"Kau nak apa beria sangat nak jumpa aku ?" Soal Ayu , berang .
Zairul bangun dan hampiri Ayu .
"Kau tanya aku nak apa ?" Zairul menyoal perlahan .
"Yelah . Kau nak apa sampai tak boleh nak cakap dalam phone ? Aku busy lah .." Ayu labuhkan punggungnya di kerusi kulit itu .
Tangan Zairul terus mengenggam kasar rambut Ayu .
"Aduh ! Ayoi , apa ni sakit lah !" Ayu cuba menepis tangan Zairul namun genggaman lelaki sangat kuat . Zairul menarik rambut Ayu agar Ayu berdiri .
"Aku suruh kau hancurkan rumah tangga abg aku . Asal kerja kau lembap sangat hah ? Kau busy ? Busy menyundal dengan abg aku kan ?" Kasar kata kata Zairul .
Wajah Ayu sudah berkerut menahan sakit .
"Sabarlah . Aku tengah buat kerja aku lah ni !" Balas Ayu .
"Aku taknak sampai isteri dia mengandung . Kalau boleh aku taknak abg aku sentuh langsung isteri dia ." Zairul melepaskan rambut Ayu dan tangannya dibawa masuk ke dalam poket seluar .
"Kenapa ? Isteri dia tu siapa sampai kau nak sangat pisahkan mereka ?" Soal Ayu . Zairul berjalan ke arah tingkat bilik hotel itu .
"Isteri dia milik aku . Tak ada siapa boleh sentuh dia kecuali aku . Dan , kalau kau lambat sangat buat kerja . Aku terpaksa singkirkan kau ." Zairul menoleh ke arah Ayu . Tajam pandangan matanya menghantar isyarat bahawa dia sedang serius .
"Kenapa kau nak singkirkan aku ? Aku dah hampir berjaya lah ." Ayu cuba menyelamatkan diri .
"Masalahnya lambat sangat kerja kau . Kau tahu tak kalau isteri dia mengandung , lagi susah nak pisahkan dorang !" Jerkah Zairul . Terangkat bahu Ayu akibat terkejut .
"Okay . Give me time . Aku janji mereka akan berpisah dalam masa terdekat ." Ayu sudah mula ketakutan .
Zairul yang sekarang bukan boleh dibuat main .
"I give you 3 weeks ."
*******
"Mengarut ! Kalau kau nak , kau adjust lah sendiri . Aku malas ." Balas Zuhair .
"Alah , tolong lah . Aku kan kawan kau ? Hari tu kau dah janji nak tolong aku . Takkan kau taknak tengok kawan baik kau ni naik pelamin kot ??" Adam memujuk Zuhair .
"Aku memang nak sangat tengok kau naik pelamin .." balas Zuhair . 'Tapi bukan dengan isteri aku' Zuhair menyambung ayatnya tapi hanya didalam hati . Biarlah perkahwinannya bersama Hana dirahsiakan dari pengetahuan Adam buat masa ini .
"So , tolong lah member .." Adam masih memujuk .
"Macam ni , apa kata kau usha dulu . Kalau tak berjaya baru aku bantu ? Amacam ?" Zuhair dengan berani memberi pendapat . Dia nak lihat sejauh mana kesungguhan Adam untuk mendapatkan Hana .
"Okay . Aku try dulu , tapi kau jangan lupa ae ? Janji kau akan tolong kalau aku tak berjaya ? Deal ?" Adam sudah mengeluarkan jari kelingking untuk mengikat janji .
Zuhair teragak agak untuk menyambut namun apabila melihat kerutan diwajah Adam terus dia menyambut jua dengan jari kelingkingnya .
"Deal ." Balas Zuhair .
"Fuh ! Lega aku kau nak bantu . Aku bukan apa , aku ingat kau syok dengan staf kau tu . Sebab aku tengok kau macam teragak agak nak tolong . Lagipun kau kan dah kahwin , takkan semua perempuan cantik kau nak kan ?" Adam berkata sambil tersenyum .
'Suka ? Dia isteri aku lah wehh !' Bentak Zuhair di dalam hati .
******
Hana berdiri tegak dihadapan Zuhair . Kepalanya ditunduk memandang lantai . Aura dingin Zuhair terasa kuat sangat dan renungan tajam itu sungguh mengerikan .
"Asal kau masuk office hari ni ?" Soal Zuhair dingin .
"Kan Encik Hair masuk office jadi saya pun masuk lah . Saya ni staf biasa je , Encik boss . Kalau saya tak masuk nanti Encik ingat saya malas , curi tulang time family saya ada dekat rumah ." Balas Hana panjang lebar .
Zuhair bangun dan berjalan ke arah Hana .
"Kalau bercakap sila pandang aku , muka aku takde kat lantai tu ." Sindir Zuhair dan perlahan lahan Hana angkat wajah . Matanya memandang tepat ke wajah Zuhair yang jarak 2 meter darinya .
Dupdap jantung Hana bila mata bertentang mata .
"Kau kan , family kau datang jauh dari kampung pun kau sibuk fikir pasal kerja . Aku tak suruh pun kau masuk office . Kau balik layan family kau . Karang mak bapak kau ingat aku paksa kau kerja padahal kau yang memandai masuk kerja !" Marah Zuhair .
"Tapi kan kita ada meeting kejap lagi ?" Dengan berani Hana menjawab .
"Kenapa ? Kalau kau takde , meeting tu tak boleh berjalan ke ?" Sinis Zuhair menyoal .
"Bukanlah begitu . Maksud saya , saya nak ikut serta meeting tu-"
"No ! Aku kata balik ! Aku tak suka kau ada kat office hari ni . Aku menyampah tengok muka kau ! Kalau kau degil sangat , kau berhenti kerja dan duduk rumah !" Marah Zuhair . Makin mendidih darahnya bila Hana menjawab katanya .
"Hurm , baiklah . Saya balik . Tapi jangan minta saya berhenti kerja ." Balas Hana perlahan . Sebenarnya Hana begitu terasa dengan kata kata Zuhair .
Zuhair sudah meluat tengok wajahnya . Hana mendonggak wajah ke atas , matanya yang mula kabur dikelipkan beberapa kali . Berharap yang air matanya takkan jatuh dihadapan suaminya .
"Kenapa kau sibuk sangat nak kerja ? Supaya senang kau mengatal dengan lelaki lain ?" Sindir Zuhair lagi .
"Saya takkan dua kan suami saya walaupun suami saya sedang dalam proses menduakan saya ." Balas Hana tenang lalu melangkah keluar dari bilik Zuhair .
Kakinya laju menuju ke toilet dan air mata yang ditahan dari tadi mengalir laju .
'Hati , bertahan lah ..'

YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .