bab 7

30.5K 613 1
                                    

"Hai , Hana ?" Sapa suara itu . Hana menoleh .

"Oh , hai . Abg Mika buat apa kat sini ?" Soal Hana pelik . Setahunya , Mikail sudah pun tamat pelajarannya di kampus ini dan sudah mula partikal .

"Abg datang sini sebab nak jumpa Hana lah ."

"Ei ? Ada apa tu cari Hana sampai ke sini ?"

"Macam ni , abg nak ajak Hana balik kampung abg kat Pahang . Yelah , abg tahu Hana stress belajar kan ? Mesti nak bercuti ."

"Erm , Hana tengah sibuk lah abg . Terlalu banyak sangat assigment Hana yang tergendala sebab Hana kurang sihat beberapa hari ni . Hana bukan tak nak ikut , tapi masa Hana betul betul terhad sekarang ni . Lagi tiga minggu pula Hana ada paper . Lepas tu baru dapat cuti sem . Abg pun tahu , cuti sem kali ni Hana nak balik kampung jumpa family Hana . Hana rindu ibu dan ayah Hana ." Luah Hana kesal . Bukan sengaja mahu ditolak pelawaan Mikail tapi memang assigmentnya berlambak akibat penangan cinta tak kesampaiannya sebulan lepas .

Zairul dan Balqis pun dilihat baik baik saja setelah kes beberapa minggu lepas .

"Oh . Hurm , tak dapat lah ummi abg nak kenal Hana ." Mikail mempamerkan wajah sedih .

"Insyallah , sebelum Hana mula partikal Hana cuba curi masa sehari dua dan ikut abg balik sana . But .. Hana tak janji tau ."

"Ohkay . Abg-"

"Eh ! Abg Mika buat apa kat sini ? Datang cari Balqis ke ?" Tiba tiba Balqis datang dan mencelah diantara Hana dan Mikail .

Wajah Mikail sudah berubah .

"Tak lah . Abg datang ni nak cari Zairul , dengar kata kau sekarang dengan dia ." Kata Mikail sambil sesekali mencuri pandang ke arah Hana yang berdiri di tepi Balqis .

"Eh ? Mana abg tahu ni ? Siapa yang cakap kat abg ?" Soal Balqis cuak .

Inilah abg sepupu Balqis yang begitu diminatinya . Namun Mikail langsung tak menunjukkan sebarang minat terhadap Balqis .

Mikail menunjukkan wajah bosan .

"Siapa lagi yang cakap kalau bukan aunty ? Aunty suruh abg jumpa Zairul dan kenal orang dia macam mana . Yelah , aunty tahu perangai kau macam mana . Kau ni bukan boleh dikawal , degilnya sebeban . Kalau berahsia nombor satu ." Bidas Mikail dan wajah Balqis terus masam mencuka . Hana memandang Mikail .

"Abg Mika , Hana gerak dulu ae ?" Pamit Hana yang tak ingin mendengar perbualan kedua sepupu itu .

"Okay . Apa apa hal , whatsapp abg tau ? Abg tunggu jawapan Hana ." Melihat anggukan Mikail , Hana turut mengangguk dan berlalu .

"Jawapan apa ni bang ?" Soal Balqis dengan wajah keruh . Penasaran gitu .

"Ah ! Sibuk lah kau nak tahu . Hah , mana Zairul ? Abg nak jumpa ."

Balqis dengan hati yang geram terus membawa Mikail berjumpa dengan Zairul .

**********

"Asal kau pandang aku begitu ?" Soal Hana pelik . Sekarang adalah masa santainya bersama Elmira . Jadi mereka berdua memilih untuk berehat sahaja dirumah memandangkan tiada apa yang menarik boleh mereka lakukan diluar selain menghabiskan duit poket .

"Takdelah . Aku suka tengok kau yang sekarang . Aku bersyukur sangat kau dah pun sembuh dari mimpi 'ngeri' kau . Dah boleh senyum , dah boleh ketawa . Kalau sebulan lepas aku tengok dah macam mayat hidup . Muka takde seri je ." Luah Elmira bersama senyuman .

"Amboi kau cakap pasal seri wajah ni . Kau ingat aku nak kahwin ke apa ?" Hana tergelak kecil .

"Eh , mana lah tahu kan ? Kot muka kau berseri seri ni sebab jodoh dah nak sampai ke . Lagi pun kita nak habis belajar dah pun . Mana lah tahu tamat je belajar terus kau sangkut kat sesiapa pula kan ." Elmira cuba menyakat Hana .

"Haha . Siapa je nak kat aku ni El ? Merepek je kau ni . Aku sebenarnya rasa happy sangat sebab tak lama lagi dapat balik jumpa family aku . Rindu nak peluk ibu dan ayah . Rindu nak borak dengan abg aku . Kau pun tahu , dah hampir 2tahun aku tak balik sana . Maybe , sebab tulah kot kau nampak muka aku macam berseri seri sekarang ni ." Luah Hana sambil memeluk erat bantal peluknya , persis seorang gadis yang sedang dilamun cinta .

"Manja , anak mak ." Perli Elmira .

"Mana adalah . Aku bukan manja , aku just rapat dengan family aku . Kau tak rasa seronok ke nak balik jumpa family ?" Soal Hana .

"Seronok tu seronok juga . Tapi aku rasa macam sedih pun ada jugak . Yelah , nak kena berpisah dengan kau ."

"Alah , nanti kita apply lah kerja kat tempat sama . Boleh jumpa lagi . Eh , tapi sebelum tu , kau dah cakap belum dengan family kau yang kau akan ikut aku balik Johor dulu ?" Soal Hana .

Elmira terus menepuk dahi . "Alah , aku lupa beb !"

"Ish kau ni , macam mak nenek ! Lupa lupa . Ni aku dah ingatkan , jangan lupa pula call dan bagitahu . Nanti family kau risau pula ." Bebel Hana .

"Yolah makcik ." Seloroh Elmira .

"Apa ? Kau kata aku makcik ?" Soal Hana . Melihat sengihan Elmira terus Hana hampiri Elmira lalu mengeletek tepi tubuh sahabatnya itu .

"Haha , geli lah Hana ." Gelak Elmira sambil berguling guling diatas toto yang terbentang luas diruang tamu rumah sewa mereka itu .

"Rasakan ! Makcik geletek perlahan je nak . Takkan dah geli kot ." Hana galak menggeletek hingga lembik Elmira dibuatnya .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now