bab 29

26K 636 23
                                    

Hana menekan butang lif dan menanti lif tiba . Sesekali matanya akan melilau memandang sekeliling . Seorang lelaki berdiri disisinya .

Terbuka saja pintu lif , seorang perempuan keluar dari lif lalu melanggar Hana .

Habis jatuh fail yang berada ditangan Hana .

"Hye ! Kau buta ke ?" Herdik perempuan itu . Hana yang terkial kial mengutip failnya melopong sekejap .

Aku yang buta ? Bukan ke dia yang langgar aku ? Bisik hati Hana .

"Maaf , saya rasa awak yang langgar cik ni tadi ." Kata lelaki yang berdiri disebelah Hana .

"Yang kau ni siapa pula ?" Herdik si perempuan itu pada lelaki itu .

Hana memandang kedua wajah mereka .

"Cik yang langgar saya tadi . Tapi takpe , saya dah pun maafkan ." Kata Hana lembut lalu melangkah masuk ke dalam lif .

Lelaki yang cuba membantu Hana tadi turut melangkah masuk ke dalam lif dan meninggalkan perempuan itu .

Setelah pintu lif tertutup , Hana memandang lelaki itu .

"Thanks .."

"Eh , saya tak buat apa apa pun untuk awak .." balas lelaki itu .

"Tadi kan awak cuba bela saya ?"

"Oh , tadi tu . Saya cakap benda yang saya nampak . Saya sendiri nampak dia langgar awak tadi ." Balas lelaki itu .

"Sebab tu saya ucap terima kasih ." Balas Hana kembali . Lelaki itu memandang belakang , hanya mereka berdua di dalam lif .

"Sama sama . Erm , awak staf kat sini ke ?" Soal lelaki itu cuba beramah mesra .

"Ha'ah . Saya staf kat sini . Awak ?" Hana jadi selesa berborak dengan lelaki disebelahnya itu .

"Saya ? Bukan lah . Datang nak jumpa kawan lama saja ." Balas lelaki itu bersama senyuman .

"Oh , I see ." Balas Hana perlahan .

"Erm .. siapa-" baru lelaki itu mahu bertanya tentang nama Hana ..

Ting ! Lif sudah tiba .

"Okay lah . Saya dah sampai , jumpa lagi nanti ." Hana terus melangkah keluar .

Lelaki itu memandang Hana tak berkelip .

*******

"Adam , dah lama tak jumpa kau ." Zuhair bersalaman dengan rakan baiknya sewaktu belajar diluar negara .

"Aku busy sikit Hair . Ni pun baru dapat bernafas lega lepas company atok aku kat luar negara tu sepupu aku ambil alih ." Adam dan Zuhair berpelukan .

"Eh , marilah duduk ." Zuhair mengajak Adam duduk diatas sofa yang terdapat di dalam bilik pejabatnya .

"So , kau dah buka company baru kat sini kan ?" Soal Zuhair setelah kedua mereka melabuhkan duduk .

"Baru lagi . Orang kata baru nak belajar merangkak , tak macam company kau . Dah pandai berlari ." Adam dan Zuhair tergelak .

"Alah , ni pun bukan company aku . Company arwah papa aku . Aku tukang jaga je . Kau tahu lah adik aku tu mana minat kerja macam ni ."

"Weh , dengar cerita kau dah kahwin ? Betul ke ?" Soal Adam .

"Ha'ah . Hari tu aku jemput kau tak datang ."

"Tak sempat Hair . Waktu kau punya majlis tu , aku kena pergi outstation . Tu yang kirim hadiah je ."

"Takpe lah . Aku faham , dah tak dapat datang nak kata apa kan ?" Zuhair mula tersengih . "Kau bila lagi ?" Sambung Zuhair .

"Erm , nanti nanti lah . Company pun baru lagi . Macam mana aku nak bela anak dara orang ? Makan pasir isteri aku nanti . Eh tapi kan tadi aku ada terserempak dengan staf kau . Serius aku rasa macam dah tertarik dengan staf kau tu ." Cerita Adam bersama senyuman lebar .

"Iya ? Staf aku yang mana satu ?" Soal Zuhair penasaran .

"Entah . Tak sempat nak tanya nama , dia dah keluar lif ."

"Haha . Kau lambat lah ni . Nanti kau kasi tunjuk kat aku mana satu . Mana tahu aku boleh tolong adjust untuk kau ke kan ?" Zuhair dan Adam tergelak .

**********

Hana berjalan seorang diri menuju ke kereta . Hari ini kerjanya habis awal dan dia memutuskan untuk pulang awal . Penuh tangannya dengan beg plastik yang terisi buah buahan .

Niatnya mahu melawat Datin Suria hari ini .

"Hai ? We meet again ?" Sapa satu suara . Hana menoleh .

"Eh ! Awak . Buat apa kat sini ?" Hana memandang sekeliling , mana tahu lelaki dihadapannya ini datang bersama teman .

"Takkan saya ke sini main gym pula kan ? Saya beli barang dapur lah ." Jawab lelaki itu bersama tawa kecil . Hana turut tergelak .

"Ha'ah ae . Saya boleh tanya soalan pelik pula kat awak . Rajin awak beli barang dapur , isteri tak ikut sekali ke ?" Hana dan lelaki itu jalan beriringan .

"Saya ada kata saya dah kahwin ke ?" Soal lelaki itu .

"No ? Saya just teka je ."

"Hurm , saya bujang lagi . Eh , lupa nak tanya . Siapa nama awak ?" Soal lelaki itu .

"Nurul Hana . Awak ?" Soal Hana semula .

"Adam Fahri ." Balas Adam .

"Okay lah . Saya balik dulu ." Kata Hana dan mula berlalu ke arah keretanya .

"Hati hati drive , Nurul ." Adam melambai tangan ke arah Hana dan Hana turut membalas lambaian tangan Adam .

"Thanks . Awak pun drive hati hati , Adam ."

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now