"patutlah..."kata Hana sambil menarik tangannya perlahan lahan dari genggaman Adam.
Adam pandang wajah cantik yang sentiasa diimpikannya itu.
"patutlah apa?"soal Adam pelik.
"patutlah,waktu El cakap pasal pregnant depan awak tempoh hari.Awak tak tunjuk riak terkejut pun.Rupanya,awak dah tahu yang saya dah berkahwin." kata Hana bersama tawa kecil.
"Hana,saya serius ni." kata Adam cuba mencapai tangan Hana semula.Namun Hana melarikan tangannya.
Walaupun Zuhair tak mencintainya dan tak pernah melayaninya seperti layaknya seorang isteri,namun dia tetap harus menjaga batasnya bersama lelaki lain.Cukup lah tadi Adam sentuh dia tanpa dia duga,dan dia juga sangat terkejut dengan kelakuan berani Adam itu.
"Adam..listen.." Hana berjeda.Nafas ditarik dalam dan mata dipejam rapat sebelum mata dibuka kembali . Dan matanya menatap sayu wajah Adam.
"Bohong lah kalau saya kata saya tak ada hati dengan awak.Mana mana perempuan pun,kalau kat tempat saya mesti akan terpaut pada awak.Dengan rupa paras awak,senyuman awak.Dengan lesung pipit awak.Awak kaya,berduit.Awak ada segalanya." puji Hana bersama senyuman paling manis dihadiahkan buat Adam.
Adam garu batang lehernya.Malu bila dipuji Hana.
"Sudahlah tu puji saya.Saya pun ada kekurangan juga."balas Adam.Hana tertawa halus.
"Hurm,persoalannya sekarang ni..hati saya." jari telunjuk Hana tuju tepat ke hatinya yang sedang berdenyut.
"Kenapa dengan hati awak?" soal Adam panik.Hana ada sakit ke?Fikirnya.
"Hati saya tak boleh mencintai 2 lelaki dalam 1 masa.You know what I mean, right?" Hana pandang terus ke mata Adam.
"Tapi-"
"Adam,ada perempuan lain yang lebih layak mendampingi awak.Saya milik orang.Milik kawan baik awak sendiri." sambung Hana lagi.
"But,Hana.Hati saya pun..hati saya tak boleh lupakan awak." Adam masih mencuba.
"Try hard ,Adam.Berdosa awak mencintai milik orang lain.Saya anggap awak sebagai sahabat, tak lebih dari itu." Hana masih tetap tersenyum buat Adam.
Adam terdiam.
"Dan andai suatu hari nanti,jika saya berpisah dengan Zuhair.Saya takkan pergi pada mana mana lelaki.Sebab hati saya dah pun dikunci rapi.Dan kuncinya ada pada Zuhair."
Adam menghentak stereng keretanya.Kata kata Hana di taman bunga tempoh hari masih terngiang ngiang ditelinganya.
"Kemana awak pergi Hana?" Adam meramas kasar rambutnya.
*********
Perlahan lahan pintu terbuka.Hana yang sedang diulik mimpi terjaga.
Hana dapat melihat kaki seorang perempuan yang memakai heel datang menghampirinya.
"Hana.." bisik suara yang kurang Hana pasti.
Dengan kantuk yang masih bersisa,Hana buka mata.Alangkah terkejutnya bila wajah Balqis dihadapannya.
"Shhh..." Balqis memberi amaran supaya Hana tidak membuat sebarang bunyi bising.Kehadiran Balqis langsung tidak diketahui sesiapa memandangkan semua sudah tertidur dalam keadaan mabuk.
"Balqis.Macam mana kau tahu aku kat sini?" soal Hana separuh berbisik.
Balqis keluarkan sesuatu dari poket belakang seluarnya.Ditunjukkan pada Hana.
Hana terkejut.
"Aku jumpa handphone kau dalam simpanan Zairul.Kau tahukan Zairul tu boyfriend aku.Aku dah agak dia ada rancang sesuatu tanpa pengetahuan aku.."jelas Balqis dengan wajah tak puas hati.
Hana diam tidak membalas.Tak pasti reaksi apa yang harus ditunjukkan pada Balqis.
"Aku tak suka kau.Tapi, aku lagi tak suka apa yang Zairul lakukan ni.Aku tahu dia nak dapatkan kau dengan cara kotor." cerita Balqis.
"Maksud kau?" Hana menyoal,bingung.
"Zairul upah someone.Tak silap aku nama dia, Ayu.Ayu ditugaskan untuk goda husband kau dan pisahkan korang.Dan kalau tak silap aku.Ayu tu ex girlfriend husband kau sendiri." sambung Balqis.
"Hah?Serius?" soal Hana, terkejut.
"Takkan aku nak tipu kau pula.Aku tahu semua ni pun dari mulut Ayu tu sendiri.Hari hari dia jumpa boyfriend aku.Kau ingat aku boleh duduk diam?" sambung Balqis.
"Look,aku nak tolong kau keluar dari sini.Tapi bukan sekarang.Aku nak minta bantuan kenalan kau.Adam siapa eh? Sebab dia banyak kali call nombor kau.Husband kau pun tak call banyak kali macam dia." Balqis menghulurkan telefon bimbit milik Hana kepada Hana.
Perlahan lahan Hana mencapai telefon bimbitnya dan dibelek.
"Adam, dia kawan aku." jelas Hana.
"Okay. Cun.Aku minta bantuan dia je.Jangan tanya kenapa aku tak minta bantuan husband kau.Sebab yang aniaya rumah tangga korang,adik dia sendiri.Jadi aku tak nak rancangan aku gagal." Balqis garu pelipisnya.
"Rancangan kau gagal?Rancangan apa?"soal Hana.
"Kau akan tahu masa semuanya kantoi nanti.Bak balik telefon kau.Aku kena pergi.Takut ada yang terjaga kang,rosak pula plan aku." kata Balqis.
Telefon bertukar tangan.Balqis mula bergerak ke arah pintu.
"Balqis.." panggil Hana perlahan.Balqis menoleh.
"Apa?" soal Balqis perlahan.
"Terima kasih.." ucap Hana dengan ikhlas.
Hana tak sangka Balqis sanggup menolongnya disaat genting begini.
"Simpan dulu terima kasih kau tu sampai semuanya selesai." kata Balqis dan berlalu keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .