik sekarang ." Kata Zuhair . Tangannya mula membuka penutup botol dan air coke diteguk .
Terimbau kembali saat pertama kali mereka keluar bersama sebagai kekasih . Dan waktu itu tempat ini lah menjadi saksi saat mereka bercumbuan buat kali pertama .
Zuhair menoleh ke arah Ayu . Kebetulan Ayu turut menoleh ke arahnya bersama senyuman .
Dalam mata bertentang mata , Zuhair jadi ingat setiap kejadian yang terjadi 5tahun lepas . Segala galanya bagaikan pita rakaman yang diulang tayang di mindanya .
Bayangan Hana menjelma di fikirannya . Spontan Zuhair bangun dari duduknya .
"Kenapa abg ?" Soal Ayu , pelik .
"Abg kena balik sekarang ." Kata Zuhair .
"Abg hantar Ayu sekali , boleh ?" Pinta Ayu perlahan .
"Tak sempat Ayu.." kata Zuhair lalu dikeluarkan walletnya dari poket belakang . Diberikan Ayu dua keping kertas berwarna hijau gelap .
"Call uber . Abg kena cepat ni ." Zuhair terus berlalu meninggalkan Ayu di tasik buatan itu .
Wajah Ayu masam kerana ditinggalkan begitu saja .
Telefon Ayu berdering dan Ayu terus menjawab panggilan itu .
"Sabarlah . Baru step one kot ." Ayu terus meletakkan panggilan .
Mata Ayu melirik pada kereta Zuhair yang sedang membuat U-turn .
"Mari kita tengok , sejauh mana kau boleh lupakan aku ." Bisik Ayu sambil mengenggam duit yang dihulur Zuhair tadi .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Storie d'amore[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .