Hana leka membantu Cik Timah menyusun pinggan dan cawan di atas meja makan .
Sesekali , matanya akan mengerling ke arah ruang tamu yang riuh dengan gelak ketawa Zairul , Zuhair dan Arisa .
Arisa adalah sepupu rapat Zairul dan Zuhair . Kedatangan Arisa ke rumah Datin Suria adalah untuk berjumpa dengan Zairul .
Hana pelik , sejak Zairul keluar dari bilik Datin Suria tengahari tadi hingga ke petang , Zairul sedikit pun tidak menyapanya .
Zairul tidak mengendahnya dan leka melayan Arisa yang dari tengahari tadi tak henti berborak . Bermacam macam difikiran Hana hingga fikirannya agak bercelaru .
Dengan keakraban Arisa dan Zairul sedikit sebanyak berjaya menjentik rasa cemburu dihatinya .
"Hana , tolong Cik Timah letak periuk nasi dekat tengah meja boleh ?" Suara Cik Timah menyentakkan lamunan Hana .
"Ye ? Apa dia Cik Timah ?" Soal Hana kelam kabut .
"Ish , anak dara ni . Buat kerja sambil berangan ye ? Tak apa lah , biar Cik Timah buat . Hana mungkin dah rasa penat kot sebab dari tadi tolong Cik Timah di dapur ." Cik Timah memegang periuk nasi lalu diletak ke tengah meja besar itu .
"Cik Timah , Hana nak tanya soalan sikit boleh ?" Hana bersuara tiba tiba .
"Apa dia ? Tanyalah . Kalau Cik Timah boleh jawab , Cik Timah jawab ye .."
"Urm .. Ayoi tu memang rapat sangat sangat dengan Arisa ?" Soal Hana separuh berbisik .
"Rapat . Tapi Ayoi tu biasa biasa je layan Arisa . Arisa tu yang hegeh hegeh . Hana nak tahu satu cerita tak ?" Soal Cik Timah turut bernada perlahan , mungkin bimbang didengari mereka yang sedang lepak santai di ruang tamu . Di mata Hana , raut wajah Cik Timah jelas yang dia kurang gemar dengan kehadiran Arisa .
"Cerita apa tu , Cik Timah ? Kalau rasa tak keberatan untuk Hana tahu , cerita sajalah ."
"Sepanjang Datin sakit , Arisa langsung tak melawat . Batang hidung pun tiada . Hari ni , dia datang pun sebab Ayoi balik . Rasanya , kami semua tahu yang Arisa ada hati kat Ayoi ."
Tap ! Hati Hana sedikit tersentak dengan kenyataan Cik Timah . Patutlah , Arisa lebih banyak berborak dan memandang Zairul berbanding Zuhair .
Meliar mata Hana memandang ke arah mereka bertiga yang sedang bergelak ketawa itu . Kali ini ketawa mereka agak kuat hingga kedengaran meluat ditelinga Hana .
"Cuma Zairul je tak tahu yang Arisa suka dia . Datin sedikit tersinggung dengan Arisa namun dipendam . Keluarga Arisa pun tak ada yang menjenguk Datin . Mama Arisa adalah adik perempuan Datin . Bila ditanya kenapa tidak datang melawat memandangkan Datin sakit dan memerlukan adik beradiknya disisi . Alasan mereka yang mereka menetap di London dan agak sibuk dengan perniagaan mereka disana . Dan mereka menghantar Arisa sebagai wakil . Tapi , baru hari ini muncul si Arisa tu ." Cerita Cik Timah panjang lebar .
"Kesian Datin . Mesti dia sedang bersedih hati ."
"Sebab tu lah , Cik Timah berharap sangat dengan kehadiran Hana . Datin boleh kembali sembuh dan sihat seperti dulu . Dia perlukan pendorong dan seseorang untuk memberi kata kata semangat selain anak anaknya ."
"Erk , kalau tak keberatan lagi . Boleh Hana tahu Datin sakit apa ?" Soal Hana lagi .
"Leukimia tahap 3 ."
*************
Hana duduk seorang diri di atas buaian yang terdapat di taman buatan di tepi rumah besar milik Datin Suria .
Rumah ? Bukan , banglo selayaknya dipanggil untuk rumah sebesar dan seluas ini . Bentak hati Hana .
Langit yang gelap terhias bintang bintang menjadikan malam Hana begitu tenang . Tapi ketenangannya seketika cuma bila dia teringat akan Zairul .
Zairul masih lagi tidak menegurnya . Hana pelik , adakah dia ada melakukan kesalahan ? Atau Zairul memang tak ingin menegurnya lagi ?
"Tak sejuk ke ?" Sapa satu suara dari arah belakang Hana . Hana tidak mengendahkan suara itu .
Sebal dan kesal dengan empunya suara yang menuduhnya sesuka hati dan mengatakan yang dia mahu mencuri perhatian lelaki .
"Saya rasa saya bukan cakap dengan tembok ni . Tapi kenapa tak ada jawapan ae ?"
Hana masih lagi tidak menjawab .
"Awak marah kat saya ke ?"
"Yes ! Marah lah . Siapa suka dituduh bukan bukan . Saya cakap je rasa macam pernah jumpa awak , tapi saya tak ingat pun kat mana . Kalau kita tak pernah berjumpa sekali pun , awak tak perlulah keluarkan kenyataan yang kebanyakkan perempuan akan bagi ayat sama untuk tarik perhatian awak . Tolong lah , saya tak sama dengan mereka yang hanya mahukan perhatian awak !" Luah Hana panjang lebar .
Seketika kedengaran sunyi dibelakangnya , Hana terus menoleh ke belakang . Zuhair menyandar di tepi tembok sambil merenungnya .
"Pendam agak lama tu ." Kata Zuhair sambil tersenyum . Hana menjeling dan memandang ke hadapan semula .
"Sorry okay kalau kata kata saya tengahari tadi buat awak tersinggung ." Zuhair meminta maaf .
"Sorry juga . Saya yang agak sensitif sedikit . Banyak sangat perkara yang saya fikirkan sekarang ni ." Hana mengeluh kecil .
"Perkara ? Salah satunya , tentang adik saya ?" Soal Zuhair dan Hana terdiam .
"Korang bergaduh ke ?" Soalan Zuhair kali ini berjaya membuat wajah Hana menoleh untuk kali kedua .
![](https://img.wattpad.com/cover/112428450-288-k190435.jpg)
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .