bab 54

23K 665 30
                                    

Adam baring diatas katil.Sekejap dia pusing ke kiri,sekejap pula pusing ke kanan.

Hatinya resah tak menentu,bayangan Balqis ada dimana mana.Bahkan,bila Adam menutup mata bayangan Balqis tetap ada.

Aku dah terkena ubat pengasih ke ni? Adam menyoal didalam hati.

Adam bangun dan pukul kepalanya sendiri.

"Ouch! Sakit..." Adam mengerang sambil memegang kepalanya yang terasa perit.

"Kenapa dengan kau ni,Adam?" Adam menyoal dirinya sendiri.

"Mana Hana dihati kau? Takkan cinta pertama kau dah hilang begitu saja?" sambung Adam.

Adam tertunduk bila mengingati kejadian beberapa minggu lepas.

Balqis berhenti ditepi jalan dan terus melangkah keluar dari kereta Adam.Adam tercengang.

Adam turut melangkah keluar dari kereta.Melihat Balqis yang berjalan kaki meninggalkan keretanya,dia menyeru nama Balqis.

"Balqis?Awak nak pergi mana?" soal Adam.

"Suka hati aku lah nak pergi mana pun! " balas Balqis.

"Balqis?Awak nak tinggalkan saya kat sini ke?" soal Adam sekali lagi.

Terhenti langkah Balqis.Perlahan lahan dia berpusing memandang ke arah Adam.

"Kaki kau tak patah, kan?" soal Balqis serius.

"Memang lah tak patah.."

"Then,kau boleh drive sendiri! " potong Balqis.

"Habis tu,awak macam mana?" soal Adam.

"Aku bukan budak kecil yang kau nak risau kan.Pandai lah aku balik sendiri." Balqis ingin melangkah pergi,namun tangannya dipegang Adam.

Entah bila Adam menghampiri,dia tidak menyedari.Tau tau dah ada depan mata.

Laju Balqis meleraikan pegangan tangan Adam dan tangannya menampar wajah Adam.

Adam pandang wajah Balqis.

"Balqis,kenapa awak ni?Jom lah,saya hantar awak balik.."Adam cuba mencapai semula tangan Balqis,namun Balqis menepis.

"Kenapa kau nak buat baik dengan aku?" soal Balqis.

"Salah ke saya nak buat baik dengan gadis yang saya minat?" soal Adam.Jelas kerutan diwajahnya.

Kenapa Balqis seperti tidak mahu didekati?

"Adam,kita baru berkenalan.Tak sampai sebulan,seminggu pun tak.Jadi,jelaskan pada aku macam mana kau boleh minat dengan aku?"soal Balqis merenung terus ke mata Adam.

"Balqis,bila melibatkan soal hati ni ...tak perlukan seminggu atau sebulan.Ini semua kuasa Allah,ini semua kerja Allah.Saya jatuh cinta sejak pertama kali bertemu awak.I never plan to fall for you.It...it just happen." Adam membalas renungan Balqis.

Balqis menarik senyuman sinis.

"Tapi,aku tak tertarik langsung dengan kau.Lupakan perasaan kau,semuanya mengarut!" Balqis terus berlalu pergi.Panggilan Adam tidak dihiraukan lagi.

Setelah suara Adam tidak kedengaran,air mata Balqis jatuh.Tangannya naik ke dadanya.

Egonya terlalu kuat hingga dia sanggup menidakkan kata hatinya.

---------------------------------------------------------------------

Hana mengetuk ngetuk jemarinya diatas meja.Sesekali matanya akan melirik ke arah mata hazel itu.

Suasana sunyi diantara mereka membuatkan Hana resah.

Pap! Meja ditepuk membuatkan Hana terkejut.Mujur latah tak terkeluar.

"Oh! Come on Nurul.Just asking me what the question is?" Soal Hellen sambil mata merenung Hana.

Dia tahu dan pasti yang Hana ingin bertanya sesuatu padanya.Dapat dia lihat keresahan Hana.

"Hah?Soalan?Mana ada saya nak tanya soalan.."dalih Hana lalu melontar pandangan ke sekelilingnya.

Mereka datang ke restoran ini adalah untuk membungkus makanan dan dibawa pulang.

Susah untuk mereka makan ditempat terbuka memandangkan mereka berdua berhijab.

"Nurul,kita ni tutup hidung dan mulut saja.Tapi mata tidak.Saya perasan yang awak pandang saya berkali kali.Saya tahu ada sesuatu yang membuat awak kusut.Tanyalah,saya akan jawab soalan awak." Hellen masih memandang Hana.

Hana kelipkan mata beberapa kali.Ketara sangat kah tingkah laku ku?Soal Hana didalam hati.

Jemarinya masih bermain diatas meja.Fikiran Hana sedang membuat pertimbangan sama ada dia harus bertanya atau tidak..

Hana pandang ke mata Hellen.

"Okay lah..."Hana mengalah.Posisi tubuhnya diperbetulkan dan matanya memandang ke mata Hellen.

"Macam mana awak boleh kenal..."ayat Hana terhenti.

Hellen gerak gerakkan kening meminta Hana menghabiskan soalannya.

"Kenal?Kenal siapa?"soal Hellen bila Hana masih tidak menghabiskan soalannya itu.

"Kenal lelaki semalam.." Hana terasa seolah baru mengeluarkan emas dari dalam mulut.Leganya hanya tuhan saja yang tahu.

"Dah agak dah." Ungkap Hellen tiba tiba.

"Dah agak dah?" Soal Hana semula.Pelik,itu bukan jawapan yang dia mahukan dari Hellen.

"Yelah,saya dah agak dah itu yang awak nak tanya.Sebab semalam saya perasan awak renung kawan saya tu semacam.."Hellen tertawa halus membuatkan Hana berasa pelik.

"Alah,jangan risau.Tak pelik pun kalau awak bertanya sebab dia kan handsome.." Hellen menongkat dagu dengan kedua tapak tangannya diatas meja.

"Wait! Hellen,do you-"

"Like him?Yes,I did.Why?" Soal Hellen tiba tiba.

"Uh? Urm nothing.."jawab Hana.

"Really it is nothing?" Hellen serkap jarang.

"Yes,there is nothing to hide.."Hana tersenyum disebalik purdah.Seolah Hellen mampu melihat.

"Okay nothing to hide.He was my first love." Luah Hellen tiba tiba.

Hana terkelu.Tiada kata kata yang terkeluar dari mulutnya.

"Kami kenal waktu sama sama belajar dekat luar negara dulu.Waktu tu saya pendam perasaan sebab dia dah ada kekasih.Tapi,saya dengar diaorang sekarang dah putus.Tu yang saya terfikir nak luahkan perasaan ni pada dia.Mana tahu kalau dia pun ada hati kat saya,boleh kami ambil langkah seterusnya." Cerita Hellen tanpa perasan riak Hana.

'Zuhair cinta pertama Hellen?' Fikir Hana.

Menyedari Hana tidak memberi fokus pada ceritanya,Hellen menyentuh tangan Hana yang terletak elok diatas meja.

"Hana?"panggil Hellen.

"Aaa, ye?" Hana memandang ke Hellen.

"Awak okay?" Soal Hellen.

"Okay.Cuma pening sikit.Boleh kita balik sekarang?" Soal Hana.Memang kepalanya tiba tiba berdenyut.

Banyak berfikir mungkin.

"Makanan kita dah siap rasanya tu.Awak tunggu sini.Saya pergi bayar kat kaunter.Tunggu tau?" Hellen bangun dan berlalu ke kaunter .

Hana pandang Hellen dari belakang.Tangannya mengusap lembut perutnya yang masih kempis.

"Sayang,dia terlalu baik dan cantik.Dia lebih layak bersama ayah berbanding ibu."bisik Hana pada kandungannya.

Ya,bayi yang dikandung adalah bayi dia bersama Zuhair.

"Ya Allah,jika tertulis jodoh aku bersamanya setakat ini.Aku redha.Aku percaya pada ketentuan mu Ya Allah.."

Sila abaikan broken eng saya.tq

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now